October 11th 2014 archive

Ini bukan soal Anak semata,tapi Perancangan Allah

10269447_667864209947802_3207667410096960645_n

Bismillah

Kadang-kadang kita ni jadi orang yang kurang peka pada persekitaran.Kadang-kadang kita jadi org yang suka cakap ikut sedap mulut tanpa nak fikir perasaan org lain.Tindakan drastik katanya.Sebenarnya kadang-kadang tu bukan apa pun,maybe sebab kita takde topik nak mulakan bicara kan?So,kita ingat best sangat la mulakan dengan pertanyaan sebegitu.
Contoh isu sensitif yang suka dijadikan pembuka bicara – Isu Anak.
“Eh!…ko ni bila nak ada anak ni?cepat-cepat laaaaa…”
“Eh!… dah lama sangat bulan madu tu,bila nak ada baby pulak???”
” Eh!bila nak ada baby nih???tak teringin ke???”
“Dari dulu sampai sekarang asyik berdua je????”…
Ewah-ewahh,sodap bonaa mulut kita kan?Sampai orang yang ditanya tu senyum-senyum sumbing je menjawab soalan kita.Dalam hati dia,sentap kemain tau tak?berkeping-keping jadinya!
Kawan-kawan, janganlah ditanya soalan yang takde jawapan.Semua jawapan tu ada pada Allah swt.Diorang sendiri tak tahu ok?kalaulah diorang tahu jawapan,siap tahun,tarikh dan masa bagitau kat korang bila diorang nak dapat anak ok?*tetiba emo pulak ai*huhu.YM pernah melalui semua nih,4 tahun melalui zaman-zaman ditanya itu dan ini.So,faham benar la.
Manusia takkan pernah berhenti bertanya dan bercakap.
Bila dah ada anak pulak,tanya bila nak dapat ke-2,ke-3,ke-4 dan ke-20.Ini dah jadi macam rutin pulak.Agak-agaknya la kan,nape la kita ni tak sensitif erk?ntah-ntah bukan org tu taknak ada anak lagi,tapi mungkin ada masalah kesihatan ke apa ke.Kita mana taw.Dalam kepala kita dok pikir,orang tu merancang,merancang dan merancang jek kan?family planning kononnya.
Rilek brader and sistaa… ada banyakkk lagi pembuka bicara yang best selain topik-topik sensitif nih.Contohnya,makin lawa la sekarang,apa rahsia???haaa,kan sedap soalan tu,ekekeke.Org tu pun tak sentap.
Jangan sampai satu tahap,bila diorang dah fed up dan hangin satu badan,korang pulak yang diorang tanya…
” Ko ni dah lama hidup kat muka bumi ni,agak-agaknya bila nak jumpa Tuhan ye?”
haaa…naya ko!Larikssss.