Resepi Ikan Kembung Sambal Cekur Simple


Bismillah

Dah lama tekak ni teringin nak makan sambal Cekur, tapi tahan-tahan hati dok tggu Cekur yang ahkak tanam tu membesar.Bila tgk pokok2 Cekur tu pagi tadi, nampak gemok2,hijau lebar2 je daun.Dalam hati dok kata,isi Cekur ni sure dah gemok2 gak!So,plan la dinner nanti nak masak la ikan sambal cekur.

Ada yang tak kenal Cekur tu apa ke?alaaaa…spesis halia n kunyit gak la…ni ha… mmg sgt sedap buat sambal cekur uolss!

21

Daun Cekur yang Freshhh!

IMG_3130-001

Ni la isi Cekur yang comel-comel ni..hehe

Bau wangiii sangat (bagi YM la…hehehe).Mmg best betul buat masak sambal,tapi bukan sambal belacan naaa.. tapi sambal Cekur.

11049673_1155401577808696_3586685771271462072_nOk, Lets begin!

Bahan-bahan :

  • 2 ekor Ikan Kembung (disiang dan dilumurkan serbuk kunyit)
  • 3 biji Bawang Merah *
  • 3-4 biji cekur bersaiz sederhana *
  • 5-6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yg korang nak) *
  • Daun Cekur
  • 2 sudu makan santan (YM guna yg kotak je)
  • 1 limau purut / air asam jawa pun boleh ajee
  • garam & gula secukup rasa

#Penyediaan :

  1. Panaskan kuali,letak minyak masak & goreng Ikan Kembung sehingga agak garing,tp jgn over garing pulak,hehe.Then,ketepikan.
  2. Kisar bahan yang bertanda *
  3. Panaskan kuali,masukkan minyak dan bila dah panas,masukkan bahan kisar dan kacau.Bila dah pecah minyak, masukkn santan dan kacau lagi.Then,masukkn air limau purut /air asam jawa + garam & gula.Owh ya,hiriskan halus-halus sedikit daun kecur dan masukkn ke dalam kuah.Kacau,then boleh la tutup api.
  4. Tuang kuah ke atas ikan goreng.Hiaskn dengan daun Cekur.

Senang kan?simple je.Try la!for those yang minat dengan bau cekur ni,mmg best la.Mcm YM ni mmg suka sangat ngan Cekur.Haha.Tapi tu la,susah juga nak dapat Cekur nieh.

Selamat Mencuba uols!

luv,

YM a.k.a Ayu Yayansmum

 

(Visited 995 times, 1 visits today)

2 Comments on Resepi Ikan Kembung Sambal Cekur Simple

  1. Amalia Mustapa
    August 24, 2015 at 8:42 am (2 years ago)

    biasa cekur dibuat ulam je kalau makan..xpernah lagi saya jumpa org masak.. 1st time jumpa ni.. anyway..salam blogwalking ye kak..

    Reply
    • YM
      August 27, 2015 at 6:49 am (2 years ago)

      hihi…akk dulu pun cmtu gak…bila mak mertua ajar masak ni,baru le taw…ehehehe

      Reply

Leave a reply to Amalia Mustapa Cancel reply