March 4th 2014 archive

Accepting Who We Are!

1780914_815606535121537_1108798516_n

Assalamualaikum

Aryan sayang,

dalam kehidupan ni bukan selalunya tentang”penerimaan” org lain terhadap kita……
tapi lebih kepada “menerima”diri kita sendiri terlebih dahulu…
supaya hati kita kuat!
kuat untuk berjuang!

 photo signature_zps0c2350a3.jpg

RESEPI KARI SOTONG MUDAH!

1900136_815580728457451_1988504753_n

Assalamualaikum

Hi semua!Harap semua dh kenyang bila baca entry nieh ye,sebab YM nak share Resepi ni.Biasalah kan,kalau mak-mak ni…mmg tak sah kalau tak share resepi kat blog,hehe.Well,tu sebahagian daripada dunia mak-mak kan?kena masak berkali-kali sehari,penat jgn cite la kan?tu yang kalau boleh dpt makan kat restoren tu, ha…siap la,rasa mcm nak peluk kuat2 hubby taw.Haha!
Oklah,sebelum meleret,better YM terus ke agenda utama,aiseh..guna agenda bagai.Kali ni nak share resepi yang senang amat.Yelah,maybe susah sikit utk yang tak biasa masak kan?kalau yang dah biasa masak,siap boleh gelak golek-golek kot kat YM sebab tempek resepi kacangggg nih.*jaga korang!*haha.
Resepi Kari Sotong ala YM (Tudiaa,bagi nama sendiri, haha!)
Bahan-bahan:
5 ekor Sotong
1 btg Terung (potong la ikut bentuk kesukaan anda)
5 biji Tomato Ceri (kalau nak belah 2 pun ok, klu taknak pun ok je)
2 sudu makan Kari Babas (dibancuh dgn air panas)
Beberapa helai daun Kari
1 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 ulas bawang putih   (dimayang halus)
1 keping 
Sedikit Minyak Kelapa (YM guna minyak kelapa dara,kalau nak guna minyak biasa pun takde masalah)
Garam secukup rasa
Gula Perang secukup rasa
Sedikit air
Camne nak Masak?
1. Panaskan kuali,masukkn sedikit minyak kelapa.Masukkn bawang merah+putih n daun kari.
2. Bila bawang merah+putih dah kelihatan keperang-perangan, masukkn serbuk kari yang dah dibancuh tu.
3. Bila kari dah pecah minyak,(boleh nampak ada pemisah antara minyak n kari tu ye…hehe), then masukkn Sotong,Terung dan asam keping.Masukkn sedikit air.Perlahankan api dan tutup kuali dlm 5minit.
4. Bila Sotong dan Terung dah masak, masukkan garam dan gula perang secukup rasa, gaulkan.Then masukkn tomato ceri, gaulkan dan kemudian tutup api.
Voilaaa!dah pun siap!sedap makan ngan nasi panas-panas,babe.Owh ye,resepi ni sebenarnya boleh kita buat dalam masa 10minit je taw.Yelah,sotong n terung ni bukannya ambik masa yang lama utk masak kan?Memang sgt simple sebenarnya resepi nih.
Budak kicik tgh menikmati masakan ibu dia…hehe
So, selamat mencuba kawan-kawan!
Semoga hari kalian indah-indah belaka!

Love,

Ayu Yayansmum