Takde Idea.

13327374_1343559542326231_3851495905213823590_n

Bismillah.

Dah lama tak update blog.Alasan paling cliche is takde idea nak tulis apa.Tapi yelah,memang ni la masalah selama ni kalau nak tulis kat blog ni,TAKDE IDEA.Padahal boleh je pun nak tulis tentang apapun kan?Tapi kadang-kadang KakAyu ni terlalu memaksa diri nak tulis yang perfect untuk bacaan orang lain.Tu yang type,delete….type,delete.At last,satu apapun tak jadik.

Bila diingat-ingat,mula-mula menulis blog tahun 2009,masa tu tak stress pun nak fikir nak tulis apa kat blog.Suka hati jari ni je nak update apapun sebab masa tu menulis sebab nak jadikan blog ni sebagai catatan kenangan perjalanan diri semata-mata.Ada org baca ke tak itu perkara ke-2.Hehe.

Rasanya kena buat camtu la,baru blog ni selalu ber-update..Think simple,kan?Takyah nak complicated kan sangat pale otak ni nak memikir topik apa yang bakal hangat di pasaran gitu….Yelah,kalu dah minat,kita akan redah je,takyah nak fikir sangat apa yang kat depan tu,kita jalan je terusssss.Ye dok?hehehe.

13327374_1343559542326231_3851495905213823590_nOk,lepas ni inshaallah KakAyu try my best untuk tulis je apapun kat blog ni.Inshaallah.Selamat menjalankan ibadah berpuasa,uols.Semoga Ramadhan kali ni lebih baik daripada yang sebelumnya.

Inshaallah.

Luv,Kak Ayu a.k.a Yayansmum

Kita Berhak untuk rasa marah!

Anger-away

Ingat nak positif sepanjang masa tu senang ke???fuhh!!manusia kot, memang ada naik turun.Bila dah rasa marah,kecewa,sedih,takde maknanya nak positif!Bila dah sakit hati, semua yang positif-positif tu takde makna dahhh!!!kannn???sampai gitu sekali…hehhee.

Anger-awayTapi… ada tapinya…

Kita boleh kawal.Yes…kita boleh kawal diri kita untuk  berdepan dengan situasi tu dan jangan sesekali biarkan situasi tu yang mengawal kita.Jangan biarkan situasi tu mengawal diri,emosi dan kehidupan kita.Berikan diri kita ruang untuk rasa marah,sedih dan kecewa itu,tapi jangan biarkan semua tu bertapa lama sangat dalam diri kita.

Benda-benda negatif ni kalau duk lama dalam diri kita,bukannya berkurangan tapi akan mula berkembang biak!Sampai bernanah kalau biarkan lama.Diri sendiri yang akan sakit.

Kita berhak untuk rasa marah.Kita berhak untuk rasa sedih terkilan kecewa.Tapi cukuplah hanya untuk beberapa ketika.Jangan kita suburkan perasaan negatif tu coz bila kita terus bertahan dengan rasa negatif tu umpama kita minum racun tapi mahukan orang lain yang mati.Macam ada yang tak kena di situ kan?betul tak?

life-is-like-photographyInilah yang dinamakan kehidupan.Apa yang penting,hidup perlu diteruskan.Belajar daripada apa yang jadi dan teruskan melangkah.

Teruskan Melangkah,sahabat.

Luv

Ayu Jafri

Ada benarnya adik Neelofa tu cakap..

806b

Hari ni baru KakAyu berkesempatan dengar habis video adik neelofa- Nur ameera tu tentang perbezaan sekolah international dengan sekolah gomen.Sebelum ni dok baca kat Facebook dan tengok video-video parody tentang isu ni.My first reaction is – ishh!!adi neelofa tu ntahpape la… baru setahun jagung nak bandingkan sekolah dan cikgu pulak!nak kutuk-kutuk, hina-hina org,haishhh!

Tu pendapat Kakayu pada mulanya sebab tak tengok pun lagi full video tu.Tak dengar pun lagi sepenuhnya apa yang cuba dia sampaikan.Opinion based on surface.Tapi bila dah dengar semua apa yang dia cakap… owh!!Kakayu cuba dengar melalui sudut yang lebih positif, yes… ada beberapa perkara yang kita boleh improve daripada apa yang dia caka,for me dia takdelah mengutuk atau menghina pun.She just being honest.

BERFIKIR SECARA POSITIF

Bila kita amati betul-betul apa yang dia cuba sampaikan melalui sudut yang lebih positif,inshaallah kita mampu dapat beberapa point di situ.Tak dinafikan sistem pendidikan kita perlukan orang-orang yang lebih telus untuk menyuarakan hal-hal sebegini untuk improve.Tak payah la nak jadi defensive sangat.KakAyu tak nampak sangat la dia nak menghina cikgu ke apa like apa yang dicanang-canang sebelum ni.Yes..memang agak “makan dalam” apa yang dia sampaikan tu, tapi almost apa yang dia kata tu betul…Its sad but True.Kita improve jelah kan…tak payah la nak sentap sangat.

Kakayu memang puji gadis yang baru berusia 15tahun ni, sangat berani menyuarakan pendapat dia sendiri.

Dia kata  sistem pendidikan sekarang ni lebih tertumpu kepada penilaian gred semata-mata untuk menentukan tahap kebijaksanaan seseorang pelajar, which is personally for me, yes… Kakayu setuju dengan dia.Kita sepatutnya ada cara yang lebih baik lagi untuk menilai pemahaman mereka selain peperiksaan bertulis semata-mata.Ini yang sepatutnya perlu kita cuba untuk perbaiki dalam sistem pendidikan kita.

Kebanyakkan kanak-kanak mampu menzahirkan pemahaman/pendapat mereka melalui penulisan.Tetapi terdapat juga kanak-kanak yang sangat mahir menzahirkan pendapat/pemahaman mereka melalui percakapan.Apa yang kita mahukan ialah kanak-kanak tersebut faham tentang apa yang diajar,itu yang penting kan?Jadi, kalau pelajar tersebut tak perform well dalam exam bertulis,mungkin kita boleh usahakan untuk exam secara lisan.So dari situ kita boleh nilai tahap pemahaman dia.

exam2015Exam-oriented yang berdasarkan di atas kertas semata-mata menjadikan sekolah sebagai tempat belajar semata-mata di mana seharusnya menjadi lebih lagi.Menjadi tempat untuk anak-anak berkembang dan menjadi manusia yang lebih kritikal,berani menyuarakan pendapat sendiri dan berdaya saing secara sihat.Bukan menjadi manusia yang hanya mengikut apa yang orang lain kata dan takut untuk menyuarakan pendapat sendiri sebab takut cikgu marah.

PENGALAMAN SENDIRI.

Melalui pengalam saya sendiri, saya bersekolah di sekolah berasrama penuh.Belajar dan belajar,serap semua ilmu yang cikgu-cikgu berikan dan saya berjaya menzahirkan ke atas kertas peperiksaan seperti yang diajarkan tanpa perlu untuk bertanya lebih-lebih inikan pulak berdiskusi dengan cikgu dan kawan-kawan.Sekolah adalah tempat kami MENGHAFAL semua ilmu-ilmu yang diajarkan, from a-z. Bila peperiksaan dah tamat, so semua ilmu-ilmu itu pun hilang!

Belajar hanya untuk lulus periksa.

Setibanya saya di universiti, saya terpaksa mengharungi keadaan yang sangat berbeza kerana  di universiti kita digalakkan untuk mengolah sesuatu mengikut daya pemahaman kita sendiri dan berani menyuarakan pendapat sendiri.Agak lama juga masa yang saya ambil untuk survive sebab menghafal bukan lagi menjadi cara belajar yang terbaik bila berada di menara gading.Thats why,best student kat sekolah menengah pun ada yang tak mampu perform bila berada di universiti.

Memandangkan saya belajar di universiti islam antarabangsa,jadi kami berpeluang untuk belajar dengan pensyarah daripada negara luar dan juga bersama-sama dengan pelajar-pelajar daripada negara-negara yang berlainan.Bila pensyarah tanya, ada soalan??semua Malaysian senyap!memang boleh kira dengan jari yang berani nak tanya apa-apa mahupun nak suarakan pendapat sendiri.Most of the time, international student la yang galak sangat bertanya itu dan ini dan sangat berani menyuarakan pendapat sendiri.

806bIni baru 1 sudut kecil yang kakayu cuba sampaikan.Masih terlalu banyak lagi yang perlu diselidiki dan dibangunkan dalam sistem pendidikan negara kita.Mungkin kita boleh belajar daripada negara-negara membangun yang lain bagaimana mereka menilai tahap kebijaksanaan anak-anak mereka.Mana yang elok kita ambil, yang tak elok tu kita jadikanlah sempadan.

Thats all. Bravo to MissKhan a.k.a Nur Ameera coz makes us THINK.Mana yang sentap sangat tu please be true to yourself,looks around and ask yourself,ada betulnya tak dia ni cakap?jgn nak sentappp je manjang,tak ke mana attitude sentap tu boleh bawak punn… :)

Ibu yang Mengharap keajaiban dalam sistem pendidikan Negara,

Ayu Jafri a.k.a Ibu Aryan

1 3 4 5 6 7 316