May 2016 archive

Kita Berhak untuk rasa marah!

Anger-away

Ingat nak positif sepanjang masa tu senang ke???fuhh!!manusia kot, memang ada naik turun.Bila dah rasa marah,kecewa,sedih,takde maknanya nak positif!Bila dah sakit hati, semua yang positif-positif tu takde makna dahhh!!!kannn???sampai gitu sekali…hehhee.

Anger-awayTapi… ada tapinya…

Kita boleh kawal.Yes…kita boleh kawal diri kita untukĀ  berdepan dengan situasi tu dan jangan sesekali biarkan situasi tu yang mengawal kita.Jangan biarkan situasi tu mengawal diri,emosi dan kehidupan kita.Berikan diri kita ruang untuk rasa marah,sedih dan kecewa itu,tapi jangan biarkan semua tu bertapa lama sangat dalam diri kita.

Benda-benda negatif ni kalau duk lama dalam diri kita,bukannya berkurangan tapi akan mula berkembang biak!Sampai bernanah kalau biarkan lama.Diri sendiri yang akan sakit.

Kita berhak untuk rasa marah.Kita berhak untuk rasa sedih terkilan kecewa.Tapi cukuplah hanya untuk beberapa ketika.Jangan kita suburkan perasaan negatif tu coz bila kita terus bertahan dengan rasa negatif tu umpama kita minum racun tapi mahukan orang lain yang mati.Macam ada yang tak kena di situ kan?betul tak?

life-is-like-photographyInilah yang dinamakan kehidupan.Apa yang penting,hidup perlu diteruskan.Belajar daripada apa yang jadi dan teruskan melangkah.

Teruskan Melangkah,sahabat.

Luv

Ayu Jafri