September 23rd 2014 archive

Resepi aiskrim mudah & sihat utk si Manja

10649794_938904359458420_3154029073369320819_n

Bismillah

Ramai yang tak sabar nak YM sharekan resepi DIY aiskrim sihat yang YM buat utk Yayan hari tu.Especially,mommies taw…yelah, of course la mommies nak bagi yang terbaik untuk anak-anak kan?since aiskrim yang YM buat tu memang free daripada refined sugar.Plus,boleh “paksa-rela”anak-anak makan buah-buahan tanpa kita paksa-paksa,haha!Bukan senang nak bagi anak makan buah-buahan kalau dia tu memang jenis yang tak suka buah,hihi.Macam yayan ni la..semua buah dia reject kecuali durian,favourite no.1 dia, pastu strawberry dan pisang.Strawberry dan pisang tu pun tgk mood.Kalau dia takde mood, jgn harap dia nak makan,haishhh!
Muka budak ngader dapat eskrem!hihi
Ok, meh YM share resepi eskrem mudah ni.

Bahan-bahannya :

1. Frozen Banana (buang kulit/potong siap2 pisang tu dan letak kat deep freezer semalaman)
2. Frozen Strawberry (masukkan strawberry ke dlm deep freezer semalaman)
3. Serbuk koko / dark choclate
4. Susu (apa-apa je jenis susu yg jd favourite anak-anak)
Frozen strawberry
Frozen Banana

Cara membuatnya : 

Masukkan frozen banana,frozen strawberry,dark choclate & susu ke dalam food processor dan blend sampai la lumat jadi mcm aiskrim.Siap! 
blend dengan Food Processor
Owh ye, kalau uols takde food processor camni, boleh guna blender biasa,tapi pastikan blender tu memang boleh blend ice ye coz frozen banana & frozen strawberry tu memang agak keras.Aiskrim ni memang sangat bagus kita bagi kat anak-anak sebab penuh dengan khasiat buah-buahan dan paling penting ibunya sendiri yang buat kan?which is full with TLC,tender,loving and care gitu…Lagi satu,diorang boleh dapat sumber gula daripada buah-buahan bukan daripada gula yang diproses yang ternyata tak elok utk kita.Ibu-ibu boleh pelbagaikan buah-buahan tu ikut selera anak-anak.Maybe berries,apple,dan lain-lain.
Oklah uols.Selamat mencuba!