March 23rd 2014 archive

Yummylicious Update: Menu Dinner 22.03.2014

1926703_827437540605103_1662346929_n

Assalamualaikum

YM ni kan mmg suka sangat tangkap gambar-gambar makanan nieh.Yelah,nampak comel and cool kot!Especially kalau kita yang masak sendiri kan?even tak sedap mana pun,rasa mcm best sgt kalau berjaya masak.Hihi.

Semalam YM masak nieh…

Sup Daging
Daging Masak Kicap
Sambal Belacan + Timun

Daging dalam sup tu kan, kitorang suka cecah ngan sambal belacan tu.Perghhhh!memang besttt,nak-nak kalau sambal belacan tu spicy giler!YM tumbuk sambal belacan tu ngan lesung ye,tak guna blender pun.Nak tercabut tangan tumbuk ngan lesung sampai cilipadi tu semua lumat!haha.
YM kalau buat sambal belacan,memang boh cilipadi semua.Baru terangkat kan?tu kalau Mat Salleh makan tu,memang 3 hari 3 malam menangisssss.Pastu bila cilipadi n belacan tu dah lumat,baru le YM potong tomato n bawang kecik,perah limau,ish-ish-ish!Kalau cite pasal sambal belacan…meleleh-leleh ayaq liuq!
Paling best kalau anak sendiri sebut, “hurmmm…sedap Ibu masak!“,alollololo…so sweeetttt kalau anak kita cakap cmtu kan?Rasa ilang habis penat lelah kita bertungkus lumus kat dapur.Mudah-mudahan jadi anak yang soleh…amin….
YM ni bukannya rajin mana pun masak.Ada masanya,makan gak kat luar.Best kot dpt makan kat luar tu,boleh rehat2kan tulang temulang nieh ha.hahaa.Over.Tapi YM try gak la,masak sekerap yang mungkin.Biar ada “food memories”yang mampu Yayan ingat bila dah besar nanti… :)
Oklah, kita jumpa next entry ya! Take care semua!