Archive of ‘Kekeluargaan’ category

Anak kelas Tercorot?

12565501_993155134085373_3847614724025720287_n

Bismillah….

Last week,anak KakAyu- Aryan yang darjah 1 tu dah lalui proses penempatan kelas.Ada 3 kelas,biasalah, kita view as kelas no 1 pandai,no 2 sederhana pandai & ke-3 kelas kurang pandai,ye tak?

Anak kakAyu dapat kelas yang terakhir,which is kelas kurang pandai tu la.Bagi KakAyu,its ok… dulu pun time sekolah rendah KakAyu pun bukan dok kelas 1st,kelas last gak..ada 2 kelas je kat sekolah KakAyu dulu – kelas A & kelas B,kakAyu dapat kelas B,hehehe.But still,alhamdulillah dengan izin Allah KakAyu still perform well in school.

12565501_993155134085373_3847614724025720287_nDunia persekolahan sekarang memang penuh dengan persaingan.Bukan budak-budak tu yang bersaing,tapi mak-ayah!parents yang dok bersaing,masing-masing berlumba-lumba nak buktikan anak-anak masing2 bijak.Kesian kat budak-budak tu sebenarnya.

Semasa proses pertukaran kelas anak kakAyu tu,parents datang awal untuk nak tahu anak kelas mana.Masing2 tampak excited.KakAyu pun datang awal,tapi bukan sebab tak sabar nak tahu anak kelas mana.Apa yang KakAyu concern is bila nak ambik anak kakAyu tu,dia dah takde dlm kelas dia!menononggg je jalan ntah ke mana-mana,haha!Kang kakAyu tggu kat kelas lama,rupanya dia dh dok kelas baru kan?tak ke naya tu…

12506685_1237267219622131_1319995000_nRata-rata kakAyu tengok,parents yang dapat anak masuk kelas last tu,muka mcm sedih je.Kesian pulak tgk,huhu.Padahal,KakAyu pun anak dpt kelas last gak,hihi.Siap ada yang cakap untuk sedapkan hati, “takpe,bulan 3 ni ada test lagi,boleh la anak lompat kelas“.Huhuhu,kakAyu senyum je…tetiba terbit rasa kesian kat bebudak nih.Seriously,kakAyu taklah rasa sedih yang amat anak dpt kelas last pun sebab bagi KakAyu,lets he learn,lets he grow!Tu yang penting.

Kalau zaman dedolu kan,mak ayah kakayu tak pernah pun concern sangat pasal kedudukan kelas tu.Apa yang diorang nak tahu,kakayu belajar sungguh-sungguh tak kira la dok kelas mana sekalipun.Diorang selalu ingatkan kenapa KakAyu perlu belajar rajin-rajin je.

Tapi yelah,zaman berubah…kejayaan akademik anak-anak kat sekolah dah menjadi kayu pengukur utama kejayaan ibubapa mendidik anak-anak pulak kan?Tu yang kecik-kecik lagi parents dah push untuk attend macam kelas tuisyen sampai ke malam!huuhuu.. Tu yang budak2 darjah 5 pun ada yang kena stress-attack!

12400569_1234720476543472_3580295371561964416_nPersonally,bagi kakAyu la… paling penting time diorang kecik-kecik ni la kita perlu bentuk EQ (Emotional Intelligence) yang stabil & kukuh,supaya bila diorang besar nanti,bukan je diorang jadi anak yang bijak dlm pelajaran tapi juga dalam menangani kehidupan seharian.Membentuk kerohanian yang¬† kukuh untuk jadi bekal mereka untuk berdepan dengan dunia yang kian mencabar sekarang ni kan? *berpesan pada diri sendiri juga* (^_^)

Raikan la setiap kejayaan kecil anak-anak kita.Didik mereka berani berdepan dengan kegagalan dan bangkit untuk maju ke hadapan.Bantu mereka untuk memahami kepentingan belajar,kepentingan jatuh dan bangun,dan selalu berbincang tentang kepentingan untuk berusaha menjadi yang terbaik untuk diri sendiri.

1909990_1235316216483898_220226985816939767_nPaling penting,sebagai ibubapa,tanya diri kita sendiri,kita buat sesuatu untuk diri kita ATAU mereka?

Moga kita mampu berusaha jadi ibubapa terbaik untuk mereka.Amin…

Luv.

KakAyu a.k.a Yayansmum

Bekal Vs Beli di Kantin Sekolah

1

Bismillah…

Kesian KakAyu bila baca baru2 ni anak-anak sekolah dilayan dengan layanan yang tak sepatutnya di kantin sekolah.Dengan penyediaan makanan yang kurang bersih,guna air yang tak dimasak la dan macam-macam lagi.Kesiann kan?Apalah kanak-kanak kecil tu faham,diorang sangat muda untuk faham semua tu.Tu tak masuk bab makanan mahal, ditipu dan sebagainya.

1

Sumber : thehypemedia.com

Yer…tak semua kantin macam tu kan?kebanyakkan kantin-kantin sekolah semuanya baik-baik dan mengikut prosedur penyediaan makanan yang betul kan?Dalam hal ni pihak sekolah¬† perlu sentiasa memantau keadaan ini kan?Supaya anak-anak kita tak menjadi mangsa kerakusan orang-orang yang hanya memikirkan untung semata-mata!

Alhamdulillah, dah 2 minggu KakAyu berjaya bekalkan anak makanan ke sekolah.Alahhhh uolsss,bukan susah pun sebab KakAyu bukan masak beriya2 pun,masak ikut tekak anak.Tekak anak KakAyu ni pulak bukannya memilih sangat,dia makan je apapun.KakAyu kalau boleh maintain sesimple yang mungkin untuk dia.So,takdelah kakAyu bersilat kat dapur tu beriya sangat pepagi buta.Tak larat koo!hehe.

Lagipun budak-budak bukannya makan banyak sgt pun,portion comel2 pun dah cukup untuk diorg.Tu yang kakAyu observe la bebudak ni makan dlm 2 minggu pertama persekolahan ni.Ada parents yang bekalkan anak diorang portion besar sgt,si anak pulak takdelah makan banyak tu..hehe.Bila KakAyu tanya nape tak habiskan,diorang kata tak larat dah…hehee..comel je.Sudahnya,membazir camtu je.

Maybe parents takut anak lapar kan?Sama la…KakAyu mula2 hari tu pun camtu..kalau boleh nak penuhkan 1 bekas tu ngan mee grg,hahah!Tapi,rasanya mak-mak dah boleh baca banyak mana selalunya anak makan,kan?So,kita sediakan portion yang sesuai dengan diorg,takdelah membazir nanti kan?

12400507_1238309242851262_3292010851919713430_n

kawan my son kat sebelah tu bawak 1 bag yang full of biscuits,choclate & minuman kotak.Tu goodies bag adik dia yang celebrate kat school,hehe.His mom suruh dia bagi kat Aryan untuk bawak balik rumah, so sweet of her.. :)

Bento yang kakAyu bekalkan untuk anak KakAyu ni pun takdelah fancy-fancy macam yang org lain tu.Takde pun shape cantik-cantik,bentuk bear ke atau heart ke,takde lagi setakat nih,hehe.Tak sempat ko pepagi buta nak berseni-seni nih!haha.Anak KakAyu rasa kenyang pun dah cukup bersyukur dah.

10371729_1235623479786505_2024077686077521114_n

12439199_1235026496512870_3143863957904006539_nKakAyu akan bekalkan 1 makanan utama utk dia,like nasi grg ke,mee grg ke,sandwich ke,nugget/sosej ke,anything la yang mengenyangkan.Then,kakAyu akan bekalkan dia sekotak air milo/susu dan 1 makanan manis like coklat ke,kismis,buah dan sebagainya.

Inshaallah kalau boleh nak maintain dia bawak bekal ke sekolah.Kalau tak sempat sgt masak pun,kena get ready la roti ke apa ke kan yg dah ready-to-eat sebab taknak ajar dia bawak duit lagi ke sekolah.Nak dia rasa yang bawak bekal ke sekolah tu rutin dia, so bila tak bawak bekal tu automatik dia rasa lain macam,hehe.Lagipun,dia tak perlu la nak bersesak-sesak beratur beli makanan kan?

Apapun pilihan ibubapa,mudah-mudahan pilihan itu adalah yang terbaik untuk anak-anak kita,kan?Mudah-mudahan.Semoga anak-anak ini sentiasa sihat walafiat & dilindungi Allah dari kerakusan org-org yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata!

Luv,

KakAyu a.k.a Yayansmum

Pentingnya melatih anak Tahun 1 ke tandas sekolah

toilet-658x370

Bismillah…

Petang tadi,berborak-borak dengan jiran2 pasal budak2 tahun 1 yang baru masuk sekolah tahun ni,anak KakAyu la salah seorangnya kan.Tetiba jiran sorang tu bercerita yang last year ada sorang anak member dia tahun 1 (perempuan) ni tak reti lagi nak ke tandas sekolah sendiri,end up terjatuh kat toilet sebab kain meleret tersangkut dengan apa ntah,lebam kat kepala,besar la jugak.

Allah…kakAyu dengar mengucap panjang!huhu.Alhamdulillah la lebam je.Mahunya kalau terhantuk kat bucu tajam ke…ya Allah,ngerinya!Kejadian tu pulak kat sekolah anak KakAyu sekarang ni,lagilah bertambah darjah kengerian daku nieh… huhu.Budak tu sampai phobia nak ke tandas sekolah lepas kejadian tu taww…dan sampai satu tahap mak dia terpaksa bagi pakai pampers sampai la masuk Tahun 2!

Bayangkan…sampai camtu sekali kesan kejadian tu pada budak tu.Ini adalah satu isu yang sangat kakAyu concern selama ni tentang anak tahun 1 -tandas.Yelah,anak-anak tahun 1 ni boleh dikatakan baru nak kenal-kenal dunia luar yang agak asing berbanding rumah mahupun tadika.Dunia yang agak luas berbanding sebelum ni.Kita kena faham.

toilet-658x370Bagi kakAyu,mungkin selama ni sebahagian kita memandang isu ni sebagai isu remeh-temeh.Tapi sebenarnya,ni isu yang patut kita ambil kira.Tak kira samada ibubapa mahupun cikgu-cikgu sekolah.Mendidik anak-anak menggunakan tandas dengan cara yang betul juga merupakan satu ilmu kehidupan asas yang sangat penting diterapkan dalam diri anak-anak kecil ni kan?Yelah,bila dewasa nanti tahu la nak menggunakan tandas dengan baik dan bersih.

Pada ibubapa yang berkerja tu boleh la didik anak cara-cara ke tandas pada hari pertama di sekolah tu.Terangkan apa yang boleh dan tak boleh dia buat dalam tandas.Yelah,anak-anak ni memang suka sangat berlari-lari kan,so kita kena nasihatkan apa akan jadi kalau diorang melanggar certain rules yang kita dah bagitau tu.Diorang mungkin akan cedera,sakit dan sebagainya.

12400569_1234720476543472_3580295371561964416_nSepanjang 5 hari “berkampung” di sekolah anak pada minggu pertama yang dianggap sebagai minggu orientasi sekolah,nothing much yang KakAyu tengok pihak sekolah buat untuk mengenalkan anak-anak ini pada tempat-tempat di sekolah.Ada la juga dengar2 cerita yang pihak sekolah akan bawa anak-anak melawat certain2 area untuk dikenalkan dan termasuklah tandas tapi sampai la minggu ke-2 persekolahan ni,takde apa pun yang jadi.Just buat aktiviti menyanyi beramai2,bercerita,which is diorang dah biasa pun kat tadika dulu kan?

Tak semua sekolah sama pendekatannya kan?yes…faham.Kalau ada sekolah2 yang ada inisiatif membawa anak-anak kecil ni berkenalan dengan kawasan2 penting di dalam sekolah, seperti kantin,tandas,bilik guru,perpustakaan dan sebagainya pada minggu pertama persekolahan utk Tahun 1 mmg satu pendekatan yang patut dipuji.Syabas!

Perkara ni memang nampak simple,tapi impaknya besar bila ada insiden2 yang tak diingini.Alangkah baiknya kalau cikgu bawa anak-anak murid tahun 1 ni ke Tandas…tak perlu pun masuk tandas,just kat pintu tandas luar pun takpe…tunjukkan yang inilah tandas.Terangkan apa yang diorang perlu buat selepas membuang air,flush,basuh tangan dan sebagainya la…Ini pun ilmu kan?tak hina pun mendidik anak-anak melakukan sesuatu mengikut cara yang terbaik,betul tak?Dalam Islam sendiri pun ada mengajar kita tentang adab-adab ke tandas.

school-bathroom-rules-858494Dunia semakin advanced…so kita pun sepatutnya semakin advanced dalam mendidik anak-anak di sekolah.Kalau tandas sekolah kotor,kita bising,budak pengotor la apa la..tapi kita tak sedar yang kita sendiri terlupa tentang pendedahan awal pada adab-adab di tandas tu la sepatutnya kita tekankan seawal mungkin… seawal hari pertama mereka jejakkan kaki di sekolah.

Dalam isu ni,ibubapa dan cikgu harusssss sama-sama bertanggungjawab dan berkerjasama untuk mendidik anak-anak yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan.Kalau kita saling berkerjasama,inshaallah anak-anak kita bukan je mampu jad insan yang bijak tapi juga yang penuh dengan adab dan etika yang terbaik.Inshaallah.

Love,

KakAyu a.k.a Yayansmum

 

1 2 3 4 5