October 2014 archive

Rezeki Jangan Ditolak

Valentines-Day-Gifts-For-Your-Boyfriend-Will-Love

Bismillah

Pepatah org zaman dulu kala kan memang banyak betul yang tersirat kan?Boleh ditafsirkan dengan bermacam-macam andaian dek org-org moden yang hidup zaman tekno ni kan?Memang sangat unik.
Contohnya pepatah ni “rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari”.Well, pepatah ni cukup luas kalau kita nak huraikan.Bermacam-macam spekulasi boleh kita buat berdasarkan pepatah nih.Tapi bagi YM kan,takyah pening-pening kepala.Kalau kita tafsirkan dengan mata hati kita,inshaallah kita akan dapat yang mudah dan yang baik-baik je.
Contohnya,kalau org hulur kita makanan kan,pelawa kita makan?kalau org tu kita tak kenal sangat ataupun kita rasa segan, sure kita ambik juga dan makan kan?Yelah….tolak kang,orang kata sombong pulak,so kita ambik la walaupun makanan tu bukan favourite kita.Jarang-jarang la kita tolak.
Tapi kan…cuba kalau yang sua kan makanan tu org yang kita kenal sangat,keluarga kita misalnya.Ibu pada anaknya yang dah dewasa.Isteri pada suaminya.Dan lain-lain.Maunya kita tolak terus kalau tak berkenan di hati!
Taknak!Tak suka!Tak sedap!Katanyaa…kan?Sebab kita tak rasa salah pun tolak sesuatu dengan org-org yang kita kenal,org2 yang sayang kita.Org2 yang kita dok pandang doplohempatjam tu kan?
Kita hanya melihat pada pemberian fizikal tu je sebenarnya.Kita hanya lihat pada makanan tu je.Tapi di sebalik pemberian tu tersirat banyak perkara lain yang kita tak sedar.
PERHATIAN.
AMBIL BERAT.
BERBAGI RASA DGN YANG TERSAYANG.
KASIH-SAYANG.
CINTA.
Ini yang kita kadang-kadang lupa.Kita akan sedar betapa pentingnya “pelawaan/suapan” itu bila ia sudah tidak terjadi lagi bila yang tersayang berjauh hati.Bila mereka makan,tanpa suara,tanpa pelawaan.Masa tu hati kita akan terusik walau apa yang mereka makan itu adalah makanan yang kita tak suka langsung!

Tips Mengatasi Senggugut

period-pain-3

Bismillah

Setiap bulan,Red Flag is a Must for us kan ladies?Ni la harinya di mana kita akan rasa maca-macam.Rasa letih,cepat tersentuh samada cepat marah or sedih dan macam-macam lagi sebab seratonin dalam badan kita menurun.Hormone estrogen dan progesterone pun menurun di waktu kita melalui proses menstruasi ni.Itu Normal.Kena pulak kalau kita dapat senggugut yang melampau memang kita akan rasa horibble giler time nih.

So,apa perlu kita buat??biarkan saja???hehe.No.Ada beberapa tips utk kita melalui hari-hari ni dengan lebih tenang.
1. Minum air kosong,sebaik-baiknya suam sekerap mungkin untuk melancarkan pengaliran darah ke kulit dan mampu membantu menenangkan otot yang menyebabkan senggugut.

2. Elakkan minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana kafein akan menyebabkan sengugut menjadi lebih teruk.Cuba untuk minum air suam+ halia, air suam + daun pudina,ataupun air suam + lemon.

3. Makan lebih byk makanan yang mengandungi vitamin B,terutammanya B6 seperti beras perang untuk melegakan rasa kembung perut.Juga makan makanan yang mengandungi vitamin E seperti Brocolli dan minyak zaitun untuk melegakan senggugut.Anda boleh menambah suplemen seperti B complex dan vitamin E ni untuk mendapatkan nutrisi secara optimum.

4. Makan makanan yang kaya dengan Magnesium seperti Almonds,walnuts sebelum dan semasa haid kerana ia mampu menyerap kalsium yg mana sangat penting utk melegakan otot-otot yang kejang yg menyebabkan senggugut.

5. Elakkn makanan ringan,minuman berkarbonat kerana ia akan menyebabkan sengugut menjadi lebih teruk.

6. Makan makanan yang kaya dengan iron seperti ayam,ikan dan sayuran hijau untuk menggantikan iron yang hilang semasa haid.

7. Mengambil vitamin D setiap hari akan mengurangkan gejala senggugut.YM suggestkan Ostematrix nih.Ostematrix ni kaya dgn vitamin D,magnesium dan zinc.

 8. Sapukan minyak zaitun ke kawasan perut.panaskan minyak tersebut dengan menggosokkan kedua tapak tangan kita dan kemudian sapulah ke kawasan abdomen kita yang sakit.Kemudian,berehat la.

Sekiranya sakit berlarutan,sila la berjumpa dengan doktor ye.

Sayangi diri ladies!

                                              

Resepi Salad Mudah!

10733966_957431920938997_750223717826128439_n

Bismillah

Hari ni YM makan Salad utk Lunch.Wahh!kelas ko Jah!Macam omputeh.Haha!Ehh..bukan makan salad je semata yerk,kena gak makan makanan yang lain untuk support pemakanan seimbang.Kalau Salad semata,pitamsss ai.
Tadaaa!ni la Homemade Salad YM.Hehe.Simple je jah!Nk tahu YM buat camne.Meh YM ceghitaa..

Bahan-Bahan:

Butterhead
 Butterhead Salad – apapun salad will do,terpulang
Timun Jepun – Timun malaysia pun boleh,ekeke.
Garam
Stevia – kalo korang nak guna gula,silakan.
Minyak Zaitun
Lemon
Cilipadi
Lada Hitam

Cara membuatnya :

1.Potong Timun & salad ikut cara yang korang suka.Ketepikan
2.Kemudian, tiba masa utk buat dressing pulak.Perahkan lemon ke dalam mangkuk,masukkan garam,stevia,minyak zaitun dan cilipadi,kemudian gaulkan.semua ni pandai2 la korang agak,minyak zaitun tu,takyh la letak byk2,sikit2 pun dah ok.
Akan jadi camni taw..
3. Then,gaulkan semua timun,salad dan dressing tu ye. Siap utk dimakan!
Simple je kan? 5 minit je dah siap!YM kalau tak taw nak kunyah apa sambil tgk TV,sure akan buat nih,ekeke.Tgk cite Selamat Pengantin Madu sambil makan ni,mmg sedap!haha.

                                                         

1 2 3 4