September 17th 2014 archive

Kawan Baik Anda Mungkin Juga Musuh Anda!

applying-lipstick

Bismillah

Lipstick!Gincu!owhh….sangat tidak boleh dipisahkan daripada ladies.Dah jadi mcm BFF kita kan?Jadi tak lengkap penampilan wanita kalau takde lipstick kan?Walaupun tak pakai pembayang mata bagai,just melayangkan bedak di wajah yg sememangnya dah Ayu jelita tu namun lipstick itu wajib katanya!hehe.Apa taknya,terus naik seri wajah kauuu!kalerful teruihhhh doniaa.hehe.
Dengan lambakan brand-brand lipstick kat pasaran tu,sampai juling mata nak pilih kan?Semuanya cun-cun sampai rasa nak beli semua buat kerabu lipstick!haha.Tapi,hati-hati juga ye kawan-kawan,ada di antara brand-brand tu yang mengandungi tahap plumbum dan arsenik yang sangat tinggi.Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan lipstick yang mengandungi bahan kimia tinggi ialah Thyroid.
Kalau mcm YM ni yang memang menghidap penyakit endometriosis sejak dulu ni,memang sangat tidak disarankan menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia tinggi sebab semua tu akan membuatkan cyst menjadi lebih teruk coz bahan kimia tu akan membuatkan hormone dlm badan menjadi tidak stabil dan menyebabkan inflamasi terjadi.

 So,nak taknak YM terpaksa lah check betul-betul apa yang YM beli dan guna.Terpaksa la kumpul duit nak beli lipstick natural dan chemical-free.Kat online,Ym pernah beli satu lipstick yang bebas kimia taw,tapi mahal giler!huhu.Sadisss sungguh masa tu.Pastu kaler pun taklah se”gah” dalam gambar,lagi haru.Ym tak minat,macam kaler makcik-makcik je.haishh!tak baik betul Ym kaitkan makcik dlm hal nih,haha!*tak sedor diri yang dia tu makcik gak!*
So,Ym try lagi google apa lagi jenama lipstick yang bebas kimia ni.Banyak gak jenama natural & free chemical ni kat oversea,maybe sebab diorang dah ada kesedaran yang tinggi pasal semua ni kan?Ym carik la juga brand-brand tu kot2 ada kat Malaysia ni kan?Alhamdulillah jumpa!Cuma yang tak bestnya,takde online,ko kena pi beli kat Sephora Store.Huuhuhu…tapi oklah juga kan?boleh YM pilih2 and test-test,cantik ke idok.So,takdelah meroyan kalau kaler tu tak cantik.
Ym jumpa jenama nih-Tarte!Katanya–> “The vegan-friendly tarte cosmetic products are formulated without parabens, mineral oils, phthalates, triclosan,  sodium lauryl sulfate and gluten.Haaaa!sesuaiii sangat la ngan endo-gal macam ym nieh,yang sgt alah pada chemical dan juga Gluten.Alhamdulillah.Legaaa rasanya.Ingatkan YM dah takleh melawa macam korang-korang dah,huhu.
So,YM pegi la Butik Sephora kat KLCC.Kat branch bukit bintang tu payah nak parking,so lupakan!Bila sampai je kat Butik tu,lajuu je tanya sales assistant tu brand Tarte ni,then bila sampai je kat bahagian Tarte tu,rasa macam nak peluk-peluk jek!Tapi kansell sebab mahal!hahaha…Tapi oklah,takelah semahal brand yang mula-mula YM beli tu.Nak pitams mak!hehe.Lipstick yang jenis ni sebatang RM50.Tahan-tahan hati je YM. Mula-mula pi tu YM beli 1 je.Then,bisik dalam hati,lambat lagi kita jumpa ni Tarte,next time tunggu aku kumpul duit sat,baru aku beli ko yerk!haha…!Alhamdulillah,setelah sekian lama YM buat saving,dapat la 3 jenis lipstick nih.Beli satu-satu derrr,tak mampu nak beli banyak2 skligus…hehe.Alhamdulillah.Puas hati mak!

Ok…cukuplah 3 ni.Hehe…so,boleh la YM berlipstick tanpa rasa ragu-ragu.hehe.Lipstick ni best taw sebab rasa moist sangat.Bibir YM ni jenis yang mudah kering,so pelembab dalam lipstick memang a Must utk YM.Ym memang sangat-sangat in loveeeee dengan product natural macama Tarte nih.Tapi tang harga tu jelah,tak bape nak in love.hihi.

Oklah ladies, apapun pilihan anda,pilihlah yang terbaik untuk anda ya!Be well,stay healthy and stay Gorgeous!Muahh!