Bekal Vs Beli di Kantin Sekolah


Bismillah…

Kesian KakAyu bila baca baru2 ni anak-anak sekolah dilayan dengan layanan yang tak sepatutnya di kantin sekolah.Dengan penyediaan makanan yang kurang bersih,guna air yang tak dimasak la dan macam-macam lagi.Kesiann kan?Apalah kanak-kanak kecil tu faham,diorang sangat muda untuk faham semua tu.Tu tak masuk bab makanan mahal, ditipu dan sebagainya.

1

Sumber : thehypemedia.com

Yer…tak semua kantin macam tu kan?kebanyakkan kantin-kantin sekolah semuanya baik-baik dan mengikut prosedur penyediaan makanan yang betul kan?Dalam hal ni pihak sekolah  perlu sentiasa memantau keadaan ini kan?Supaya anak-anak kita tak menjadi mangsa kerakusan orang-orang yang hanya memikirkan untung semata-mata!

Alhamdulillah, dah 2 minggu KakAyu berjaya bekalkan anak makanan ke sekolah.Alahhhh uolsss,bukan susah pun sebab KakAyu bukan masak beriya2 pun,masak ikut tekak anak.Tekak anak KakAyu ni pulak bukannya memilih sangat,dia makan je apapun.KakAyu kalau boleh maintain sesimple yang mungkin untuk dia.So,takdelah kakAyu bersilat kat dapur tu beriya sangat pepagi buta.Tak larat koo!hehe.

Lagipun budak-budak bukannya makan banyak sgt pun,portion comel2 pun dah cukup untuk diorg.Tu yang kakAyu observe la bebudak ni makan dlm 2 minggu pertama persekolahan ni.Ada parents yang bekalkan anak diorang portion besar sgt,si anak pulak takdelah makan banyak tu..hehe.Bila KakAyu tanya nape tak habiskan,diorang kata tak larat dah…hehee..comel je.Sudahnya,membazir camtu je.

Maybe parents takut anak lapar kan?Sama la…KakAyu mula2 hari tu pun camtu..kalau boleh nak penuhkan 1 bekas tu ngan mee grg,hahah!Tapi,rasanya mak-mak dah boleh baca banyak mana selalunya anak makan,kan?So,kita sediakan portion yang sesuai dengan diorg,takdelah membazir nanti kan?

12400507_1238309242851262_3292010851919713430_n

kawan my son kat sebelah tu bawak 1 bag yang full of biscuits,choclate & minuman kotak.Tu goodies bag adik dia yang celebrate kat school,hehe.His mom suruh dia bagi kat Aryan untuk bawak balik rumah, so sweet of her.. :)

Bento yang kakAyu bekalkan untuk anak KakAyu ni pun takdelah fancy-fancy macam yang org lain tu.Takde pun shape cantik-cantik,bentuk bear ke atau heart ke,takde lagi setakat nih,hehe.Tak sempat ko pepagi buta nak berseni-seni nih!haha.Anak KakAyu rasa kenyang pun dah cukup bersyukur dah.

10371729_1235623479786505_2024077686077521114_n

12439199_1235026496512870_3143863957904006539_nKakAyu akan bekalkan 1 makanan utama utk dia,like nasi grg ke,mee grg ke,sandwich ke,nugget/sosej ke,anything la yang mengenyangkan.Then,kakAyu akan bekalkan dia sekotak air milo/susu dan 1 makanan manis like coklat ke,kismis,buah dan sebagainya.

Inshaallah kalau boleh nak maintain dia bawak bekal ke sekolah.Kalau tak sempat sgt masak pun,kena get ready la roti ke apa ke kan yg dah ready-to-eat sebab taknak ajar dia bawak duit lagi ke sekolah.Nak dia rasa yang bawak bekal ke sekolah tu rutin dia, so bila tak bawak bekal tu automatik dia rasa lain macam,hehe.Lagipun,dia tak perlu la nak bersesak-sesak beratur beli makanan kan?

Apapun pilihan ibubapa,mudah-mudahan pilihan itu adalah yang terbaik untuk anak-anak kita,kan?Mudah-mudahan.Semoga anak-anak ini sentiasa sihat walafiat & dilindungi Allah dari kerakusan org-org yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata!

Luv,

KakAyu a.k.a Yayansmum

(Visited 195 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Bekal Vs Beli di Kantin Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>