Posts Tagged ‘Ibu hamil’

Jom Sihat & Cantik!

559468_632667176748808_1726292210_n
                                Assalamualaikum
Dapatkan pelbagai vitamin Shaklee sekarang,ternyata Selamat, semulajadi & Berkesan, (^__^)

1. Set A – Kesihatan Optimum
2. Set B – Breastfeeding mommy
3. Set C – Confinement /Bersalin/Berpantang
4. Set C + Milk Booster – Bersalin & Menyusu
5. Set D – Skincare
6. Set E – Breastfeeding & Bones
7. Set F – Feminine / Set kewanitaan
8. Set G – Elergic/Resdung/Asma/Ekzema/Alahan
9. Set H – Immune Booster / Menaikkn Imuniti badan melawan penyakit
10. Set J1 – Ibu Hamil 1st Trimester
11. Set J2 – Ibu Hamil 2nd & 3rd Trimester
Set kesihatan kanak2, kencing manis,darah tinggi & dll

PM inbox /sms/whatsapp 011-2112 1422 (Pn Ayu) untuk dapatkan harga istimewa dan konsultasi percuma.

                        Pengedar Sah Shaklee Anda
                              Siti Ayu Zuati Jafri
                              Shaklee Id 889833
                    sms/whatsapp 011-2112 1422
 

Tips Membeli Pakaian Ibu Hamil!

pregnant-muslim-woman-drawing
Assalamualaikum

Anda berhak kelihatan cantik dan merasa bagus sepanjang kehamilan anda. Tetapi ini bukan perkara mudah, terutamanya apabila pakaian serta situasi kewangan anda menjadi semakin sempit. Sebelum anda lupakan terus idea tentang pakaian dan menuju ke kedai menjual khemah yang terdekat (hihi…sabo jelah), lihatlah dulu tip-tips untuk kelihatan hebat sambil berjimat. 


Beli pakaian asas 

Rencana-rencana dalam majalah yang menyatakan bahawa anda boleh hidup selama sembilan bulan hamil dengan hanya tiga item pakaian materniti dan sebuah beg tangan yang berkilauan adalah SALAH. Tiada wanita yang ingin memakai pakaian yang sama berulang-ulang kali, terutamanya apabila dia berasa jelik dan lebih gemuk berbanding biasa. Sembilan bulan adalah masa yang panjang untuk anda memakai pakaian yang sama. 
Walaupun begitu, melabur dalam beberapa item utama pakaian materniti yang boleh digabung padan adalah bijak. Cubalah: 
woman in mirror measuring her bump
• dua pasang seluar yang berpotongan elok; 
• skirt atau gaun yang tidak bercorak; 
• kardigan atau jaket; 
• pashmina atau skaf tanpa corak yang boleh dipadankan dengan kebanyakan pakaian; 
• dua helai blaus yang kasual; 
• sehelai blaus yang lebih segak untuk majlis istimewa. 
Sebagai variasi, belilah kemeja-T dan singlet yang murah dalam pelbagai warna. Walaupun kain kapasnya boleh menganjal, lebih baik jika anda dapatkan satu atau dua saiz lebih besar daripada biasa. 


Mengambil peluang semasa tawaran hebat 

Jika anda bernasib baik, waktu anda hamil ini, mungkin ada butik-butik maternity yang menawarkan jualan murah seperti jualan akhir musim atau jualan penghabisan stok. Dan jika anda lebih bernasib baik, mungkin ada jenama-jenama fesyen terkemuka yang mengeluarkan koleksi blaus labuh dan anda mungkin dapat membelinya semasa jualan akhir musim mereka.

Menyesuaikan pakaian sedia ada anda 

Sebelum perut anda menjadi terlalu besar, anda masih boleh pakai pakaian sedia ada dengan dipadankan dengan blaus yang lebih labuh. Blaus labuh ini dapat menutup hakikat bahawa butang atas seluar anda tidak terkancing. 
Kemudian apabila perut semakin besar, dengan sedikit kerja jahitan, anda boleh menggunakan butang dan panel atau jalur kain untuk membesar-panjangkan pakaian kegemaran anda buat sementara. Sekali lagi, blaus labuh sangat berguna. Apabila bahagian pinggang berelastik menjadi terlalu ketat, anda boleh tukarkannya dengan tali cerut.

Membeli di talian 

Jika anda gemar membeli-belah di Internet, ada banyak laman web yang menawarkan pelbagai koleksi pakaian pada harga murah. 


Pinjam saja 

Jika anda perlu berhias untuk sesuatu majlis khas, tanya kawan yang juga hamil atau yang pernah hamil jika mereka ada pakaian yang boleh dipinjamkan. 


Yang paling penting… 

Ingatlah, anda perlu manjakan diri sekali-kala. Walaupun badan anda menggunakan cara yang pelik dan tidak menarik untuk mengingatkan anda bahawa anda bakal menjadi seorang ibu, jangan lupa bahawa anda juga seorang wanita. Cintailah potongan badan anda yang baru dan gunakan kelebihan yang ada untuk menonjolkan diri!

Stay Healthy and Stay Cun all Mommies!