December 2015 archive

Pendekatan Kami-anak tak fobia jumpa Doc Gigi

wpid-1450692951473.jpg

Bismillah…

Kelmarin,ajak my son Aryan pi jumpa Dentist.Ni 2nd time ajak dia jumpa Dentist ni.First time jumpa mmg takde masalah langsung,dia ok je,happy uolss!hahaa..

Tapi 2nd time ni dia mcm takut2 gak la,tapi in control.Taklah takut sampai ibu dia kena drag dia pi klinik gigi.Dia rela je…tapi ada la dia sebut yg dia taknak,dia takut…So,ibu ngan ayah dia kena pujuk2 la sikit kan.Kitorang promise kat dia,lepas dia buat treatment gigi,kitorang akan bg dia hadiah.So,pe lagi… happy sgt la budak kecik tu.hehhe.

image

See??punya happy la gambar sebelum jumpa Dentist tu kan?haha…sekali dah jumpa… alamak,1 tangan je naik peace…πŸ˜‚πŸ˜‚.Time dia buat treatment ngan dentist,masa doctor tu inject nak bg kebas kan,mmg nampak la dia struggle.Terketar juga tangan dia menahan sakit… sian pulak tgk.Tapi bangga ngan dia sbb dia hadapi semua tu sorang2,ibu dgn ayah tak pegang pun dia.. just pandang dr jauh…

Then,bila doctor suruh keluar kejap utk bg masa bius tu efektif kan… time tu ibu tak henti2 cakap dia kuat,dia berani,tak sakit….semua la!πŸ˜‚πŸ˜‚

Bila doc panggil masuk,dia mmg agak panik maybe sbb experience 1st treatment tu dia masih rasa kan?tp ibu tenangkan dia sambil gelak2 ngan ayah dia…taknak bg dia takut kan… bila dia nmpk semua tools doctor gigi tu dia mcm panik lg.. tp ibu suruh dia pejam mata…dan kali ni ibu pegang tangan dia supaya dia rasa tenang sikit… alhamdulillah.. dia ok..

Alhamdulillah…doctor pun ok…siap pujuk2 dia… siap kata,”kita nak bg gigi tidur….bila gigi kita dah tidur,baru rasa tak rasa sakit…” hehee…Siap je treatment,doctor bg dia sticker…nak bg dia rasa happy la kan.Doctor siap tanya kat dia apa hadiah dia akan dpt lepas ni?heehe..

Lepas je treatment tu,kitorang bawak dia gi beli hadiah dia.Punyalah happy walaupun kapas tu still kat gusi.ekeke.Dia pilih sendiri mana yg dia nak….. tapi,mcm biasa lah… satu je ok,aryan?

imageBuat semua ni sebab nak dia lupa segala rasa tak best masa buat treatment gigi tu.Nak bg dia rasa reward yg dia dpt kalau dia berani.

Kak ayu dan suami tak habis-habis puji dia sebab dia berani dan banyak kali gak cakap…lepas ni gigi baru tumbuh,cantiiiiikkkkkkk!!hehehe..dia pun excited laaa…Alhamdulillah…segala rasa takut dia tu tak melekat lama pun.. tak caya…tengok la video dia ni…hihihi..

Kan??dah hilang rasa fobia dan takut tu kan?hehehe… alhamdulillah!

Luv,

Ayu Jafri a.k.a yayansmum

Sambut Birthday Serba Sederhana

wpid-photogrid_1450246721745.jpg

Bismillah..

Alhamdulillah,16/12/2015 lepas birthday my son,Aryan.Syukur alhamdulillah,he’s turning 6yrs old!Ni la dia,orang2 yang lahir bulan doblas ni kan,seronok..bukan apa,awet muda.Hehehe.

Kak Ayu tak plan banyak pun untuk birthday si kecik ni tahun ni.Cukup nak bg dia happy-happy je.Simple celebration je antara ibu dengan ayah dia.Cukup nak bagi dia tahu yang ibu dengan ayah dia ingat birthday dia dan sayang sgt kat dia.

Kena jimat cermat uols.Risau juga dengan keadaan ekonomi negara yang tak menentu ni kan?

So,YM plan nak ajak dia pegi keluar makan-makan,jalan-jalan, pilih hadiah yang dia suka dan beli 1 potong kek Secret Recipe untuk kami.Yes.. sepotong uols… hehe..
image

imageBukan kedekut taw nak beli kek sebijik,masalahnya kami ni bukan jenis yang suka makan kek,hahaha.
Especially yang berkrim-krim nieh.Sepotong tu pun jenuh nak habiskan anak-beranak.Pelik tapi bonaaa.. hiksss!Mmg jenis makan sikit-sikit je kalo kek nieh.

Bila tanya my son,dia nak hadiah apa,mcm biasa,dia request nak toys-car.Dia mmg obses dengan kereta..apa juga jenis kereta dia suka.So,bila ibu cadangkan Hot wheels kat dia,dia pe lagi,suka sangat la.Alhamdulillah.Then,bawak dia gi area toys tu,ha pilihlah keta hot wheels mana dia suka.

image
Tengoklah tu.. kemain excited dia.Ibu dah pesan yg dia hanya boleh pilih 1 kereta yg suka sangat.Dia ok je.. siap cakap.. “baik..ibu…”ala-ala upin ipin tu..hihihi.. anak ibu nieh..

Then… tetiba ibu dengan ayah dia ni pulak tetiba rasa kesian kat dia.. sbb dpt 1 je hadiah… so ibu dgn ayah dia ni offer la lg satu kereta utk dia. Dia yg dh agree dah dpt 1 keta ttiba confuse…iye ke idok ibu ayah aku ni????hahaa…tanpa byk bunyi,dia pun pilih la 1 lagi kereta.

Tapi… ni la dia silapnya parents mcm kami ni kadang2…yelah,sebenarnya kan..kids lebih appreciate 1 brg yg dia btl2 suka kalau dibandingkan dgn lebih drpd satu toys depan mata dia… contohnya macam anak Kak Ayu nieh ha..
image

1st choice tu juga yg dia plg sayang yg kaler merah tu….yg dia duk usung kat mana2 dia pegi.. yg dia dok main sepanjang masa sampai boring.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ yg biru tu… dia pegang kejap je.. pastu simpan.Hurm…
image
Jadi.. mmg lesson learnt juga la utk kami suami isteri….next time kena fikir sebelum beli.*wink*

Alhamdulillah…hari birthday dia tu.. dia happy sgt.Apa taknya,ibu dgn ayah siap bawak dia pi main Games sesama,tmpt yg selama ni ibu dgn ayah kata No je memanjang.Hiksss..

image

Anak-anak ni sebenarnya tak expect banyak sangat pun dr parents kan.. apa yang paling penting utk diorg ialah MASA yg sangat diluangkan bersama-sama diorang….nak rasa diri disayangi oleh ibu ayah.Tu je kan.. ❀❀❀❀

At the end of the day,bukan berapa banyak toys ataupun berapa besar kek yang kita bagi kat anak-anak kita,tapi masa yang kita spend dengan diorang tu yang sangat bernilai.Itu yang akan jadi ingatan buat diorang bila dah dewasa kelak kan?

Semoga anak ibu,Ahmad Dhani Aryan Bin Muhammad Syukri membesar jadi anak yg paling sihat,soleh dan berjaya dunia akhirat..Amin…

Tips kemas Stor Rumah

wpid-photogrid_1449843472962.jpg

Bismillah….

Alhamdulillah… setelah melalui beberapa kegagalan mengemas stor rumah kak Ayu ni… hari ni berjaya juga buat stor rumah kak ayu ni “bernafas”.hahaa..Sebelum ni, Kak Ayu dgn suami ada la 2-3kali mengemas stor rumah kak ayu nieh,but still nampak messy.Tengok pun berserabut kepala otak.

Stor rumah ni sebenarnya tempat yg paling mudah jadi sarang lipas dan tikus kan?sebab apa?semua benda kita nak sumbat dlm tu… anything yg tak taw nak letak mana,kita letak la dlm stor… kan?πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚Mcm2 usaha nak bg stor rumah kak ayu ni nmpk kemas sikit taw.. beli rak la.. beli container2 mcm2 konon senang nak organize… tp end up..gituuu la jugak.. serabut!

Alhamdulillah kak Ayu adalah jumpa satu kaedah ni… Konmari method namanya..pengasasnya sorang gadis Jepun yg sgt comel- Marie Kondo.

Tips dia senang je,kak ayu olah ikut kesesuaian kak ayu la..

1. Simpan brg2 yg hanya buat kita rasa happy dan perlu.

2. Buang barang2 yg dah rosak.

3. Dermakan brg2 yg kita rasa kita ok kalau takde pun.But still boleh digunakan dengan baik.

4. Sediakan kotak2 mengikut 3 kriteria kat atas tu supaya senang kita nak asingkan.

Alhamdulillah… ni la result yg kak Ayu dpt.

image

image

Taklah cantik sangat pun.. tapi legaaaa kan?boleh dah nampak lantai..kalau sebelum nih..adehh..takde ruang langsung!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚Banyak sangat sampah sarap yg kak ayu dok kumpul selama ni uolsss!yelah,brg2 yg kat campus dedoluuu pun iols simpan lagi padahal dah rosak dah pun.. punya la sayang kan?padahal tak membawa apa2 nilai tambah pun pd hidup… membebankan ada la..yelah,semak!πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

imageTengok jelah sampah sarap terkumpul nieh.. tu pun ada 3 bakul lg dah siap masukkn dlm keta… nak buang kat tong sampah besar dekat2 area umah YM. Kesian pulak kat org MPK tu nak kutip cenggini banyak kat dpn umah…lagipun,malu iols jiran2 tgk..banyaknyaaa sampah!hahhaa…

Alhamdulillah.. lega sangat tgk stor rumah skrg.Kak Ayu ada plan lg nak bg cantik sikit stor ni…tengok la nanti kalau mood kerajinan dtg balik.hehe..

Tapi apapun.. mmg best la teknik ni.Inshaallah YM akan buat lagi untuk area lain2 nanti.. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Jom ngemas!

Luv,
Kak Ayu a.k.a Yayansmum

1 2