Sebagai Ibubapa kita Harus Bersedia!Jgn sampai menyesal!


Bismillah

Macam-macam kes tentang anak-anak yang cedera mahupun yang “pergi” disebabkan oleh kelalaian ibubapa sendiri kan?Kadang-kadang YM pun takut sangat.Tetiba je jadik ibu yang over protective, paranoia yang cuba bayangkan macam-macam!Mahu nyerr tak,takut kot!

PARENT-LALAI

Thats why, YM memang dah educate my son since dia kecil supaya jangan dekat-dekat dengan kereta.Saya akan pesan, “jangan dekat-dekat dengan kereta,jangan main-main dekat dengan kereta nanti berdarah!“.Memang nampak mcm saya takut-takutkan anak dengan kereta kan?tapi, for me personally, lebih baik daripada saya menyesal di kemudian hari.YM akan bawa dia dekat dengan kereta dan ajarkan dia macamana situasi yang buruk akan jadi kalau dia main dekat2 dengan kereta.Sama juga dengan kes Escalator.YM akan bagitau dia mana part-part yang bahaya.Apa yang tak boleh buat semua.Dia perlu naik escalator dengan ibu,ayah ataupun org dewasa kalau tak nanti jatuh, then berdarahh!My son mmg ngeri dengan word darah sebab dia pernah terjatuh dan kepala dia berdarah sgt byk…so dia dah faham yang kalau berdarah tu mmg sangat sakit!So, parents..uols kenal anak-anak masing2, so nasihatkan dia berdasarkan pemahaman dan gambaran yang jelas dia nampak sebab kanak-kanak ni kdg2 lebih faham dgn benda yang dia boleh visualize kan…

Bukan je yang berkaitan dengan kereta/escalator harus kita didik anak-anak kecil ni,tapi juga dengan bahaya seperti api / elektrik.Tak perlu la kita ajarkan mereka menggunakan benda-benda bahaya ni semata-mata nak diorang ni jadi budak bijak dan nak hubungkan sel-sel minda diorang.For me, banyak lagi benda lain yang boleh kita ajarkan diorang.Tak perlu ajar camne nak guna api/letrik,diorang masih terlalu muda untuk belajar benda-benda tu.Kan bagus kalau kita hubungkan sel-sel diorang tu dengan benda-benda yang sesuai dengan usia dan perkembangan otak diorang.

Mungkin alasan kita, “alahhh… i monitor my anak 24-7 ok??so, no problem at all!”.Tapi believe me, sehebat mana pun kita monitor diorang,ada ketikanya kita akan terlepas pandang!

10492340_891209164227940_3211433934708890535_n

Contohnya, kes YM hari tu…YM ni jenis yang sgt protective dengan my son, so kalau ke restoran yang self service, selalunya YM akan duduk bersama my son dan suami akan ambik meal 1st, without Fail taw.Tapi kenapa ntah hari tu, YM boleh pulak tinggalkn my son kat table, maybe sebab YM rasa tempat ambik foods tu dekat dengan meja makan kami.

Tengah best2 ambik makanan tu, tetiba my husband tegur, “ehh!u tinggal Aryan sorang kat Table ke??“, then YM pun jawab..”alahh kejap je,lagipun boleh nampak kan dari sini?” sambil buat muka selamba kuis-kuis lauk letak kat pinggan.Then,Husband pun jawab.. “cuba u tengok meja kita tu, sangat dekat dengan laluan orang, org boleh just grab je dia dlm masa seminit taw!” Ya Allah, betul laaa…!bila husband cakap, saya macam kena tamparan kat muka,baru tersedar!Huhuhu…mmg betul2 mcm kena pukau taw!

Sama-sama la kita berdoa,semoga anak-anak kita semua ni sentiasa di bawah lindungan Allah swt dan dijauhkan daripada perkara yang tidak-tidak.

Sincerely,

Ayu Yayansmum

(Visited 4,313 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Sebagai Ibubapa kita Harus Bersedia!Jgn sampai menyesal!

  1. tu la kan kak ayu. Zie pun being a protective mom. Zie dr skrg zie ajar mikail jgn main dekat dgn keta. Zie gtaw dia nanti kereta pukul dia…sakit, kata zie.

    syukur dia ikut ckp zie.

Leave a Reply to Zie Madini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>