March 15th 2014 archive

Apa ada Pada nama?

1911801_821198824562308_492270020_n

Assalamualaikum

Ramai yang tak tahu yang sebenarnya ibu YM adalah seorang mualaf.Masih ramai lagi keluarga di sebelah ibu YM yang bukan Islam.Ibu memeluk Islam selepas berkahwin dengan abah.Alhamdulillah.
Walaupun Ibu dah memeluk agama Islam,kami masih rapat dengan keluarga sebelah ibu.Keluarga sebelah ibu memang sangat-sangat baik dan memahami kami sebagai muslim.Setiap kali hari raya,mesti ramai yang datang berkunjung ke rumah kami memeriahkan lagi syawal.Dan kami pun akan balik ke kampung setiap kali perayaan Tahun Baru tiba.Ofkos Ibu saya la akan jadi ketua Chef.Hehe…
Teringat masa YM kecik-kecik dulu,betapa la tahap curiosity YM tu mengila sampaikan YM pegi tanya soalan-soalan yang agak menjengkelkan kat ibu YM tu.Hehe.Boleh je YM tanya,”Umi,dulu kan,Umi makan b*** tak?rasa apa yerk?” suka hati aku je bagi soklan-soklan camtu kan?huhu..Umi tak bagi jawapan pun dengan soalan YM tu.Membiarkan YM bertanya2 sendiri dan mencari jawapan sendiri.Bila dah besar baru la YM tahu apa agama dan praktis agama lama ibu YM.Tetiba rasa bersalah tanya soalan pelik ntahpape kat ibu Ym taw..huhu
Ibu YM pun tak pernah tukar nama dia taw.Kat IC dia tetap tertera CATHERINE MILD.Kat sekolah masa daftar pun YM tetap tulis nama tu.Kat Sabah takdelah janggal sangat bila YM guna.Bila sambung study kat UIA,Gombak…haaa!situ la menjadi tanda tanya ramaiii org.Selalu je dapat soalan-soalan pelik dr kawan-kawan.
YM teringat lagi satu kes kat campus,YM dipanggil oleh Kaunselor kat kampus.Masa tu punya la berdebar-debar kan?pehal pulak tetiba kena panggil ni ha??Apa la yang aku dah buat nih?seram sejuk dibuatnya.Then,bila bukak mulut,rupanya diorang ingatkan YM ni dibesarkan oleh keluarga yang ayahnya muslim and ibunya non-muslim yg tidak menukar agama-Living together.Astagfirullahalazim..
Plus Ym pulak berasal dari Sabah kan?so,lagi la menguatkan teori diorang tu,since kat Indonesia dengar2 ada yang praktis cenggitu.Rupanya diorang nak kaunseling YM sebab ingatkan YM ni dibesarkan dengan keluarga yang punya 2 agama.Mengucap panjang YM.Camtu sekali penangan nama ibu YM kan?hehe
Tapi YM tetap berbangga dengan nama ibu YM tu dan Ym puji pendirian ibu yang tak mahu menukar namanya walaupun telah bertukar agama.Sekurang-kurangnya,dengan nama dia tu la kami akan selalu ingat keturunan ibu kami,asal usul kami.
This is my Mum– Mrs Catherine Mild
Dusun Kadazan adalah asal usul ibu saya,Islam adalah Cara Hidup dia,alhamdulillah.!