RESEPI ASAM PEDAS SIMPLE


Bismillah

Gigih Kekyu masak Asam Pedas semalam.Punya nak bagi rasa sedap ha,hihi.Kekyu masak penuh komited,buat slow-slow takmo kalut-kalut sebab kononnya nak bagi sedap yakmat.*sedap la sangaddd*Haha.

AC0EF976-0722-40CD-BB0A-2EE38C9F2FDF

Korang tengok la gigih Kekyu susun cenggitu bahan-bahan nak guna taw.So that,nampak tersusun kekyu masak,ala-ala Masterchef gitu.Biaq p la Kekyu nak perasan sikit kan.

4DCC3F5D-161B-4C6D-8764-88BBABA6C185

Tadaaa…ni la hasilnya.Kalau kekyu cakap sedap kang korang kata kekyu berlagak pulak kan,haha!Tapi,my son Aryan yang umur 8 tahun tu yang mmg tak suka pedas-pedas ni,kemain menghirup kuah my asam pedas ni uols!Means, kekyu berjaya tackle selera kanak-kanak.Yayyyy!Boleh letak tajuk- “Asam pedas yang digemari kanak-kanak”Haha..

Resepi Asam Pedas

Bahan-bahan :

Segenggam cili kering (potong & buang biji-rebus & toskan)

10 biji bawang Merah

6 biji bawang putih

½ inci Kunyit

½ inci Halia

*Semua bahan-bahan di atas sila kisar halus ye*

Minyak masak untuk menumis

1 sudu makan Pes Asam Jawa Adabi

1 ikat Daun kesum

Tomato

Bendi

Garam/gula

Cara Memasak:

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan cili kering betul-betul masak (lebihkan minyak ketika menumis baru nampak umphh!)

Masukkan daun kesum (sebahagian)

Masukkan air (ikut citarasa kepekatan masing2 )

Masukkan pes asam jawa

Masukkan ikan-tunggu didih dan ikan mula masak

Masukkan garam/gula

Masukkan bendi & tomato & daun kesum yang tinggal

Ha…Siap! Inshaallah mudah je nak masak.All the best all!Enjoy it!

Luv,

Kekyu Jafri a.k.a Yayansmum

(Visited 15 times, 1 visits today)

Leave a Reply