March 12th 2014 archive

You Cannot Please Everyone,so Don’t even Try it!

75994_820191171329740_886219772_n

Assalamualaikum

Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang.Ya,TIDAK,itu kenyataan hidup.Pasti ada saja orang lain yang berbisik-bisik,bercakap-cakap,mengata-ngata,menyampah,tak puas hati dengan kita.Pasti ada.Walau sebaik mana pun kita,pasti ada!
Terutamanya apabila anda bergelar ketua.Tak kira la ketua apapun,pada kumpulan yang kecil mahupun yang besar.Ada saja yang kita buat tak kena di mata mereka.Ada saja yang kita perkatakan akan menjadi sesuatu yang dijadikan isu.Itu biasa.
Ada yang akan jatuh,rebah,kecewa dengan dugaan sebegini.Ada yang duduk berhari-hari memikirkan,apa lagi yang perlu aku buat untuk aku puaskan hati semua orang???Apa lagi??menangis-nangis tersedu sendiri.
Hakikatnya,kita tidak akan pernah mampu untuk buat semua tu.Bila kita terlalu fokus untuk hidup mengikut standard yang diterima oleh orang lain,kita tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk membina kehidupan kita sendiri.
Jadi,jangan tangisi apa yang terjadi.Teruskan hidup.Dongakkan kepala ke atas,tadah kedua tangan pada Dia,Mohon Dia permudahkan jalan hidup kita,Mohon Dia tenangkan hati dan jiwa kita,Mohon dia berikan kekuatan dan ketabahan untuk terus berjuang untuk kehidupan kita.
Inshaallah, pasti ada Jalan.Pasti ada kebahagian untuk kita,andai bukan sekarang,di masa akan datang.Inshaallah.
Salam sayang semua.Warnai hari-hari kalian dengan senyuman dan ketabahan k?