Pentingnya melatih anak Tahun 1 ke tandas sekolah


Bismillah…

Petang tadi,berborak-borak dengan jiran2 pasal budak2 tahun 1 yang baru masuk sekolah tahun ni,anak KakAyu la salah seorangnya kan.Tetiba jiran sorang tu bercerita yang last year ada sorang anak member dia tahun 1 (perempuan) ni tak reti lagi nak ke tandas sekolah sendiri,end up terjatuh kat toilet sebab kain meleret tersangkut dengan apa ntah,lebam kat kepala,besar la jugak.

Allah…kakAyu dengar mengucap panjang!huhu.Alhamdulillah la lebam je.Mahunya kalau terhantuk kat bucu tajam ke…ya Allah,ngerinya!Kejadian tu pulak kat sekolah anak KakAyu sekarang ni,lagilah bertambah darjah kengerian daku nieh… huhu.Budak tu sampai phobia nak ke tandas sekolah lepas kejadian tu taww…dan sampai satu tahap mak dia terpaksa bagi pakai pampers sampai la masuk Tahun 2!

Bayangkan…sampai camtu sekali kesan kejadian tu pada budak tu.Ini adalah satu isu yang sangat kakAyu concern selama ni tentang anak tahun 1 -tandas.Yelah,anak-anak tahun 1 ni boleh dikatakan baru nak kenal-kenal dunia luar yang agak asing berbanding rumah mahupun tadika.Dunia yang agak luas berbanding sebelum ni.Kita kena faham.

toilet-658x370Bagi kakAyu,mungkin selama ni sebahagian kita memandang isu ni sebagai isu remeh-temeh.Tapi sebenarnya,ni isu yang patut kita ambil kira.Tak kira samada ibubapa mahupun cikgu-cikgu sekolah.Mendidik anak-anak menggunakan tandas dengan cara yang betul juga merupakan satu ilmu kehidupan asas yang sangat penting diterapkan dalam diri anak-anak kecil ni kan?Yelah,bila dewasa nanti tahu la nak menggunakan tandas dengan baik dan bersih.

Pada ibubapa yang berkerja tu boleh la didik anak cara-cara ke tandas pada hari pertama di sekolah tu.Terangkan apa yang boleh dan tak boleh dia buat dalam tandas.Yelah,anak-anak ni memang suka sangat berlari-lari kan,so kita kena nasihatkan apa akan jadi kalau diorang melanggar certain rules yang kita dah bagitau tu.Diorang mungkin akan cedera,sakit dan sebagainya.

12400569_1234720476543472_3580295371561964416_nSepanjang 5 hari “berkampung” di sekolah anak pada minggu pertama yang dianggap sebagai minggu orientasi sekolah,nothing much yang KakAyu tengok pihak sekolah buat untuk mengenalkan anak-anak ini pada tempat-tempat di sekolah.Ada la juga dengar2 cerita yang pihak sekolah akan bawa anak-anak melawat certain2 area untuk dikenalkan dan termasuklah tandas tapi sampai la minggu ke-2 persekolahan ni,takde apa pun yang jadi.Just buat aktiviti menyanyi beramai2,bercerita,which is diorang dah biasa pun kat tadika dulu kan?

Tak semua sekolah sama pendekatannya kan?yes…faham.Kalau ada sekolah2 yang ada inisiatif membawa anak-anak kecil ni berkenalan dengan kawasan2 penting di dalam sekolah, seperti kantin,tandas,bilik guru,perpustakaan dan sebagainya pada minggu pertama persekolahan utk Tahun 1 mmg satu pendekatan yang patut dipuji.Syabas!

Perkara ni memang nampak simple,tapi impaknya besar bila ada insiden2 yang tak diingini.Alangkah baiknya kalau cikgu bawa anak-anak murid tahun 1 ni ke Tandas…tak perlu pun masuk tandas,just kat pintu tandas luar pun takpe…tunjukkan yang inilah tandas.Terangkan apa yang diorang perlu buat selepas membuang air,flush,basuh tangan dan sebagainya la…Ini pun ilmu kan?tak hina pun mendidik anak-anak melakukan sesuatu mengikut cara yang terbaik,betul tak?Dalam Islam sendiri pun ada mengajar kita tentang adab-adab ke tandas.

school-bathroom-rules-858494Dunia semakin advanced…so kita pun sepatutnya semakin advanced dalam mendidik anak-anak di sekolah.Kalau tandas sekolah kotor,kita bising,budak pengotor la apa la..tapi kita tak sedar yang kita sendiri terlupa tentang pendedahan awal pada adab-adab di tandas tu la sepatutnya kita tekankan seawal mungkin… seawal hari pertama mereka jejakkan kaki di sekolah.

Dalam isu ni,ibubapa dan cikgu harusssss sama-sama bertanggungjawab dan berkerjasama untuk mendidik anak-anak yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan.Kalau kita saling berkerjasama,inshaallah anak-anak kita bukan je mampu jad insan yang bijak tapi juga yang penuh dengan adab dan etika yang terbaik.Inshaallah.

Love,

KakAyu a.k.a Yayansmum

 

(Visited 268 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>