Rahsia Kanak-kanak 5 Tahun Berpuasa sebulan PENUH!


Bismillah

Alhamdulillah, my son Aryan berpuasa penuh last year.Kalau mana-mana kengkawan yang follow perkembangan Aryan berpuasa tahun lepas,memang tahu kisah-kisah journey my son ni berpuasa last year.

11121044_1115196408495880_195448060_nYes,kanak-kanak ni tak wajib pun berpuasa kan?Tapi, time diorang kecik-kecik ni kita kena latih,so bila dah besar nanti,senang.YM tengok anak-anak sedara YM yang parents diorang latih berpuasa sejak berusia 4 tahun,bila dah besar sikit ni memang sangat excited bila tibanya bulan Ramadhan.Nampak sangat kebahagiaan diorang nak berpuasa.

Thats why,last year YM berazam nak ajar Aryan berpuasa.Time tu,YM target kalau Aryan dapat berpuasa 20 hari je dalam bulan Ramadhan pun dah cukup bagus dah dan masa tu tak expect pun Aryan mampu berpuasa penuh dari pagi sampailah berbuka sebab dia baru je berusia 5 Tahun kan.Tapi,syukur alhamdulillah,anak ibu ni mampu berpuasa penuh selama sebulan!Terharu sangat-sangat time tu.

hari Pertama dia berbuka puasa.Excited sgt dia nampak food.Sempat gak la ibu sob-sob time nieh..huhu

hari Pertama dia berbuka puasa.Excited sgt dia nampak food.Sempat gak la ibu sob-sob time nieh..huhu.Terharuuu kott!

Apa Rahsia YM untuk pastikan my son Aryan yang baru berusia 5 tahun ni berpuasa penuh?Ni YM kongsikan ye…moga2 bermanfaat.inshaallah.

1 – Ceritakan dengan anak betapa excitednya kita nak berpuasa

YM memang bercerita dengan Aryan yang tak lama lagi dah nak puasa,sukanya!Then,dia akan bertanya,apa tu puasa?So,time tu la kita explain dengan dia tentang puasa dan bagaimana nak berpuasa.Bagitau kat dia yang kita semua akan berpuasa time tu,ayah..ibu…kakak…adik…abang..semua akan berpuasa!So, bila dia rasa excited,dia akan rasa tak sabar-sabar nak berpuasa.

2 – Bersahur agak lewat.

Since kanak-kanak bukanlah wajib berpuasa,so saya akan sahurkan my son lewat dalam pukul 8-9pagi.Depends dengan time dia bangun tidur.So, lepas dia mandi je,then saya akan sediakan makanan untuk dia bersahur.Bagi anak-anak yang dah mula bersekolah,boleh la sahurkan diorang sebelum pergi ke sekolah.Proses untuk melatih anak-anak berpuasa ni sememangnya tak sama dengan cara orang dewasa berpuasa,yelah…dah nama pun bebudak kan?YM akan bagi dia makan kenyang-kenyang dan minum air.Then lepas tu,YM akan pesan dengan dia,Ok,aryan dah sahur…lepas ni dah tak boleh makan dan minum ye, sebab Aryan dah start puasa taw!

3 – Berikan makanan berat ketika bersahur

Saya akan berikan nasi setiap kali Aryan bersahur.Ofkos budak-budak ni agak susah nak makan makanan berat especially di pagi hari kan?So, parents kena pandai-pandai la,be creative.Selalunya saya akan sediakan 1 makanan feveret dia setiap kali bersahur supaya selera dia terbuka dan sebelum makan saya akan bagi dia minum minuman yang manis seperti susu coklat supaya tekak dia bersedia untuk menerima makanan masuk.Memang pada mulanya mmg susah nak bagi diorang makan,tapi kita as parents jangan giveup dengan diorang.Pujuk la sampai diorang nak makan.Selalunya,YM kalau keadaan kritikal sangat dia taknak makan,YM akan pujuk dengan untuk belikan dia benda feveret dia kemudian.

4 – Berikan Performance Drinks &  Mealshake selepas bersahur

Ni antara core rahsia saya untuk pastikan Aryan berpuasa penuh last year.2 suplemen ni memang sangat-sangat membantu Aryan untuk rasa kenyang lebih lama, tak rasa dahaga melampau dan bertenaga sepanjang berpuasa.Syukur alhamdulillah,ada benda yang boleh YM harapkan utk membantu proses mendidik anak berpuasa ni dan tak sangka pulak sebulan penuh!

11349962_1115202861828568_108225687_nPerformance drinks orange ni membantu badan kanak-kanak untuk sentiasa terhidrat.So diorang taklah rasa dahaga yang melampau.Saya akan pastikan my Aryan ni minum performance drinks ni lebih ketika bersahur.

Mealshake pulak sangat bagus sebagai pelapik perut kanak-kanak.Mealshake ni penuh dengan vitamin dan minerals yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk tumbesaran diorang.So,bila Aryan minum Mealshake yang YM campurkan sekali dengan Performance orange memang sangat membantu dia rasa bertenaga sepanjang berpuasa.

5 – Sediakan aktiviti yang mampu mengalih perhatian dia.

YM plan aktiviti yang akan membuatkan dia terlupa tentang makanan.Alhamdulillah, kebanyakkn aktiviti tu mampu mengalih perhatian dia daripada fikir tentang makan.Antaranya, kami akan buat aktiviti2 craft, bermain games yang dia minat, bermain di taman permainan sejam sebelum berbuka puasa, dan lain-lain.Saya bertuah sebab saya merupakan surirumah sepenuh masa, so banyak masa yang mampu saya spend bersama dia.

Parents perlu lebih kreatif untuk plan aktiviti yang menarik perhatian anak anda supaya tak terfikir ataupun teringat dengan makanan/minuman.Semuanya terpulang kepada pilihan masing-masing dan mengikut kesesuaian keadaan anda.

6 – Reward anak kita.

Aryan, setiap kali dia berpuasa penuh,saya akan reward dia dengan makanan kegemaran dia.Ofkos la coklat la, aiskrim la…hehe.Sometimes, YM akan reward dia dengan toys kegemaran dia.Dia boleh pilih toys kegemaran dia.Tapi bukanlah hari-hari.YM akan letakkan time frame YM sendiri la.Contohnya,YM akan cakap, kalau aryan dah puasa penuh 3 hari, ibu belikan Aryan 1 kinder joy!haa…melompat budak tu kata,nak-nak-nak.hehe.

11418267_1115196668495854_2022106826_n

Antara Rewards dia last year.Nothing fancy pun… ikut budget masing2 kan? :)

Rewards ni akan buat diorang rasa excited dan happy berpuasa.Diorang akan rasa happynya bulan Ramadhan ni sebab penuh dengan rewards.Ofkos la konteks rewards kanak-kanak ni lain berbanding kita yang dewasa ni.

7 – Ibubapa perlu kuat semangat

Kanak-kanak selalunya akan rasa sangat dahaga dan lapar dalam pukul 2 – 6ptg.Waktu-waktu ini adalah waktu yang sgt mencabar.So,apa yang perlu parents buat ialah bantu anak anda bertahan.Galakkan anak-anak berehat/tidur petang.So,takdelah dia nak fikir pasal foods je kan?Di saat-saat akhir mungkin anak-anak anda akan menangis (mujurlah my son tak.. 😉 ) jadi pujuk la anak-anak dengan kreativiti masing-masing.Anda lebih faham anak anda kan?

Oklah… tu sahaja tips simple dan mudah yang mampu YM kongsikan.Mudah-mudahan mampu membantu kalian sedikit sebanyak untuk mendidik anak-anak berpuasa seawal mungkin.Mungkin pada mulanya agak sukar,tapi parents tak seharusnya berputus asa.Inshaallah YM yakin,kalau parents mampu konsisten dan kuat semangat,anak-anak kita semua ni pasti akan mampu berpuasa dengan lebih baik dan bahagia.

All the best semua!Selamat menunaikan Ibadah Puasa.

Luv,

Ayu Yayansmum

 

(Visited 776 times, 1 visits today)

1 Comment on Rahsia Kanak-kanak 5 Tahun Berpuasa sebulan PENUH!

  1. Aleda
    June 16, 2015 at 4:12 pm (2 years ago)

    Good tips!

    Sempena Ramadhan ini, marilah kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik :)

    Reply

Leave a Reply