Anak kelas Tercorot?


Bismillah….

Last week,anak KakAyu- Aryan yang darjah 1 tu dah lalui proses penempatan kelas.Ada 3 kelas,biasalah, kita view as kelas no 1 pandai,no 2 sederhana pandai & ke-3 kelas kurang pandai,ye tak?

Anak kakAyu dapat kelas yang terakhir,which is kelas kurang pandai tu la.Bagi KakAyu,its ok… dulu pun time sekolah rendah KakAyu pun bukan dok kelas 1st,kelas last gak..ada 2 kelas je kat sekolah KakAyu dulu – kelas A & kelas B,kakAyu dapat kelas B,hehehe.But still,alhamdulillah dengan izin Allah KakAyu still perform well in school.

12565501_993155134085373_3847614724025720287_nDunia persekolahan sekarang memang penuh dengan persaingan.Bukan budak-budak tu yang bersaing,tapi mak-ayah!parents yang dok bersaing,masing-masing berlumba-lumba nak buktikan anak-anak masing2 bijak.Kesian kat budak-budak tu sebenarnya.

Semasa proses pertukaran kelas anak kakAyu tu,parents datang awal untuk nak tahu anak kelas mana.Masing2 tampak excited.KakAyu pun datang awal,tapi bukan sebab tak sabar nak tahu anak kelas mana.Apa yang KakAyu concern is bila nak ambik anak kakAyu tu,dia dah takde dlm kelas dia!menononggg je jalan ntah ke mana-mana,haha!Kang kakAyu tggu kat kelas lama,rupanya dia dh dok kelas baru kan?tak ke naya tu…

12506685_1237267219622131_1319995000_nRata-rata kakAyu tengok,parents yang dapat anak masuk kelas last tu,muka mcm sedih je.Kesian pulak tgk,huhu.Padahal,KakAyu pun anak dpt kelas last gak,hihi.Siap ada yang cakap untuk sedapkan hati, “takpe,bulan 3 ni ada test lagi,boleh la anak lompat kelas“.Huhuhu,kakAyu senyum je…tetiba terbit rasa kesian kat bebudak nih.Seriously,kakAyu taklah rasa sedih yang amat anak dpt kelas last pun sebab bagi KakAyu,lets he learn,lets he grow!Tu yang penting.

Kalau zaman dedolu kan,mak ayah kakayu tak pernah pun concern sangat pasal kedudukan kelas tu.Apa yang diorang nak tahu,kakayu belajar sungguh-sungguh tak kira la dok kelas mana sekalipun.Diorang selalu ingatkan kenapa KakAyu perlu belajar rajin-rajin je.

Tapi yelah,zaman berubah…kejayaan akademik anak-anak kat sekolah dah menjadi kayu pengukur utama kejayaan ibubapa mendidik anak-anak pulak kan?Tu yang kecik-kecik lagi parents dah push untuk attend macam kelas tuisyen sampai ke malam!huuhuu.. Tu yang budak2 darjah 5 pun ada yang kena stress-attack!

12400569_1234720476543472_3580295371561964416_nPersonally,bagi kakAyu la… paling penting time diorang kecik-kecik ni la kita perlu bentuk EQ (Emotional Intelligence) yang stabil & kukuh,supaya bila diorang besar nanti,bukan je diorang jadi anak yang bijak dlm pelajaran tapi juga dalam menangani kehidupan seharian.Membentuk kerohanian yang  kukuh untuk jadi bekal mereka untuk berdepan dengan dunia yang kian mencabar sekarang ni kan? *berpesan pada diri sendiri juga* (^_^)

Raikan la setiap kejayaan kecil anak-anak kita.Didik mereka berani berdepan dengan kegagalan dan bangkit untuk maju ke hadapan.Bantu mereka untuk memahami kepentingan belajar,kepentingan jatuh dan bangun,dan selalu berbincang tentang kepentingan untuk berusaha menjadi yang terbaik untuk diri sendiri.

1909990_1235316216483898_220226985816939767_nPaling penting,sebagai ibubapa,tanya diri kita sendiri,kita buat sesuatu untuk diri kita ATAU mereka?

Moga kita mampu berusaha jadi ibubapa terbaik untuk mereka.Amin…

Luv.

KakAyu a.k.a Yayansmum

(Visited 366 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>