July 5th 2014 archive

Baju Raya dah ready???

10492340_891209164227940_3211433934708890535_n2

Assalamualaikum

Hi Everyone!Alhamdulillah…hari ni dah masuk hari ke-8 Dak Yayan ni berpuasa penuh.Syukur Alhamdulillah.Memang takde masalah langsung dia berpuasa,which sangat2 membuatkan YM rasa perut ni sejuk,alhamdulillah.Setakat ni takde drama-drama airmata or menangis tergolek2 nak minta makan atau minum.Syukur…Bangun sahur pun mudah.Biasalah,kalau ibu dia soh bangun memula tu dia taknak gak.Dah nama pun budak kan?Tapi bila nampak ayahnya bangun,lajuuu je bangun sekali.Al-maklumlah,dia takut kalau ayah dia jalan,tinggalkan dia.haishhh!ibu dia ni dia tak heran sangat sebab dia nampak doploh empat jam kat umah.Kalau ada ayah je dia tahu ibu akan keluar umah.hehehe.
Cuma sesekali tu adalah dia terlupa sat…dia minta nasi la, minta mee sup la,meggi la.Macam2.Siap minta eskrem feveret dia- Baskin Robbin lagi haaa.Tapi,bila YM cakap,haishhh!Yayan kan puasa kan??Dia pun diam.hihi.Seb baik la tak meleret ke rengekan ataupun tangisan syahdu.Alhamdulillah,dia faham.Then,cepat2 je YM alihkan perhatian dia pada benda lain supaya tak ingat kat makanan.

sorry aaa aunty2,yayan tunjuk gambar eskrem..alaaa..aunty2 tahan dugaan khennn?hihi

Tapi dia ada la sebut nak buka “kuasa” (puasa,tak reti2 lagi sebut puasa,hehe) dengan eskrem Baskin Robbin.Alahai…sian.Takpe2,nanti ibu gaji tengah bulan ni,ibu bawak yayan pegi erk..boleh beli baju raya sekali,hehe.Korang tgk la keletah dia bila kat Baskin Robbin,happy yang amat!Yelah…sapa tak suka eskrem kan?

Baju melayu utk Raya dia dh hantar kat tailor 2 bulan lepas,ntah dah siap ke
belum,tak tepon2 lagi uncle chinese tu.Plan nak gi kedai tu next
week,tanya dah siap ke blum.Tak siap kalu,YM nak mintak 50%
discount,hahaha…over mak!

Korang,baju Raya semua dh ready ke?anak2?ke shopping last minute ni?hehe.Kalau shopping last minute ni,ada pro n cons la.Yg bagusnya,discount boleh tahan gak,sbb ramai seller nak buat clearance.Tapi yg tak bestnya,bersesak2 sampai sesak napasss dibuatnya.Masa tu kalau shopping bawak anak2 mmg naya la…yelah,nak handle karenah anak2 lagi,shopping lagi kan?
Tapi skrg ni online pun melambak kan?tapi kena ingat,kena order awal2 gak,lambat kalu,posmen taknak antar dah,derang pun nak beraya juga kan?hehe.So,apapun kena plan la awal2.

Tahun ni kaler tema family YM coklat light.Korang? :)

Menyusu Badan Di bulan Puasa

momandbaby21

Assalamualaikum

Hi Everyone!Di bulan Ramadhan ni,sure ibu-ibu yang menyusukan anak di bulan puasa ni akan timbul beberapa kemusykilan tentang penyusuan bayi anda dan berpuasa,betul tak?Ok,ni YM nak share info yang YM dapat daripada pembacaan YM di babycentre.Semoga bermanfaat ye.

Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?
Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.

Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama
24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu
mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti
sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu
menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.

Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi saya?
Perubahan
dalam susu badan anda tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia
sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu anda
bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak dia perlu
menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24
jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah.

Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak
dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah.
Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis
lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan
anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda.

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?
Badan
anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian,
ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa
sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai
imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak
menyusu badan atau yang sedang hamil.

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat (badan kurang air), anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:

  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika
anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum
air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak
sihat, hubungilah doktor anda. 

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index
– GI) yang rendah
. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada
tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa
penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai
lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah
mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis
sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.


Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien,
kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan
secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun,
bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak
berpuasa.

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda
turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan
sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?
Membuat persiapan untuk berpuasa boleh membantu anda mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:
  • Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum anda mula berpuasa.
  • Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.
  • Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.

Okay,YM harap info yang YM share ni boleh memberikan pemahaman yang jelas untuk kawan-kawan semua.Kalau dilihat daripada info yang YM share tu kan,kan ada pakar menasihatkan ibu menyusu yang berpuasa untuk mengambil index glisemik yang rendah kan?Selain daripada pemakanan yang disarankan YM juga sarankan ibu-ibu menyusu ni mengambil set penyusuan utk ibu-ibu menyusu yang berpuasa iaitu :

  1. ESP Shaklee – mempunyai index glisemik yg rendah,membuka rongga2 susu yang tersumbat supaya mampu mengalir dengan lancar dan memekatkan susu ibu.
  2. Mealshake Shaklee – penuh nutrisi utk ibu dan anak.Ibu menyusu perlu lebih nutrisi ketika berpuasa.
  3.  Performance drinks Shaklee – menyejukkan badan ibu menyusu ketika berpuasa dan memastikan badan sentiasa terhidrat supaya sentiasa bertenaga dan tidak menjejaskan penghasilan susu badan.
Ketiga-tiga makanan tambahan ni adalah sangat sesuai utk membantu ibu-ibu menyusu supaya sentiasa kekal cergas dan juga mampu menghasilkan susu badan seperti biasa malah lebih berkhasiat hasil drpd pemakanan seimbang dan penggambilan set penyusuan ini ketika berpuasa ni.Ketiga-tiga suplemen ni ibu2 akan bancuh sekaligus dan diminum ketika sahur.Rasanya sangat sedap taw! (^_^)
Jom!kita tgk testimoni-testimoni ibu-ibu menyusu yang berpuasa tapi masih mampu menghasilkan susu badan seperti biasa tanpa rasa bimbang penghasilan merudum.

 Kan?Ramai ibu-ibu yang happy kan?Kalau kawan-kawan YM nie nak try,contact YM k?

 Ataupun,kalau kawan-kawan ada debit/kredit kad,rasa nak beli sendiri,bolehh…. Klik je kat Link ni –> Shaklee Online Shop  
Link tu akan bawa kawan2 terus ke shopping cart utk item ni.Jgn risau Link ni 100% dijamin SELAMAT. Owh ye,selepas kawan2 buat pembelian melalui link ni,jangan malu2 contact YM kalau ada yang tak faham pasal pembelian online ataupun kalau nak konsultasi/tanya apa2 selepas pembelian ok?Mmg YM akan bg konsultasi berpanjangan khas utk pelanggan2 YM,inshaallah.

Oklah lovelies…tu je sharing YM for today.Kita jumpa next entry ye.Thanks a lot for spending your precious time here ya?Take care!