July 12th 2014 archive

Resepi Mee Bandung Mudah

10458123_897298316952358_1521365243001401729_n

Bismillah

Assalamualaikum Lovelies!Berbuka menu apa tadi?YM berbuka ngan satu juadah je hari ni.YM masak sendiri kat umah.Walaupun bahan-bahan tak cukup,kugagahkan jua la juga memasak!Hehe.Semangat Mee Bandung babe!kikiki.
Petang tadi YM masak Mee Bandung.Dak kecik yayan tu apalagi,suka sangat la bila tengok ibu keluarkan mee dari esbok.YM takde pun perencah segera.YM masak je guna bahan-bahan kat dapur tu.Terjunkan je apa yang patut.
Nak tahu camne YM terjunkan mereka-mereka ini???hahaha.Meh belajar meh…sonang yoo….Jgn gelakkn YM lak sebab ni resepi org tak cukup bahan.Hihi.
Resepi Mee Bandung ala YM
Bahan-bahan :
1. Mee kuning (celurkan ye)
2. Bawang Merah
3.Lada kering (yg dah direbus bg lembut)
4.Bawang Merah & Putih
5. Udang Kering
6. Fish Cake & Fish Balls
7. Sayur Sawi
8. Sos Tiram
9. Garam & Gula secukup rasa
10.Telur ayam
11. Isi Ayam (rebuskan ayam terlebih dahulu)
12. Stok ayam/air rebusan ayam (isi ayam tadi tu,korang rebus,so air rebusan tu ketepikan)
12.Minyak Masak
13. Asam Jawa (Instant Adabi)
Cara-caranya :
1. Rebuskan udang kering dlm 5 minit.Letak dalam segelas air camtu,ikut bape banyak rasa udang kering korang nak boh dlm mee bandung korang.Kemudian ketepikan biar sejuk sekejap.
2. Blend bawang merah,bawang putih, lada kering,udang kering tadi dan masukkan airnya sekali.
3. Panaskan periuk.Masukkan minyak masak,bila minyak dah panas,masukkan bahan2 yang korang blend tadi.
4. Bila dah menggelegak, masukkan stok ayam/air rebusan ayam tadi.
5.Kemudian masukkn isi ayam,fish cake dan fish balls yg korang dah potong2 yee…hihi
6. Masukkan sos tiram,garam,gula dan asam jawa instant tu sesedap rasa ok?
6. Bila dah menggelegak tu, pecahkan telur ayam ke dalam periuk.Just pecahkan mcm nak buat telur mata tu,bukan telur dadar ok?haha..
7.Then masukkan sawi.Tutup api.
Voilaaaa!!Sedia utk dihidang!tu jeekkk..senang kan?haaha…gitu la cara memasak org yg tak cukup bahan ni.Korang jgn nak pertikaikan nape YM tak boh tu,tak boh ni erk?hahaha.Sebab YM menggunakan bahan2 yang ada kat umah je.
Budak kecik yang dah puasa penuh hari ke-14.Alhamdulillah.. (^_^)
Selamat Mencuba kawan-kawan. (^_^)