PEMERGIAN MENGEJUT SANGAT MENGHIBAKAN!


Bismillah

2 hari lepas, Kak Ayu terima satu berita yang agak mengejutkan dan menyedihkan – bapa saudara (sebelah suami) meninggal.Kami agak terkejut juga sebab Arwah memang langsung takde sakit apa-apa sebelum ni.Berusia 50 tahun dan mempunyai 6 org anak.

Bila dapat berita tu,Kak Ayu terus teringat kat isteri dan anak-anak arwah.Allahu…si isteri OKU (kudung tangan sebelah kanan disebabkan kecederaan semasa berkerja dengan mesin di kilang lama) dan anak-anak pulak masih kecil.Mujurlah 2 org anak lelaki arwah dah pun berkerja, masing – masing dlm lingkungan usia 18-20tahun.Tu pun hanya berkerja sebagai Pengawal keselamatan di salah sebuah Mall di Kuantan tu.

4 org lagi anak arwah masing-masing masih bersekolah.Salah seorang daripada mereka OKU.Rasa sebak bila tgk anak-anak arwah.Tiba-tiba terbayang diri sendiri kalau melalui ujian getir sebegini, Allah….Allah…

Tenang sangat ibu saudara kak ayu bila berjumpa dengan dia di tanah perkuburan tu.Kak Ayu pulak rasa sesak dada,nak berjuraian air mata,huhu.Bila tanya dia,apa yang jadi… dia kata petang tu arwah hanya mengadu rasa mual-mual,pastu muntah-muntah.Tu pun takdelah muntah teruk2 sangat, arwah siap kata nak pi keje lagi syif malam.

Then,dia plan nak ajak arwah pi klinik la nak check tapi dia nak solat Maghrib dulu.Arwah pun berbaring di sofa.Selesai je dia solat,terdengar anak-anak arwah menangis-nangis menjerit-jerit panggil “ayah…ayah!!“. Bila si si isteri merapati si suami, suaminya telah pun pergi menghadap illahi…

image

Pusara Ayah Kak Ayu.Tenanglah dikau di sana Abah.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu.. :(

Allah….Allah… sebaknya mendengar cerita dia.Pedih rasanya ulu hati…uhuhuhuu.Dia sangat tenang berkongsi cerita tapi tak menafikan semua yang jadi memang teramat sukar untuk dia terima sebab katanya dia gagal untuk melihat sebarang petanda yang suaminya akan pergi.Allah… :(

Mendengar cerita anak perempuannya yang berusia 10 tahun,lagi la kak Ayu hiba. “Saya tengok ayah tarik nafas, badan ayah terangkat tinggi sangat macam malaikat tengah tarik nyawa ayah” . Allah…Allah… Kak Ayu terus peluk erat si kecil itu,cuba untuk membuatkan dia faham apa yang jadi.

Sesungguhnya,bila mana Allah swt mengkehendakkan sesuatu itu berlaku,kita sendiri pun tak mampu nak menjangka.Tak kira tua muda, sihat walafiat,andai sudah sampai masa bertemu illahi,tidak ada apapun mampu menghalang.

Selagi masa bersisa…hargailah setiap detik bersama insan-insan tersayang dalam hidup kita.Dan teruskanlah persiapkan diri untuk berdepan dengannya kerana masa kita pasti akan tiba.Wallahualam.

Luv,

Kak Ayu a.k.a Yayansmum

(Visited 120 times, 1 visits today)

Leave a Reply