Resepi Sarapan Pagi :: Fruits Smoothies & Chicken Macadamia Wrap


Assalamualaikum

Holaaa!hari ni saje je nak share ngan korang menu breakfast yang YM buat pagi2 buta tadi,sebab ayah Yayan keje syif pagi hari ni,so mcm biasa mmg kena siapkan breakfast sebelum pukul 6.30pagi.Dah macam makcik bukak gerai nasi lemak dah YM ni ha.
Mula tu rasa mcm tak larat nak bangun awal sangat sebab last nite tdo pukul 3pagi!hihi.Tu la masalah YM ni,mmg susah noo nak tdo awal.Susah betul mata ni nak pejam awal2.Mula-mula tu bila alarm berbunyi,YM siap pi offkan,then sambung tdo balik!*boleh pulak kan?*Then,Ayah Yayan kejut — “kata nak buat breakfast…“.Ayat semacam je kan?haha.Siap YM boleh reply,”rasa mcm tak larat nak masak la pulak…“Then,sambung tdo balik.Ntah cemana ntah,boleh pulak fikir2 sambil tido,”sian laki aku takde breakfast pagi ni“,haha!Then,bangunlah juga dengan mata tertutup turun tangga,mujur tak tergolek.
Oklah, ni resepi untuk Breakfast pagi ni ye…
Menu 1st : Fruits Smoothies
Minuman ni sgt bagus untuk yg on diet.Sangat berkhasiat sebab bahan2 dlm tu penuh dengan nutrisi taw!Minum ni je pun dh cukup dah untuk breakfast,kang kalo tea break,boleh la ambik food lain.Org diet ni bukan tak makan taw!Kena makan.Makan sikit tapi kerap tu lagi bagus.Cekidaut resepi kat bawah ni…most of the fruits yang YM guna tu mmg sgt sesuai utk yang tengah berusaha untuk turunkan berat badan.
Bahan-bahan :
1 biji Epal (bagus utk kesihatan jantung & menurunkan kadar kolesterol)
1 biji Pisang (sgt bagus utk memberi tenaga dan meningkatkan keupayaan otak kita)
3 biji Strawberi (meningkatkan sistem imuniti bdn & bgs utk menentang kanser)
4-5 biji Blueberi (membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan perut buncit)
1 sudu makan minyak kelapa dara (menghalang pembentukan lemak di bahagian perut)
3-4biji Macadamian nuts (mengurangkan risiko sakit jantung)
1 sudu Chia seed -perlu rendam dgn setengah cawan air panas then masukkn dlm blender skli dgn buahan yg lain (sgt bagus utk membantu memberi tenaga
1 gelas Almond milk (mengurangkan kolesterol “jahat”)

In case ada yang tertanya2, apa tu Chia Seed & Macadamia Nuts.. :)
Cara nak buat?alaaa…blend je semua tu.Tadaaa!dah siap!boleh buat laju2 sebelum g ofis for your breakfast on the go,gitu..hehe.
Menu ke-2 : Chicken with Macadamia nuts Wrap
Bahan-bahan utk Inti :
1. Isi ayam/ayam cincang
2. 1 biji Telur ayam
2. Brocolli yang di potong halus
3. Tomato Ceri yang dipotong dua
3. Bawang merah+putih dimayang
4. Macadamian nuts yg dihiris halus
5. Olive Oil / minyak masak pilihan anda
6. Chilli flakes / cili yang dipotong halus (ikut suka)
7. Garam + gula perang secukup rasa

Cara-cara nak buat?senang je…campak2 jek..hehe
1. Panaskan kuali, masukkn Olive oil n bawang putih n merah yang dimayang halus,chilli flakes dan Macadamia nuts..Apabila semua tu dah keperangan, masukkan isi ayam.
2.Dalam beberapa minit,ayam shud be dh masak.So,pecahkan telur.Kacau.Masukkn brocolli dan tomato ceri.Then,masukkan garam dan gula perang secukup rasa.Tutup api.
Ok.Bila dah siap inti tu…the next step is,Rolling time!
Ni la yang YM guna sebagai kulit.Uols boleh beli kat mana-mana supermarket like Tesco,Giant,mana-mana la.hehe.Ada beberapa perisa taw wrap nieh.YM beli Onion & Chive flavor ngan Original Flavor.
Apa yang korang perlu buat ialah…
Keluarkan roti tu…then panggang la roti dlm 1 minit kat kuali TANPA minyak.balik-balikkan la ye..bg sama rata panas dua2 bahagian.Then, bila dah siap,move on to the next step, which is membungkus.
Cara nak bungkus?? alaa…senang je…boleh refer kat belakang plastic tu…mcm kat gambar ni ha…
Senang kan?Easy Breezy,wrapper girl!haha… Then,sebelum mula membungkus,korang boleh la sapu dulu roti tu dengan mayonaise ke,sos cli ke,suka hati tekak uols…bagi nipis2 je sapuan tu,then bubuh la daun salad kegemaran korang.Lepas tu,baru la masukkan inti tadi,pastu gulunggggg!voilaaa!dah siap pun!
Personally bg YM,minum smoothies tu je pun dah kenyang.So,lewat sikit la YM makan Chicken Wrap tu.Minum Smoothies dalam pukul 7pagi.Then, pukul 11 baru terasa nak makan something,so i have my chicken wrap!yayy!hehe.
Oklah semua…tu jela bebelan YM ari ni.See u next entry!Selamat Mencuba!Have a great Day ahead!

(Visited 218 times, 1 visits today)

4 Comments on Resepi Sarapan Pagi :: Fruits Smoothies & Chicken Macadamia Wrap

  1. Sheila Salim
    March 6, 2014 at 9:46 am (4 years ago)

    Assalamualaikum kak yan. adoiii sodapnya wrap ni! macam famous je, rata2 blogger bagi resepi wrap ni. terliur sheila kak. dah niat nak buat, balik kang nak cari wrap kat econsave. harap2 ada dijual. ihihihi ~~~

    Reply
  2. Chic Na
    March 6, 2014 at 2:24 pm (4 years ago)

    rajinnya ym pagi2 dah buat smoothies.. :)

    Reply
  3. Linda
    March 7, 2014 at 2:23 am (4 years ago)

    sedapnyaaa YM, linda pun kena berdiet ni huk huk :p

    Reply
  4. Zefa NorAsmara
    March 7, 2014 at 3:37 am (4 years ago)

    Sebab entry ni lah Ibu Yusuf gigih google macadamian nuts. keh3x.. melayunya apa ye?

    Reply

Leave a Reply