Dah start bercuti…..

Erm….lega rasanya coz berjaya settle kan keje2 kat ofis…walaupun terasa ader yang tak settle lagi…hehe…tapi, takleh layan perasaan tu coz alamatnya tak bercuti la aku….

Hari ni, aku ambik “annual leave” yang tggl sehari je lagi utk tahun ni…kire kes nak habiskan cuti tahun gak la ni…Then, esok is My maternity leave…HR kitorang leh bagi in advance beberapa hari utk maternity leave….alhamdulillah….tapi, aku ambik sehari jelah in advance…bukan apa, nak spend lama sikit ngan my baby nanti… :)

Ramai yang kata My tummy dah semakin turun…tanda2 dah nak bersalin…entahlah…aku harap2 boleh la bersalin tanpa kene induce….tapi tggl sehari je lagi nak kene induce…nampak gaya macam kene induce gak la….nak wat camner….redha jelah….

Berdebar2 sekarang ni….takleh nak imagine what will happen….macamana aku nak berdepan dengan semua tu???? adussss….kecut perut aku….terutama bila teringat2 time aku buat CTG ( check jantung baby ) last week….ada sorang lady tu dah nak bersalin….aku tgk macam teruk sgt sakitnya….asyik aduh!aduh!…ish! ngeri aku….

Tapi, bila fikir2…nak taknak aku kene hadapi gak….”kene kuat semangat…” my family selalu pesan…..insyaallah…tgh mengumpul kekuatan gak ni….harap2 aku kuat utk hadapi apa juga kemungkinan nanti…..Lagipun, tak sabar rasanya menatap wajah yang tersayang nie….

Semua preparation aku dah buat….harap2 takdelah yang tertinggal….check list yang aku dapat dari blog permatahati jadi panduan aku….setakat ni….semua dah ada…..

Yang tinggal skrg….hanyalah berdoa….semoga segalanya berjalan lancar….. dan My Baby and I will safe and healthy….insyaallah…..

Have to settle all things…hurry!!!!

Erm….nak menyambung balik coret-coret kat sini…hehe…
My Baby sekarang nie makin active…asyik kicking my tummy…macam tak sabar nak kluar jer…hehe…sabar yer baby…15th Dec nanti, baby leh kluar…mama pun dah tak sabar tgk anak mama nie…

Tadi kat office, banyak gak keje nak settle kan…al-maklumlah, nak cuti panjangggg ni kan? My boss pulak taknak ambik replacement …entahlah kedekut punya pasal ke apa kan?hahaha! Tapi, rasanya tak kot…coz dulu pun time mula-mula keje, dia kata dia tak perlukan Secretary…tapi HQ paksa gak accept position aku tu…finally, dia terima gak tapi dengan syarat my position tu akan bertukar title… :secretary cum Administrator Office”, hampeh tol…haha! Reason dia, dia boleh buat semua keje dia sendiri…tak perlu secretary nie…cesss!!!hehehe…so, aku pun pada mulanya concerntrate la ngan keje2 Admin (includes HR representative, coz Office aku takde org HR)….tapi dah lebih kurang setahun ni…amboi, pandai pulak Boss aku ni, mintak tlg tu ar…ni ar…hehe…dalam hati aku “aiii…kate leh buat sendiri…”hehehe, dalam ati jer ar,….
Tapi, Aeman tak kisah…hehe….aku ok jer…lagipun takdelah berat sgt keje aku sekarang compare dulu time aku join HR Group kat slh sebuah company Petronas….time tu memang busy giler, pantang aku cuti sehari-dua…sure ramai yang carik, hal tu la…ni la…tu tak termasuk call handphone lagi tu….aduss…pening kepala eden….hehhe…., so kesimpulannya….keje kat tmpt baru ni…ok ar….jaga Boss sorang, jaga staff 16 org….jaga Mall…certain areas jelah…kire ok ar…

Eh…panjang lebar lak aku ngomel pasal keje nie…hehe….aku harap2 dalam masa yang tggl ni, aku leh settle kan semua keje…so, Boss aku takdelah susah sgt nanti….huhu…and at the same time takdelah menyusahkan member2 aku yang lain kan….kesian gak kat diorang…hehe….

Counting the days… 15th Dec 2009…to be induced!

Berdebar-debar gak aku rasa bila Doctor advise aku bersalin lebih awal dari yang dijangka…supposed to be my EDD is 24th Dec nie, but kene admit lebih awal, which is 15th Dec….Doc kata, lebih selamat kalau Baby dilahirkan awal coz blood pressure aku makin tinggi….so, I’ve decided to go for it….for the sake of my baby…

Tapi, dalam masa yang sama, aku risau gak…coz berat baby sekarang doctor gitau cuma 2.3kg jer…kesian Baby….doctor tak komen apa2 pulak, just said…doctor dapat kecik sikit berat baby and hopefully akan dapat lebih 20% from berat skrg….at least…..

satu lagi, cerita2 yang kudengar pasal induce nie….kebanyakkan crita yang aku dapat, semua kata sakit yang amat….sakit yang macamana pun aku takleh gambarkan…tapi, mujur la…ibu dan ibu saudaraku pernah melalui proses nie dan diorang dengan tenang cakap…biasa jelah, macam sakit nak bersalin normal gak….jangan risau….aku harap2 camtu la….

Semoga aku dapat melalui pengalaman nie dengan jayanya kelak, demi anugerah Allah yang tidak ternilai ini…..insyaallah…

1 313 314 315 316