Berikan anak kita masa


Bismillah..

Anak-anak Tahun 1 yang baru menjejakkan kaki ke sekolah tahun ni perlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan pendidikan formal di sekolah rendah.Yelah,cara pendidikan di tadika dan sekolah rendah memang agak berbeza sebab tadika lebih kepada fun-learning kan?

Anak KakAyu lagi la, umur 6 tahun baru KakAyu hantar ke tadika sebab taknak dia terdedah dengan jangkitan apa-apa kat tadika sebab dia ni pesakit jantung yang mempunyai daya imuniti badan yang sangat rendah dan sangat mudah jatuh sakit.Jadi,setahun di tadika belum cukup untuk dia belajar ke semuanya sebagai persediaan untuk masuk ke Tahun 1.

12573226_1246778998670953_1145657309731959707_nBila masuk Tahun 1 ni,anak Kakayu lagi la perlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri.Bagi dia,pergi sekolah tu untuk jumpa kawan-kawan,untuk main-main.Mentaliti kanak-kanak kan?Dia masih perlukan banyak masa untuk faham yang ke sekolah itu bukan sahaja untuk belajar bergaul dengan kawan-kawan tetapi paling penting ialah menimba ilmu.

Mengharungi perjalanan kanak-kanak Tahun 1 ni agak mencabar untuk ibubapa terutamanya ibubapa yang pertama kali mempunyai anak yang bersekolah di Tahun 1.Banyak la kisah-kisah suka duka  yang akan kita lalui dan pelajari bersama anak-anak kita ni.

Apa yang paling penting kita sebagai ibubapa jangan stress dan mula bandingkan anak kita dengan anak org lain.Kita kena percaya yang setiap kanak-kanak itu berbeza.Tak sama.Cara penerimaan,masa yang diperlukan,semuanya berbeza.

Bersabar dan terus sokong anak-anak kita walau dalam apa jua keadaan sekalipun.Yakin yang anak-anak kita ni sememangnya anak-anak yang bijak cuma dia perlukan masa untuk menonjolkan kelebihan dan kekuatan dia.Inshaallah.

Luv,

KakAyu a.k.a Yayansmum

(Visited 70 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>