Kesukaran menguatkan kita!


Bismillah

Dulu,lepas je UPSR saya mendapat tawaran masuk ke sekolah berasrama penuh Agama.Ibu saya adalah orang yang paling gembira.Saya?ofkos la tak!Sedih,takut,macam-macam saya fikirkan.Agama kot!Saya ni dah la tak reti langsung nak menulis jawi,apatah lagi membaca!Nak baca Quran pun tergagap-gagap.

Dulu,ibu saya tak mampu nak hantar saya ke sekolah agama.Kawan-kawan sekelas saya semua akan ke sekolah agama selepas balik dari sekolah biasa,thats why diorang semua terer-terer baca quran dan menulis jawi.Rumah kami sangat jauh dari sekolah Agama tu,ibu ayah pulak tak mampu nak bayar duit sewa bas setiap hari untuk saya, yelah ke sekolah biasa pun berjalan kaki.

Ni tetiba,ibu saya pulak minta saya untuk terima tawaran tu.Pujuk saya berkali-kali supaya saya terima tawaran tu.Katanya,ini peluang yang bukan datang selalu.Peluang ni akan memberikan adik-adik saya inspirasi untuk jadi lebih baik dan ia akan menjadikan saya individu yg lebih baik.Hurmmm…

“Kita org susah,Ayu.Ayu perlu keluarkan diri dari belenggu kemiskinan ni.Ayu perlu bantu kita semua”.Kata-kata Ibu yang membuatkan saya tersentak.

Fine.

Saya akur,yelah bila teringat pergorbanan ibu saya yang sanggup ke kampung yang agak jauh dari rumah saya berjalan kaki semata-mata mahu minta pertolongan kawan saya untuk menulis semula esei saya yang bertulisan rumi tu kepada tulisan jawi pada borang permohonan saya dulu membuatkan saya rasa sangat bersalah kalau tetap berkeras.

Setibanya saya di sekolah berasrama penuh Agama tu,jantung saya berdebar sepanjang masa especially bila masuk subjek yang melibatkan jawi dan al-quran.Mujurlah bukan saya seorang yang ada masalah tersebut,rupanya sekelas semua ada masalah yang sama.Kami diasingkan mengikut level masing2.But still,takut tak habis-habis sebab tak pandai lagi dan 3 kelas lagi semua dah terer-terer.Saya stay dlm kelas yang tercorot, the last one!Tetiba je terasa,bodohnya aku nih!

Sedih.

Tapi di sini lah bermulanya perjuangan saya.Pernah saya diejek dek kawan-kawan lelaki sebab tak tahu nak menulis mahupun membaca jawi!Banyak kali saya menangis disebabkan itu.Pernah terlintas di hati saya,mengapalah ibu sanggup campak saya ke sini!Tempat yang menyakitkan saya, menyusahkan saya!Tapi cepat-cepat saya sedarkan diri,ibu sayangkan saya!Dia nak yang terbaik untuk anak dia ni.

Disebabkan itu, semua yang pahit tu saya jadikan peransang untuk maju ke depan.Saya tak mahu kekal jadi Bodoh!Saya belajar perlahan-lahan dengan kawan-kawan yang sememangnya dah pandai,walaupun agak malu.Yelah,dari kawan2 je saya boleh tanya2 selalu sebab kat sekolah saya tu takde kelas khas untuk belajar asas menulis mahupun membaca Jawi.Perjuangannya bukan mudah,tapi saya kuatkan semangat saya.

Hari-hari saya berdoa supaya satu hari nanti saya mampu membaca dan menulis jawi, juga membaca kalam Allah itu dengan lebih baik.

Sememangnya semuanya mengambil masa.Mujurlah semasa PMR,menulis dalam rumi masih dibenarkan untuk kertas jawapan Pendidikan Islam sebab time tu saya masih lagi tak lancar menulis Jawi dan soalan pun dlm dwi bahasa (jawi & rumi).Fuh!Gred B Pendidikan Islam & Bahasa Arab jadi platform untuk saya melonjakkan diri masuk ke kelas No.1

62258_160266000655597_4179678_n

back in 1996.

Disebabkan saya paksa diri saya untuk buat yang lebih baik lagi,siapa sangka,saya yang buta jawi dan quran ni,mampu membaca dan menulis sepenuhnya jawi dalam kertas jawapan untuk subjek Syariah Islamiah & Pendidikan Al-quran dan Al-sunnah semasa SPM.Dan syukur,Allah izinkan saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Subjek Syariah Islamiah,Pendidikan Al-quran dan Al-sunnah dan juga Bahasa Arab Tinggi.

Allah…Allah…

Tidak pernah saya sangka.Siapa sangka si buta jawi dan Quran ini mampu berjaya dan mampu duduk sama level dengan yang terbaik di sekolah.Allah….Allah…Terima kasih Ibu sebab paksa saya ke sekolah tu.Terima kasih Allah kerana sentiasa berbisik di hati,penguat jiwa saya.

Kisah ini ditulis bukan untuk membangga diri,tapi untuk saya menerobos kembali sempadan diri yang kadang-kadang saya bina semula bila berdepan dengan kesukaran.

Kesimpulannya di sini,setiap kesukaran yang kita rasa kita tak mampu nak tempuh,sebenarnya kita mampu!Kita akan jadi kuat dalam keadaan keterpaksaan.Kita akan jadi kreatif bila kita rasa jalan keluar semakin sukar sebab kepala ligat mencari alternatif.Berusaha sampai boleh!Buat juga sampai jadi!Ni semangat yang perlu ada dalam diri kita bila mana berdepan dengan situasi-situasi sukar dalam hidup kan?

687474703a2f2f7472616365796d65747a6765722e66696c65732e776f726470726573732e636f6d2f323031332f30332f70696e6b2d776861742d646f65736e742d6b696c6c2d796f752e6a7067

indeed!

Be strong,be creative and stay Positive!Thats the key.Dan doa,doa,doa.

Menulis untuk mengingatkan diri sendiri yang kadang-kadang lupa bila tekanan hidup menghimpit.

Menulis untuk mengingatkan siapa saya dan di mana saya bermula, supaya saya takkan sekali-kali mengalah pada kesukaran hidup.

Luv,

YM a.k.a Ayu Yayansmum

(Visited 81 times, 1 visits today)

1 Comment on Kesukaran menguatkan kita!

  1. Hayati
    September 3, 2015 at 5:09 am (2 years ago)

    Blogwalking ! heee
    Free free singgah la..

    Reply

Leave a Reply