April 2014 archive

Info Penyusuan : Berhati-hati Dgn apa yang anda Makan & Minum

isaiah_and_mom_breastfeeding_baby_311251_7

Assalamualaikum

Seronok pulak YM baca info-info parenting nih.Yelah,sambil carik bahan utk bacaan kawan-kawan,YM boleh dpt ilmu tu jugak.Lebih kurang mcm revision gitu.. :) Kali ni YM nak share pasal info Penyusuan di kalangan ibu-ibu pulak.YM baca kat babycentre blog dan beberapa blog lagi.Rasa mcm best je buat research utk kawan-kawan.Simple info je,tapi kena tahu.Wajib tahu,especially kalau 1st time mommy kan?
Apabila ibu-ibu mengambil keputusan utk menyusukan bayi selepas melahirkan,ada beberapa perkara penting yang harus kalian tahu.Paling Utama,kena tahu yang apa je yang kita makan atau minum akan memberi kesan kepada bayi yang kita susui.
Kena beringat yang bahan seperti kafein, alkohol (bukan muslim) dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (minta nasihat doktor  mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu yg sesuai dengan ibu menyusu bagi tujuan rawatan). 

Kalian boleh tahu jika bayi anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur.Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan,anda boleh lihat reaksi pada kulitnya(ruam atau gatal-gatal),dalam pernafasannya berbunyi pelik atau seperti sesak nafas), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus).

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda,boleh la makan coz penerimaan bayi maybe tak sama.
Sebagai satu peringatan kepada kawan-kawan – beberapa makanan yang menjadi punca kolik (kembung perut) yang biasa ialah brokoli, kobis, bawang dan kobis Brussels.So,kalau boleh elakkn la yer.

Elakkan pengambilan makanan ni sekiranya bayi anda kelihatan “alah” pada makanan ni

Makanan yang boleh membantu menambah produksi susu badan
Semoga info yang YM kongsikan berguna untuk kawan-kawan semua.YM share atas pembacaan dan pengalaman sendiri je coz YM ni bukanlah pakar dlm bidang nih.Hehe.
Oklah semua,jumpa lagi di next entry!Take care yaa!

Sedap giler!

1969175_847410535274470_889046310983023637_n

Assalamualaikum

Amagad!Kuat betul pengaruh iklan kat YM nih ha!haha…YM sebenarnya tak berapa suka aiskrim perisa stoberi kalau brand Cornetto taw sebab bagi YM mcm manisss sangat!and i dun like that!Tapi,nape ntah…ngan iklan cornetto royale Taylor Swift-Limited Edition tu YM boleh terpengaruh…haha!Nampak menarik giler iklan tuh…since YM pun minat gak ngan Dak Taylor tuh kan..hehe…tu yg boleh fokus tgk iklan tu.Haishhh!
Seriously!This one mmg sedap!YM suka tang stoberi pinkish tuh.Not so sweet and taste creamy,owh!tak tahu nak gambarkan cmne.Sedap sangat!Tapi,towards ke bawah,YM tak suka sangat la sebab manis,hehe…seb baik ada budak kecik suka!

YM pi cari eskrem nih kat petronas pump shop kol 10mlm semalam.Hihihi.Punyalah teringin kan.Yayan pun apalagi,suka sangat la dpt mam eskrem!Sebab dia bukannya selalu dpt makan eskrem nih.hehehe.

Korang nak rasa???ha,pi cari cepat2…hihihi…see ya in the next entry munchiess!

Keburukan Penggunaan Puting Kosong

baby-with-pacifier

Assalamualaikum

Memandangkan YM sekarang ni menjadi salah seorang admin pada satu kelab Ibu-ibu,so YM rasa terpanggil nak tulis artikel berkenaan dengan baby-baby nieh.Walaupun anak YM-Yayan dan besar panjang kan?hehe.

Puting Kosong.Puting jenis camni memang ramai ibubapa yang guna utk ‘menenangkan” bayi mereka kan?Yayan masa bebi-bebi takmo langsung ngan puting nih.YM nak sangat dia pakai time tu taw,nape ntah ngan mak dia nih!haha.Bukan apa,sebab nampak mcm cute giler kot!dia dok nyonyot cenggitu.haha!Tapi,hampeh,yayan langsung tak berminat!dia luah-luahkan ada la!

Rupanya,oklah juga dia taknak sebab ada keburukan juga puting kosong ni.Ni info yang YM dapat hasil bacaan YM.

Keburukan penggunaan puting

  • Infeksi telinga meningkat
    Ada kaitan yang terbukti mengenai penggunaan puting untuk jangka masa panjang dan infeksi telinga tengah. Adalah disangkakan bahawa menghisap puting kosong menambah kemungkinan infeksi berpindah dari mulut ke tiub Eustachia (saluran berisi udara yang menyambungkan telinga tengah dengan bahagian belakang tekak). Hadkan penggunaan puting untuk tidur sahaja, untuk mengelakkan masalah seperti ini.
  • Kaitan dengan infeksi perut dan lain-lain
    Puting kosong telah dikaitkan dengan risiko tinggi mendapat simptom seperti muntah-muntah, demam, diarea (cirit-birit) dan kolik.
  • Penggunaan puting kosong secara jangka panjang menyebabkan masalah gigi
    Ramai doktor gigi tidak menggalakkan penggunaan puting kosong atau menghisap jari sebab kedua-duanya boleh menyebabkan beberapa masalah apabila gigi tumbuh dan keluar, terutama sekali jika bayi masih menggunakan puting sebagai penenang semasa gigi kekal mereka sedang menembus keluar.
  • Masalah pertuturan
    Penggunaan puting kosong tidak membolehkan bayi membuat bunyi-bunyian, yang merupakan langkah penting dalam mereka belajar bertutur, dan juga tidak menggalakkan bayi bertatih berceloteh, yang diperlukan mereka untuk membina kemahiran bahasa. 
  • Menggunakan puting kosong secara harian mengganggu penyusuan badan
    Ada bukti kuat bahawa wanita yang menggunakan puting kosong lebih cenderung untuk mencerai susu lebih awal daripada ibu-ibu yang menyusu badan yang tidak menggunakan puting kosong secara harian. Penggunaan puting kosong telah dikaitkan dengan masa yang lebih singkat bagi penyusuan badan secara ekslusif dan juga kekurangan susu semasa bayi berusia satu bulan.

Credit

Nampak gayanya, parents yang plan nak guna puting kosong ni utk bakal baby diorang kena pertimbangkan balik la kan,since tgk keburukan penggunaannya pun agak “heavy” kan? Tapi,apapun pilihan di tangan masing-masing, (^_^). Pilihlah yang terbaik utk anak-anak.

Oklah semua,tu je nak share hari ni.See you in the next entry!Take care!

1 2 3 6