Archives

Ada benarnya adik Neelofa tu cakap..

Hari ni baru KakAyu berkesempatan dengar habis video adik neelofa- Nur ameera tu tentang perbezaan sekolah international dengan sekolah gomen.Sebelum ni dok baca kat Facebook dan tengok video-video parody tentang isu ni.My first reaction is – ishh!!adi neelofa tu ntahpape la… baru setahun jagung nak bandingkan sekolah dan cikgu pulak!nak kutuk-kutuk, hina-hina org,haishhh!

Tu pendapat Kakayu pada mulanya sebab tak tengok pun lagi full video tu.Tak dengar pun lagi sepenuhnya apa yang cuba dia sampaikan.Opinion based on surface.Tapi bila dah dengar semua apa yang dia cakap… owh!!Kakayu cuba dengar melalui sudut yang lebih positif, yes… ada beberapa perkara yang kita boleh improve daripada apa yang dia caka,for me dia takdelah mengutuk atau menghina pun.She just being honest.

BERFIKIR SECARA POSITIF

Bila kita amati betul-betul apa yang dia cuba sampaikan melalui sudut yang lebih positif,inshaallah kita mampu dapat beberapa point di situ.Tak dinafikan sistem pendidikan kita perlukan orang-orang yang lebih telus untuk menyuarakan hal-hal sebegini untuk improve.Tak payah la nak jadi defensive sangat.KakAyu tak nampak sangat la dia nak menghina cikgu ke apa like apa yang dicanang-canang sebelum ni.Yes..memang agak “makan dalam” apa yang dia sampaikan tu, tapi almost apa yang dia kata tu betul…Its sad but True.Kita improve jelah kan…tak payah la nak sentap sangat.

Kakayu memang puji gadis yang baru berusia 15tahun ni, sangat berani menyuarakan pendapat dia sendiri.

Dia kata¬† sistem pendidikan sekarang ni lebih tertumpu kepada penilaian gred semata-mata untuk menentukan tahap kebijaksanaan seseorang pelajar, which is personally for me, yes… Kakayu setuju dengan dia.Kita sepatutnya ada cara yang lebih baik lagi untuk menilai pemahaman mereka selain peperiksaan bertulis semata-mata.Ini yang sepatutnya perlu kita cuba untuk perbaiki dalam sistem pendidikan kita.

Kebanyakkan kanak-kanak mampu menzahirkan pemahaman/pendapat mereka melalui penulisan.Tetapi terdapat juga kanak-kanak yang sangat mahir menzahirkan pendapat/pemahaman mereka melalui percakapan.Apa yang kita mahukan ialah kanak-kanak tersebut faham tentang apa yang diajar,itu yang penting kan?Jadi, kalau pelajar tersebut tak perform well dalam exam bertulis,mungkin kita boleh usahakan untuk exam secara lisan.So dari situ kita boleh nilai tahap pemahaman dia.

exam2015Exam-oriented yang berdasarkan di atas kertas semata-mata menjadikan sekolah sebagai tempat belajar semata-mata di mana seharusnya menjadi lebih lagi.Menjadi tempat untuk anak-anak berkembang dan menjadi manusia yang lebih kritikal,berani menyuarakan pendapat sendiri dan berdaya saing secara sihat.Bukan menjadi manusia yang hanya mengikut apa yang orang lain kata dan takut untuk menyuarakan pendapat sendiri sebab takut cikgu marah.

PENGALAMAN SENDIRI.

Melalui pengalam saya sendiri, saya bersekolah di sekolah berasrama penuh.Belajar dan belajar,serap semua ilmu yang cikgu-cikgu berikan dan saya berjaya menzahirkan ke atas kertas peperiksaan seperti yang diajarkan tanpa perlu untuk bertanya lebih-lebih inikan pulak berdiskusi dengan cikgu dan kawan-kawan.Sekolah adalah tempat kami MENGHAFAL semua ilmu-ilmu yang diajarkan, from a-z. Bila peperiksaan dah tamat, so semua ilmu-ilmu itu pun hilang!

Belajar hanya untuk lulus periksa.

Setibanya saya di universiti, saya terpaksa mengharungi keadaan yang sangat berbeza kerana  di universiti kita digalakkan untuk mengolah sesuatu mengikut daya pemahaman kita sendiri dan berani menyuarakan pendapat sendiri.Agak lama juga masa yang saya ambil untuk survive sebab menghafal bukan lagi menjadi cara belajar yang terbaik bila berada di menara gading.Thats why,best student kat sekolah menengah pun ada yang tak mampu perform bila berada di universiti.

Memandangkan saya belajar di universiti islam antarabangsa,jadi kami berpeluang untuk belajar dengan pensyarah daripada negara luar dan juga bersama-sama dengan pelajar-pelajar daripada negara-negara yang berlainan.Bila pensyarah tanya, ada soalan??semua Malaysian senyap!memang boleh kira dengan jari yang berani nak tanya apa-apa mahupun nak suarakan pendapat sendiri.Most of the time, international student la yang galak sangat bertanya itu dan ini dan sangat berani menyuarakan pendapat sendiri.

806bIni baru 1 sudut kecil yang kakayu cuba sampaikan.Masih terlalu banyak lagi yang perlu diselidiki dan dibangunkan dalam sistem pendidikan negara kita.Mungkin kita boleh belajar daripada negara-negara membangun yang lain bagaimana mereka menilai tahap kebijaksanaan anak-anak mereka.Mana yang elok kita ambil, yang tak elok tu kita jadikanlah sempadan.

Thats all. Bravo to MissKhan a.k.a Nur Ameera coz makes us THINK.Mana yang sentap sangat tu please be true to yourself,looks around and ask yourself,ada betulnya tak dia ni cakap?jgn nak sentappp je manjang,tak ke mana attitude sentap tu boleh bawak punn… :)

Ibu yang Mengharap keajaiban dalam sistem pendidikan Negara,

Ayu Jafri a.k.a Ibu Aryan

Setiap anak itu berbeza!

Bismillah…

Tanpa kita sedari,kita yang dewasa ni menilai kanak-kanak mengikut keupayaan diri kita.Kita juga menilai semua kanak-kanak itu sama.Contohnya,kita menilai Ahmad mengikut keupayaan si Danial.Padahal 2 kanak-kanak ini mempunyai kebolehan dan keupayaan yang berbeza-beza.Begitu juga kanak-kanak lelaki dan perempuan.Mereka juga berbeza.Samalah dengan lelaki dewasa dan wanita dewasa,kan?kita kan BERBEZA.

12523054_1235906933091493_3782087846056162548_nTapi inilah yang kita selalu lupa.Sebagai ibubapa pun kita seringkali terlupa hingga kita cenderung menyamakan anak kita dengan anak-anak org lain.Contohnya….

Eh…anak si Polan tu dah pandai la urus diri sendiri,dah pandai pakai baju sekolah sendiri,dah pandai masukkan baju sekolah dalam seluar kemas-kemas dengan sendirinya lepas pegi tandas!Tapi anak aku still tak pandai-pandai lagi,padahal anak si polan sebaya anak aku!anak aku ni ada masalah ke erk???kenapa anak aku tak pandai macam anak si Polan?????

Kenapa anak aku ni still tak pandai membaca lagi!padahal anak-anak org lain,tadika pun dah pandai membaca!kenapa anak aku ni tak pandai-pandai???anak aku ada masalah otak ke??

Ini adalah dilema ibubapa yang seringkali terjadi.Ini yang akan membuatkan kita rasa tertekan dan the worst thing bila kita mula melepaskan rasa tak puas hati tu pada anak-anak kita yang masih tidak faham apa-apa.Kita mahu dia menjadi mengikut apa yang KITA MAHU!

Tekanan akan bertambah apabila orang-orang sekitar kita mula menilai.Terutamanya bila timbul sedikit masalah di sekolah dan ibubapa dipanggil oleh guru sekolah untuk berbincang mengenai anak-anak kita.Di saat begini selalunya ibubapa akan menjadi lebih bimbang kerana anak sendiri dirasakan tidak mampu menjadi “sama” seperti anak-anak lain.Kita yang dewasa ni menjadi tertekan untuk bersaing dengan org lain.

Mengapa kita mesti mahu anak kita menjadi “SAMA” seperti anak-anak lain???sebab kita mahu diterima dengan baik di sisi masyarakat,bukan???bagi kita perbezaan itu akan menyisihkan kita dari masyarakat.

1909990_1235316216483898_220226985816939767_nSekiranya keadaan sebegini terjadi,carilah sahabat / saudara mara yang pernah melalui pengalaman yang sama ataupun mereka yang arif mengenai perkembangan kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat dan sokongan.Inshaallah individu-individu sebegini akan lebih memahami dan memberikan nasihat yang lebih membuatkan kita bersemangat untuk terus menyokong anak-anak kita untuk berkembang dengan lebih sihat.Cari individu-individu yang mampu menyuntik semangat positif untuk melawan segala perkara negatif yang masuk dalam pemikiran kita.

Apa yang paling penting sebagai ibubapa, teruslah mengucapkan kata-kata yang baik untuk anak-anak kita.Jangan sesekali terkeluar perkataan yang tidak-tidak, contohnya, anak aku tak pandai, anak aku tak pandai membaca,anak aku lambat sikit,anak aku lembab sikit,anak aku tak pandai mengira,anak aku malas! NO,NO,NO, jgn pernah terlintas lagi-lagi mengucapkan kata-kata sebegitu sebab semua yang kita ucapkan akan menjadi satu DOA untuk anak-anak kita.

Fikir,sebut dan doakanlah yang baik-baik untuk anak-anak kita.Inshaallah mereka akan menjadi anak-anak yang terbaik untuk kita satu hari nanti.Percaya itu.

Dan sebelum sampai waktunya itu, bersabar dan jgn pernah putus asa untuk mereka.Kita kenal anak-anak kita,kita tahu kemampuan dan kekuatan mereka cuma kadang-kadang kita terlupa.Kuatkan semangat dan sematkan dalam fikiran kita,our kid is a very smart kid,its just he/she need more time to grow!

Luv,

Ibu Aryan a.k.a yayansmum

Selamat Tahun Baru 2016!

Bismillah..Syukur Alhamdulillah… dah pun masuk tahun 2016.Bertambah tahun,bertambahlah usia nampak gayanya….semoga semakin matang kita menghadapi hari-hari mendatang kan?inshaallah.

12476053_1233305920018261_2020159895_n
Mcm biasa, rutin setiap awal tahun,tulis azam baru!korang dah tulis azam baru ke?pada yg belum lagi tu… jom kita tulis azam baru.Yelah,bersemangat sikit kita nak berdepan dgn cabaran-cabaran tahun 2016 ni bila kita dh rancang siap2 apa kita nak kejar,apa kita nak capai,apa kita plan nak buat dan sebagainya kan?
12476123_1233305966684923_1566429129_n
Bila kita rancang dan tulis,barulah kita nampak jalan kita lebih jelas,tak gitu?Kalau kita just fikir-fikir je… apa yg kita fikir akan tinggal angan-angan je sebab kita tak rancang perjalanan kita.. *ingatkan diri sendiri lebih ni sebenarnya!haha.
Inshaallah salah satu azam kak ayu tahun ni ialah nak create hidup yang lebih minimal,tenang dan bahagia.Lagi satu, spend money wisely….hehehe.Inshaallah.

Sesama la kita realisasikan azam memasing ye.

Luv,
Ayu Jafri a.k.a yayansmum

Dato Siti Nurhaliza Keguguran – Takziah

Bismillah….

image

Menerima perkhabaran ni,sedikit sebanyak membuat Kak Ayu sedih juga.Faham sangat perasaan org yg dah menunggu bertahun-tahun utk punya cahaya mata sendiri tapi ditakdirkan Allah swt dipinjamkan hanya utk 2 bulan shj berada di dalam rahim…Allahu….

Saya tumpang simpati,Dato Siti.

Memetik kata-kata Dato’ siti di instagram beliau…

Continue reading

Kisah Menyayat Hati!

Bismillah.

Seriously… video ni memang sangat menyentuh hati Kak Ayu.Sebagai ibubapa,kita sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak-anak kita mendapat hidup yang lebih baik,lebih sempurna.

40-sad-faces-photos-17Sanggup jadi apapun demi anak-anak.Sanggup menjadi sesuatu yang bukan diri sendiri.Sanggup berdepan dengan apa jua dugaan dan rintangan demi membesarkan anak-anak.

Semoga kita dan anak-anak kita akan menjadi insan yang lebih menghargai,lebih menyayangi ibubapa.