January 8th 2016 archive

Gelagat Si Tahun Satu 2016

12523054_1235906933091493_3782087846056162548_n

Bismillah

Phewww…alhamdulillah,hari ni dah start weekend utk minggu pertama persekolahan untuk my son,Aryan yang Tahun 1 tu.Dah macam sekolah juga ahkak ni dibuatnya.Apa taknya,iols tggu dia seharian kat school taw!From 7.15am – 1.10pm. Aryan takdelah merengek atau menangis sebab takut ke apa kan,tapi ibu dia ni yang terlebih risau.Hehe.Dok terbayang,cemana la dia nak makan,cemana la dia nak pi toilet,semua la!

1507689_1234915313190655_3615281777921967910_n But overall,ni semua memang satu pengalaman yang best sebenarnya.Tunggu anak seharian kat sekolah macam-macam gelagat si comel yang mampu KakAyu perhatikan.Ada yang nangis kuat sgt sampai satu kelas dengar, ada yang melekat kat mak taknak lepas-lepas,ada yang dok depan pintu kelas takmo masuk2 menangis bercucuran airmata sebab mak ayah takde,ada yang nangis ala-ala mohabatein *air mata bercucuran,but still buat kerja yang cikgu suruh dengan linangan air mata..!

Hari pertama persekolahan Tahun 1 ni tak ramai pun yang menangis2.Ada la dalam 3-4 org jr dlm 105 org.Yelah,hari pertama parents masing2 still ada kan,so maybe diorang feel secure.Tapi 2nd – 3rd Day memang agak ramai yang start sob-sob,hehe.Yelah,maybe ada yang rasa takde kawan lagi,ditambah lagi dengan parents diorg takde,tu yang buat diorg menangis padahal hari pertama diorg OK.Cikgu-cikgu pun memang cakap selalunya hari pertama takde masalah,tapi hari ke-2 & ke-3 mmg problem sikit dengan tangisan-tangisan dan rengekkan,hehehe.Ikut pengalaman diorg la kan.

12523054_1235906933091493_3782087846056162548_n

Anak KakAyu??hishhh dia tu,tak kesah,ahaha!Siap suruh ibu dia balik lagik!Siap angkat tangan,bagi signal suruh balik.sabar jelah!Punyalah hoverrr kan?ekekee.Tapi dia memang camtu pun since tadika.1st day lagi dah suruh ibu tinggalkan dia…hahaha.Bertuah punya budak!Dia memang jenis tak takut org….Memang jenis “mesra alam”.Haha

1909990_1235316216483898_220226985816939767_nHari pertama hingga hari ke-3,KakAyu memang fulltime tunggu dia kat school,start 7.15 – 1.10pm.Dah macam skolah ko!Sekolah dia ni rata je, takde tingkat2, so memang senang la kalau parents nak dtg jenguk2 anak pun sebab tak perlu la bertengek kat tepi koridor kan,hehe.Bila diorg buat activity outdoor,kakAyu akan duduk kat area belakang budak2 ni.Cikgu2 takde masalah pun,bagi je.alhamdulillah.

12400569_1234720476543472_3580295371561964416_nHari ke-4 & ke-5, Kak ayu just datang hantar dia masuk kelas,then lepas dia dah pegi ke kawasan perhimpunan untuk bacaan al-quran & doa,kakAyu pun balik.Dalam pukul 8pagi camtu la.Then,pukul 9.10pagi datang balik coz time ni diorg nak rehat,so kakAyu datang untuk tengok-tengokkan dia makan bekal yang KakAyu masak & train dia ke toilet sekolah.Dalam pukul 10pagi camtu,kakAyu balik rumah,then pukul 12.45 camtu baru la kakAyu datang balik kat skolah dia untuk ready2 pick up dia pukul 1.10pm.

12472695_1235978333084353_7508207570947416680_n

Bestie 2 org nih… 1 tadika last year.. hehe

Memang agak hectic juga life sepanjang 5 hari ni,tapi demi anak kan?Sapa-sapa yang dah jadi mak-mak tu sure faham bebenooo apa yang KakAyu rasa nih.Alhamdulillah,KakAyu agak bertuah sebab berkerja dari rumah je,so time kerja tu diri sendiri yang tentukan,jadi memang takde masalah kalau nak luangkan banyak masa untuk ke sekolah anak KakAyu sebab kat sekolah dia pun kakAyu still boleh buat keje sambil2 tunggu dia tu.

Ada masanya KakAyu tolong juga kawan-kawan yg berkerja tu tengok2 anak2 diorg,yelah kesian kan?Faham sgt coz KakAyu pun pernah berkerjaya suatu masa dulu,so faham sangat komitmen yang perlu dipikul tu.Mudah-mudahan la dipermudahkan urusan kakAyu dan mereka juga.Inshaallah.

12509293_1236606736354846_1554300678882418399_nMujurlah sekolah anak ni tak bertingkat-tingkat,satu level je semuanya.Cikgu-cikgu sekolah pun takde masalah kalau parents nak tunggu anak-anak kat sekolah cuma jangan sampai menganggu anak-anak la..itu je.Kalau anak-anak tahun 1 ni semua ada aktiviti outdoor,KakAyu dgn parents lain akan tggu diorg kat area belakang…

12516517_1237267269622126_1621207801_n

12506685_1237267219622131_1319995000_n

12483689_1237267032955483_886667778_nMemang seronok perhatikan anak-anak kita belajar ni, tapi takdelah setiap minit KakAyu perhatikan.

Bila nampak dia ok,then kakAyu akan pegi kat area yang boleh duduk dan berdekatan dengan kelas dia dan buat la keje sendiri,samada membaca,dll.Tak terasa pun sebenarnya masa tu berjalan…cuma kalau bapa-bapa ni memang tak tahan sangat nak menunggu setempat kan…memang 1 sekolah diorg round,ekeke.Thats why hari ke-2 nampak mak-mak je yang ramai menunggu.Lagipun bapa-bapa mesti dah start keje kan… bapa-bapa yang datang pun KakAyu tgk semuanya yang keje syif dan tgh off-duty je.Memang tak ramai dan boleh dikira dengan jari…

Tapi apapun,anak-anak zaman sekarang semuanya cepat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.Semoga anak-anak kita semua sentiasa dilindungi Allah swt dan dikurniakan ketenangan dan keseronokan ketika belajar.Aminnnn…

Luv,

KakAyu a.k.a Yayansmum