Archive of ‘Kekeluargaan’ category

5 jenis Bahan Kimia Berbahaya Yang Harus Dihindari Dlm Produk Bayi

baby-bathtime-parents-550x288

Menurut pakar, mandian bayi, syampu,losyen mahupun minyak urutan bayi kita mungkin dilabel sebagai “Natural/semulajadi” ataupun “Gentle/lembut” tetapi mungkin juga dipenuhi dengan bahan kimia bertoksik yang merbahaya untuk kesihatan bayi kita.

Disebabkan kulit bayi 30% lebih nipis berbanding dewasa,kulit mereka mampu menyerap 10x ganda bahan kimia lebih cepat. Bayi kita terdedah dengan bahan-bahan kimia bertoksik setiap hari tanpa kita sedari.

Bayi dan kanak-kanak lebih berisiko berbanding dewasa tetapi kita tiada piawai khas untuk melindungi mereka“- EWG’s Vice President for Research.

Berikan perhatian.

Ini merupakan beberapa bahan kimia berbahaya yang perlu kita elakkan :

(more…)

Review Filem REDHA

Redha 2016

Redha 2016REDHA….

Such a beautiful film!Filem inspirasi dari Kisah benar ini menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme. Filem ni telah berjaya membuatkan KakAyu bergenang airmata sepanjang menonton!Sedihhh…

Ada je scence yang mampu buat hati ni “hujan” even simple one!Sebaknya tak tahu nak gambarkan.Rasa macam nak teresak-esak kat kerusi cinema tu,tapi malu kat anak umur 7 tahun yang dok sebelah.Sakit dada sebak tahan airmata jatuh berderaian…Huhuhu.Tapi at last,berderaian juga airmata…tak boleh ditahan2 dah!

Lakonan bersahaja oleh semua pelakon dalam filem ni mampu membuatkan sesiapa yang menonton filem ini tersentuh.Sebak!Tangisan kesedihan mahupun tangisan kegembiraan mereka seolah-olah begitu tulus bukan lakonan!

redha_the_Movie_006

img_0462

KakAyu bukan pakar nak komen bab-bab plot penceritaan bagai.I just know how to express what i feel towards this film.Ikhlas.Tulus.Bukan dipaksa-paksa.Banyak sangat emosi istimewa dalam filem ni – cinta dan kasih sayang ibu ayah, keluarga,sahabat yang memahami dan memberi sokongan.Tak kurang juga perspektif sebenar masyarakat negatif yang seringkali mematahkan semangat kita untuk terus kuat!

SEBAK – BERSYUKUR – TERINSPIRASI.

3 perkataan inilah bagi kakayu yang mampu menggambarkan hebatnya cerita ini.Allah… time tulis review ni pun airmata dok turun lagi ni ha.Masih teringat-ingat babak-babak dlm filem ni.Ada 1 babak di mana si anak terkencing di kedai stesen minyak petronas.Si ibu kelihatan sangat tertekan dengan situasi tu,ambik semua tisu yang dia ada dan lap kencing anak dia.Datang makcik cleaner tu tolong si ibu tapi si ibu berkali-kali minta maaf… bila makcik cleaner tu bercakap dengan si ibu… Allahuuuuu… sebaknyaaa!!!yang dah jadi ibu-ibu mesti faham sangat.Korang mesti tonton filem ni untuk rasa apa yang KakAyu dok cakap nih.

redhaLepas tonton filem ni kakayu rasa..Ya Allah,bila kita diduga dengan karenah anak-anak je kita mula mengeluh panjang!padahal orang lain ujiannya lebih hebat lagi.Lagi penuh dengan onak duri yang tak tertanggung kadangkala.Allahu…

mengapa aku??mengapa aku???” dialog yang diulang2 oleh si ibu dan si ayah pada awalnya dalam filem ni membuatkan Kakayu teringat pada kisah sendiri ketika anak “terpilih” kakayu dilahirkan dan dugaan demi dugaan kami lalui selepas itu.Diri sendiri juga mengajukan soalan yang sama.Mula menyoal sang pencipta,apakah dosa yang kami lakukan hingga diturunkan dugaan hebat sebegini??? Allah….Allah…. sebak sangat2.

KakAyu sangat bersetuju dengan Dialog “Hanya dalam kegelapan,seseorang itu mampu melihat cahaya” dalam filem ni, really… I couldnt agree more… sebab Kakayu pernah melalui “kegelapan” itu dan Allah swt menunjukkan cahaya itu hari demi hari.Alhamdulillah….

Filem ini mampu membuka mata kita bahawa hidup ini adalah PILIHAN.Pilihan untuk meratapi nasib kita atau pilihan untuk menjadi manusia yang positif dan kuat semangat!Yang mahu membahagiakan diri sendiri dan orang-orang sekeliling kita.

Andai inspirasi, motivasi,semangat & kekuatan yang anda cari, semuanya ada dalam filem REDHA ni, inshaallah. A -MUST SEE FILM OF THE YEAR!

Tulus,

KakAyu ibu Aryan

A Mother to a Congenital Heart Disease kid

19239_287763738608_812293608_3278321_6832350_n2

 

Berikan anak kita masa

12573226_1246778998670953_1145657309731959707_n

Bismillah..

Anak-anak Tahun 1 yang baru menjejakkan kaki ke sekolah tahun ni perlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan pendidikan formal di sekolah rendah.Yelah,cara pendidikan di tadika dan sekolah rendah memang agak berbeza sebab tadika lebih kepada fun-learning kan?

Anak KakAyu lagi la, umur 6 tahun baru KakAyu hantar ke tadika sebab taknak dia terdedah dengan jangkitan apa-apa kat tadika sebab dia ni pesakit jantung yang mempunyai daya imuniti badan yang sangat rendah dan sangat mudah jatuh sakit.Jadi,setahun di tadika belum cukup untuk dia belajar ke semuanya sebagai persediaan untuk masuk ke Tahun 1.

12573226_1246778998670953_1145657309731959707_nBila masuk Tahun 1 ni,anak Kakayu lagi la perlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri.Bagi dia,pergi sekolah tu untuk jumpa kawan-kawan,untuk main-main.Mentaliti kanak-kanak kan?Dia masih perlukan banyak masa untuk faham yang ke sekolah itu bukan sahaja untuk belajar bergaul dengan kawan-kawan tetapi paling penting ialah menimba ilmu.

Mengharungi perjalanan kanak-kanak Tahun 1 ni agak mencabar untuk ibubapa terutamanya ibubapa yang pertama kali mempunyai anak yang bersekolah di Tahun 1.Banyak la kisah-kisah suka duka  yang akan kita lalui dan pelajari bersama anak-anak kita ni.

Apa yang paling penting kita sebagai ibubapa jangan stress dan mula bandingkan anak kita dengan anak org lain.Kita kena percaya yang setiap kanak-kanak itu berbeza.Tak sama.Cara penerimaan,masa yang diperlukan,semuanya berbeza.

Bersabar dan terus sokong anak-anak kita walau dalam apa jua keadaan sekalipun.Yakin yang anak-anak kita ni sememangnya anak-anak yang bijak cuma dia perlukan masa untuk menonjolkan kelebihan dan kekuatan dia.Inshaallah.

Luv,

KakAyu a.k.a Yayansmum

1 2 3 5