Blue Boy Dhani now is Kinder Graduated!


Bismillah

Rasa macam baru je semalam kak Ayu pegang erat jari jemari kecil Aryan…Rasa macam baru semalam je terngiang-ngiang di telinga yang Doktor cakap – “he couldnt make it…. he will not survive“. Rasa macam baru semalam,Doktor & suami Kak Ayu minta Kak Ayu “lepaskan” Dhani Aryan sebab tak sanggup tengok dia struggling,sengsara sangat!Rasa macam baru semalam juga kak Ayu sebutkan kata-kata ini pada mereka –Kamu semua bukan Tuhan!Samada dia nak hidup ataupun mati,itu adalah urusannya dengan Tuhan-Nya!Biar dia berjuang untuk hidupnya!

Rasa macam baru semalam!

10870_106011122747752_100000165957h804_156054_7312405_n-horz

Tapi inilah yang dikatakan sebagai Tanda kebesaran Allah swt kan?Sesuatu yang dirasakan sangat mustahil oleh manusia,sesungguhnya tidak mustahil bagi Dia.Tuhan pencipta Alam dan seluruh isinya.
Alhamdulillah..

sUntitled

Kak Ayu benar-benar tak sangka semua tu dah berlalu 6 tahun yang lepas.Syukur alhamdulillah….kami sekeluarga berjaya melalui dugaan yg Allah berikan dgn kekuatan dan kesabaran yg dititipkan oleh keluarga dan sahabat semua.Inshaallah,kami akan terus kuat untuk Ahmad Dhani Aryan!

12239760_1207511589264361_2423550494316139597_nKat Majlis konvo Tadika Aryan ni,tetiba je airmata laju keluar bila tengok Dhani Aryan naik pentas ambik sijil.Bermula daripada seorang bayi yang dikatakan tak mampu untuk terus hidup dan kini alhamdulillah sihat walafiat menjalani kehidupannya bersama kami yang sangat bertuah.Allah….Kak Ayu tak tahu nak gambarkan perasaan tu.Sebak sangat-sangat.

Mohon sahabat semua doakan semoga Ahmad Dhani Aryan ni sentiasa sihat walafiat,dipanjangkan usia oleh Allah swt dan menjadi anak soleh dunia akhirat Kak Ayu ya!Kak Ayu doakan sahabat semua juga dirahmati Allah swt dengan kebahagiaan hidup dunia akhirat,amin….

Luv,

Kak Ayu – Ibu Aryan

(Visited 69 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>