After 4 years waiting……

Selepas 4 tahun menanti, alhamdulillah aku dan suami dikurniakan pemberian yang terlalu bernilai ini….aku hampir2 putus asa….tetapi, pabila mengenangkan orang-orang sekelilingku yang juga mengalami nasib yang sama sepertiku malah ada yang menanti lebih lama dari ku….aku terasa masih ada sinar buatku….”sabarrrrr”…bisik hatiku….

Tidakku nafikan…cakap-cakap org membuatkanku terasa sebak…tapi, kupendam…dan apa yang mampu ku lakukan hanyalah tersenyum hambar….dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu…..sehingga ada suatu waktu, aku terlepas kata….sebab terlalu geram…..”Kalau la saya ni Tuhan, dah lama saya ada anak, kak…” orang-orang tu seakan terkejut dengan kenyataan ku….then, sure diorang tahu aku memang terasa dengan diorang….

Tapi, betul kata orang….dihujung perjalanan kita pasti ada sinar yang menanti….berita gembira ini kuterima tepat pada hari ulangtahun perkahwinan kami….dan alhamdulillah, kini aku telah pun mengandung ‘precious baby’ nie….dan hanya menghitung hari untuk ku tatap wajahnya……

Terima kasih sayang….ini lah hadiah Anniversary ke-4 papa dan mama yang paling berharga dan bermakna….

1 314 315 316