Review Filem REDHA


Redha 2016REDHA….

Such a beautiful film!Filem inspirasi dari Kisah benar ini menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme. Filem ni telah berjaya membuatkan KakAyu bergenang airmata sepanjang menonton!Sedihhh…

Ada je scence yang mampu buat hati ni “hujan” even simple one!Sebaknya tak tahu nak gambarkan.Rasa macam nak teresak-esak kat kerusi cinema tu,tapi malu kat anak umur 7 tahun yang dok sebelah.Sakit dada sebak tahan airmata jatuh berderaian…Huhuhu.Tapi at last,berderaian juga airmata…tak boleh ditahan2 dah!

Lakonan bersahaja oleh semua pelakon dalam filem ni mampu membuatkan sesiapa yang menonton filem ini tersentuh.Sebak!Tangisan kesedihan mahupun tangisan kegembiraan mereka seolah-olah begitu tulus bukan lakonan!

redha_the_Movie_006

img_0462

KakAyu bukan pakar nak komen bab-bab plot penceritaan bagai.I just know how to express what i feel towards this film.Ikhlas.Tulus.Bukan dipaksa-paksa.Banyak sangat emosi istimewa dalam filem ni – cinta dan kasih sayang ibu ayah, keluarga,sahabat yang memahami dan memberi sokongan.Tak kurang juga perspektif sebenar masyarakat negatif yang seringkali mematahkan semangat kita untuk terus kuat!

SEBAK – BERSYUKUR – TERINSPIRASI.

3 perkataan inilah bagi kakayu yang mampu menggambarkan hebatnya cerita ini.Allah… time tulis review ni pun airmata dok turun lagi ni ha.Masih teringat-ingat babak-babak dlm filem ni.Ada 1 babak di mana si anak terkencing di kedai stesen minyak petronas.Si ibu kelihatan sangat tertekan dengan situasi tu,ambik semua tisu yang dia ada dan lap kencing anak dia.Datang makcik cleaner tu tolong si ibu tapi si ibu berkali-kali minta maaf… bila makcik cleaner tu bercakap dengan si ibu… Allahuuuuu… sebaknyaaa!!!yang dah jadi ibu-ibu mesti faham sangat.Korang mesti tonton filem ni untuk rasa apa yang KakAyu dok cakap nih.

redhaLepas tonton filem ni kakayu rasa..Ya Allah,bila kita diduga dengan karenah anak-anak je kita mula mengeluh panjang!padahal orang lain ujiannya lebih hebat lagi.Lagi penuh dengan onak duri yang tak tertanggung kadangkala.Allahu…

mengapa aku??mengapa aku???” dialog yang diulang2 oleh si ibu dan si ayah pada awalnya dalam filem ni membuatkan Kakayu teringat pada kisah sendiri ketika anak “terpilih” kakayu dilahirkan dan dugaan demi dugaan kami lalui selepas itu.Diri sendiri juga mengajukan soalan yang sama.Mula menyoal sang pencipta,apakah dosa yang kami lakukan hingga diturunkan dugaan hebat sebegini??? Allah….Allah…. sebak sangat2.

KakAyu sangat bersetuju dengan Dialog “Hanya dalam kegelapan,seseorang itu mampu melihat cahaya” dalam filem ni, really… I couldnt agree more… sebab Kakayu pernah melalui “kegelapan” itu dan Allah swt menunjukkan cahaya itu hari demi hari.Alhamdulillah….

Filem ini mampu membuka mata kita bahawa hidup ini adalah PILIHAN.Pilihan untuk meratapi nasib kita atau pilihan untuk menjadi manusia yang positif dan kuat semangat!Yang mahu membahagiakan diri sendiri dan orang-orang sekeliling kita.

Andai inspirasi, motivasi,semangat & kekuatan yang anda cari, semuanya ada dalam filem REDHA ni, inshaallah. A -MUST SEE FILM OF THE YEAR!

Tulus,

KakAyu ibu Aryan

A Mother to a Congenital Heart Disease kid

19239_287763738608_812293608_3278321_6832350_n2

 

(Visited 805 times, 1 visits today)

One thought on “Review Filem REDHA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>