February 2016 archive

Setiap anak itu berbeza!

12523054_1235906933091493_3782087846056162548_n

Bismillah…

Tanpa kita sedari,kita yang dewasa ni menilai kanak-kanak mengikut keupayaan diri kita.Kita juga menilai semua kanak-kanak itu sama.Contohnya,kita menilai Ahmad mengikut keupayaan si Danial.Padahal 2 kanak-kanak ini mempunyai kebolehan dan keupayaan yang berbeza-beza.Begitu juga kanak-kanak lelaki dan perempuan.Mereka juga berbeza.Samalah dengan lelaki dewasa dan wanita dewasa,kan?kita kan BERBEZA.

12523054_1235906933091493_3782087846056162548_nTapi inilah yang kita selalu lupa.Sebagai ibubapa pun kita seringkali terlupa hingga kita cenderung menyamakan anak kita dengan anak-anak org lain.Contohnya….

Eh…anak si Polan tu dah pandai la urus diri sendiri,dah pandai pakai baju sekolah sendiri,dah pandai masukkan baju sekolah dalam seluar kemas-kemas dengan sendirinya lepas pegi tandas!Tapi anak aku still tak pandai-pandai lagi,padahal anak si polan sebaya anak aku!anak aku ni ada masalah ke erk???kenapa anak aku tak pandai macam anak si Polan?????

Kenapa anak aku ni still tak pandai membaca lagi!padahal anak-anak org lain,tadika pun dah pandai membaca!kenapa anak aku ni tak pandai-pandai???anak aku ada masalah otak ke??

Ini adalah dilema ibubapa yang seringkali terjadi.Ini yang akan membuatkan kita rasa tertekan dan the worst thing bila kita mula melepaskan rasa tak puas hati tu pada anak-anak kita yang masih tidak faham apa-apa.Kita mahu dia menjadi mengikut apa yang KITA MAHU!

Tekanan akan bertambah apabila orang-orang sekitar kita mula menilai.Terutamanya bila timbul sedikit masalah di sekolah dan ibubapa dipanggil oleh guru sekolah untuk berbincang mengenai anak-anak kita.Di saat begini selalunya ibubapa akan menjadi lebih bimbang kerana anak sendiri dirasakan tidak mampu menjadi “sama” seperti anak-anak lain.Kita yang dewasa ni menjadi tertekan untuk bersaing dengan org lain.

Mengapa kita mesti mahu anak kita menjadi “SAMA” seperti anak-anak lain???sebab kita mahu diterima dengan baik di sisi masyarakat,bukan???bagi kita perbezaan itu akan menyisihkan kita dari masyarakat.

1909990_1235316216483898_220226985816939767_nSekiranya keadaan sebegini terjadi,carilah sahabat / saudara mara yang pernah melalui pengalaman yang sama ataupun mereka yang arif mengenai perkembangan kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat dan sokongan.Inshaallah individu-individu sebegini akan lebih memahami dan memberikan nasihat yang lebih membuatkan kita bersemangat untuk terus menyokong anak-anak kita untuk berkembang dengan lebih sihat.Cari individu-individu yang mampu menyuntik semangat positif untuk melawan segala perkara negatif yang masuk dalam pemikiran kita.

Apa yang paling penting sebagai ibubapa, teruslah mengucapkan kata-kata yang baik untuk anak-anak kita.Jangan sesekali terkeluar perkataan yang tidak-tidak, contohnya, anak aku tak pandai, anak aku tak pandai membaca,anak aku lambat sikit,anak aku lembab sikit,anak aku tak pandai mengira,anak aku malas! NO,NO,NO, jgn pernah terlintas lagi-lagi mengucapkan kata-kata sebegitu sebab semua yang kita ucapkan akan menjadi satu DOA untuk anak-anak kita.

Fikir,sebut dan doakanlah yang baik-baik untuk anak-anak kita.Inshaallah mereka akan menjadi anak-anak yang terbaik untuk kita satu hari nanti.Percaya itu.

Dan sebelum sampai waktunya itu, bersabar dan jgn pernah putus asa untuk mereka.Kita kenal anak-anak kita,kita tahu kemampuan dan kekuatan mereka cuma kadang-kadang kita terlupa.Kuatkan semangat dan sematkan dalam fikiran kita,our kid is a very smart kid,its just he/she need more time to grow!

Luv,

Ibu Aryan a.k.a yayansmum