Posts Tagged ‘Kesihatan’

Tips menjaga bahagian Intim wanita

1655970_10202014522057910_1266237497_n

Bismillah

Owh ladies….kita ni memang sangat istimewa taw!Semua yang dianugerahkan buat kita oleh Allah swt memang sangat istimewa dan unik.Thats why kita harussss jaga semua anugerah yang Allah bagi ni sebaik-baiknya.Kali ni YM nak share satu info unik yang YM belajar.Selama jadi lady ni,ni la first time YM tahu pasal nih.Dah beranak pinak baru ai tahu uolsss!
Bahagian intim wanita ataupun kemaluan wanita (vagina) adalah part yang kita patut jaga sebaiknya coz byk penyakit boleh datang drpd bahagian tu.Selalunya dikaitkan dengan keputihan la paling glamer kan?Bila berlaku masalah keputihan ni,kegatalan pada kemaluan wanita itu akan berlaku dengan lebih kerap sehingga menganggu aktiviti harian.

Okehh…kali ni YM nak share teknik “Meruang”.Teknik “Meruang” ni YM belajar dari salah seorang pengamal perubatan Tradisional Melayu- Puan Siti Aisyah.Semoga Allah swt membls kebaikan info sharing dia ni sebaik-baiknya.Teknik meruang ini adalah teknik untuk membersihkan bahagian kemaluan wanita (vagina).

Rawatan Meruang

Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.Bidan2 terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:

1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
2. Mencegah dari keputihan
3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan
atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polycyst mahupun kanser pangkal
rahim.
4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.
5. Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.

POSISI MERUANG

1. Duduk di atas toilet bowl

2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah

3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl

CARA MERUANG

1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan.
2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha,perut dan bahagian ari2. Jika anak dara…memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama shj.

3. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian
menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan
darah atau sisa mani.Melalui proses ini, kalian akan dapat
merasa “kemantapan” tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras
menggerutu seperti gigi,maka ia bermaksud faraj anda sangat2
memuaskan hati suami.Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan
berlecak maksudnya faraj anda tidak rapi.Selepas melakukan semua tu,bilas sehingga bersih.Ini juga merupakan cara-cara untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada
lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali, wanita itu tidak
wajib solat. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Okeh, teknik membersihkan bahagian intim YM dah share.Sekarang YM nak share suplemen yang harus kita ambil untuk menjaga dalaman kita supaya dalaman kita sihat dan mampu “menjaga” dan “mengikat” suami kita dengan baik, inshaallah.Kita usaha kan?inshaallah dapat pahala. :)

Suplemen utk wanita hebat : Alfalfa, Vitamin E & Gla Complex 

Alfalfa, Vitamin E dan Gla Complex utk wanita hebat?wahh,best bunyinye ye dak?hehe.Apa yang best sangat pasal 3 beradik nieh untuk wanita?Biar YM ringkaskan je ikut konteks yang kita bincangkan sekarang ni ye?Takyah la YM bagi panjang berjela-jela khasiat setiap satu sebab khasiat setiap satu ni banyakkk giler you!serius.Tapi kalau korang nak tahu juga,nanti boleh la tanya YM k? Ym akan explain guna bahasa pasar jelah dik,senang nak paham kan?hehe.
Alfalfa ——- Bertindak seperti Kacip Fatimah.Membantu merapatkan bahagian intim wanita dan menegangkan payudara dan menaikkn pinggul wanita agar kelihatan lebih menawan.Juga sangat membantu memberi anda tenaga luarbiasa ketika bersama suami.Mengelakkn anda menjadi wanita “dingin” utk “bersama”suami. Juga membantu merawat masalah keputihan.
Vitamin E —– Juga dikenali sebagai “vitamin cinta” oleh sesetengah org.Why??Sebab vitamin E ni mampu meningkatkan keinginan seksual dan mampu menikmati hubungan bersama suami dengan lebih baik.

Gla Complex —— Vitamin ni sangat penting untuk mengimbangi hormone dalam badan wanita coz kalau hormone dalam badan wanita tak stabil ia akan memberi kesan yang sangat besar pada aktiviti harian kita.Kita akan jadi wanita yang mudah marah,mood tak menentu,risau,sensitif,perut rasa kembung,sakit kepala,stress dan macam-macam lagi.Sesungguhnya,wanita memang sangat dipengaruhi oleh Hormone.
Dengan bantuan 3 suplemen ni,inshaallah kita mampu menjaga dalaman kita dengan lebih baik.Bila dalaman kita lebih stabil,so segalanya akan terpancar dengan lebih baik lagi secara luaran kan?Bila badan kita rasa sihat dan bertenaga kita akan jadi seorang wanita yang lebih bahagia.Yelah,can u imagine kalau u tak sihat dan letih, wut happen to you?rasa-rasa ada mood tak nak senyum2 or sengih2 kat suami or anak-anak or org sekeliling you??owhhh!kem salammmmm!hehe.YM pernah melaluinya, i know how hard that situation.worst.Suplemen ni hanyalah membantu,still kena jaga pemakanan dan buatlah exercise sekali sekala juga ye ladies,contohnya exercise “Kagel” yang sangat bagus utk dalaman wanita.
Suplemen ni semua dalam bentuk tablets,so sangat la convenient utk ladies yang super busy kan?Telan je ngan air laju-laju,hehe.oraits beautiful ladies semua, kalau berminat,contact je YM k?
Be The Best Woman for yourself and your Loved ones!

Infused Water : Bukan setakat Air 0 !

Drinking-Water1

Bismillah

Air… Air ni sangat-sangat-sangat-sangat penting utk badan kita!sangat taww!Coz 65-75% daripada badan kita terdiri daripada air.Kita perlu minum air sekurang-kurangnya 2-3liters sehari bergantung kepada berat badan kita.Setiap 25kg berat badan kita,kita perlukan 1 liter air.
Macam-macam boleh jadi taw kalau air dalam badan kita ni tak cukup.Badan kita tak mampu menjalankan proses-proses penting dalam badan kita kerana kekurangan air.Kita tak sedar pun kan?Tapi,kita boleh lihat daripada keadaan kulit kita yang kering, bibir kering,kedutan halus muncul,lingkaran bawah mata menjadi lebih gelap dan paling tak best bila bawah mata dah start berkedut!owhhhh!tidakkkk!Lagi satu,kalau air dalam badan kita tak cukup,proses mengeluarkan toksin daripada badan kita pun menjadi sangat sukar taw…thats why toksin-toksin tu semua dok dalam badan kita dan perangkap semua lemak-lemak because Toxin loveeee fats!eiuwwwww!Thats why kita jd chubby n gemuk taw..huhu…
Tapi tu laa….minum air kosong ni kan,boring btul!takde rasa apa pun kan?kosong-kosong-kosongggg je rasa dia.Tak mencabar langsung!hahaha.Nak minum pun dalam keadaan terpaksa!Kadang-kadang ada yang rasa nak termuntah pun ada kan?punyalah susah nak minum air kosong.

Infused Water??? YM came across pasal ni last month lagi,tapi tak sempat lagi nak study benda alah nih.Then semalam,tetiba rajin la nak study.Study punya study,ehhh!takdelah susah noo nak buat benda nih!kacang putih jek!

Ym memang sangat happy ngan idea “Infused water” ni taw!Infused water ni sebenarnya air kosong je,tapi kita tambah hirisan buah / sayur dalam air tu yang mana akan buat air tu ada perasa.Tapi perasa sihat gitew taw!Air kosong yang ditambah vitamin dan minerals semulajdi daripada buah-buahan dan sayuran.Takyah la letak gula….kalau letak gula dah tak jadi sihat dah..hihi.

Cara nak buat?senang je.Korang hiris-hiris je buah/sayur yang korang suka dan masukkan dalam air kosong dalam botol.Kalau boleh carik la bottle yang BPA-Free ye supaya air tu tak serap bahan kimia yang ada pada botol yang ada BPA (sejenis kimia yang bahaya utk kita).Then,biarkan at least 1hour, baru korang start minum.Tapi YM, YM buat siap2 malam sebelum Ym tido, so lepas tu masukkn dalam peti ais.Pagi esok, keluarkan dari peti ais,hilangkan dulu sikit rasa sejuk sgt2 tu,then baru Ym minum coz YM tak minat air sejuk sangat sekarang nih.Kalau korang suka, its ok,boleh minum terus.
Bila dah habis sebotol korang minum, refill lagi dengan air.At least 2 kali refill ye.Pastu,buat la yang baru pulak.Jangan korang simpan sampai 24jam pulak,kang rasa semacam,YM tak taw!hihi.Ni infused water YM pagi tadi… first time try buat.Hehe.Rasa best la pulak uols…stkt sekarang ni YM dah minum 3 botol air nieh…haha!
Ok ni resepi Infused water yang YM buat pagi tadi : 
3 hirisan timun
2 hirisan lemon
3 helai daun Pudina/mint
1 liter air sejuk
*owh ye,kalau korang ada oren kat umah,tambah la 1-2 hirisan oren ye,baru nyummy!Ym takde oren kat umah,huhu.*
Cara-cara nak buat,senang je,masukkan semua hirisan buahan tu dalam air sejuk tadi,kemudian masukkn ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.Lagi bagus kalau korang buat siap2 malam sebelum tido, so boleh minum keesokkan harinya. Resepi yang ni untuk detox toksin dalam badan dan untuk elakkan perut kembung (bloating) kerana lebihan air yang terperangkap dalam badan.

Owh ye,sambil minum air ni elok juga kalau kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam atau gula yang tinggi (makanan segera/kek/biskut,dll) coz makanan camtu la yang akan menjadikan “water retention” lebih parah.Perut jadi buncit dan muka pun nampak sembab.Sure uols taknak jadi camtu kan?Be well kawan-kawan,stay healthy!

Selamat mencuba juga kawan-kawan! 

Ramai sgt org dibelah Perut

DSC01043
Assalamualaikum….

Pagi ni, YM & YD plan nak pi menziarah kawan yang sakit kat Kuantan Medical Centre. Kakak tu baru je lepas dioperate, buang cyst / ketumbuhan kat perut. Lebih kurang YM gak la 3 bulan lepas.
Sekarang ni cyst / Fibroid dah jadi common sgt kan? YM tgk calendar my Doc (biase, suke kepochi, hehe) last 2 weeks pun, tgk jadual utk dia buat Laparoscopy & Laparotomy berlambak. Kesian kat Doctor, asyik kene belah2 pwot org jew kan.Eh!Kesian gak pada yg pwot mereka dibelah, sama goes to me,huhu.

So, as a friend kita kene lar bg semangat ngan kawan-kawan kan? Sebab tu YM plan nak pi sat lagi. Menziarah org sakit ni banyak kelebihannya.

Sabda Nabi S.A.W.
Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.
Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).

1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
YM plan nak bawak Limau Sunkist utk dier.Baik utk pemulihan luka dalaman.:)
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:

“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.

Doa mendoakan orang sakit:-

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.

Kelebihan menziarahi orang sakit.

Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).
Sumber Info : Via 
Alhamdulillah. Semoga perjalanan kami diberkati.