September 30th 2012 archive

Kebaikan Vitamin B !

bComplex
Assalamualaikum
Jum Berkenalan dengan Vitamin B!

Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan
kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan
menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang
disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah
yang optimum.Gejala kekurangan vitamin B:
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress
Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau,
daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan
ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun
serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut
dari makanan.
Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan,
antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B.
Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang
dari tubuh melalui peluh dan kencing.
Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata,
    rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid,
    multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual
    , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi
    terhadap keracunan plumbum.

 Credit

Apa Kelebihan Vitamin B-Complex Shaklee????

Selain
lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee
dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi
asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah.
Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang
unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan
dalam badan
.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. 
Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :

§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
§ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
§ Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan

Email / sms me untuk harga yang sangat istimewa!(^_^)


Putus Asa????

404084_466229186741363_132357543_n
Assalamualaikum
Setuju tak? Terfikir tak kita everytime kita nak give up on something? Sekian lama kita bertahan, sekian lama kita berusaha dan bersabar, tiba-tiba senang-senang je kita nak putus asa kan?Yelah, kadang-kadang kita lupa yang selama ni kita kuat sebenarnya.Kuat untuk menghadapi cabaran dan dugaan tu cuma tiba-tiba kita rasa penat, tak tahan rasanya diduga.
Allah sayangkan kita sebenarnya, tu sebab dia duga kita. Kita diduga sesuai dengan keupayaan diri kita.Dia Maha pengasih, Dia tidak akan menduga sesuatu yang di luar kemampuan kita.Dia juga tak menduga kita untuk perkara yang sia-sia.Kita kena yakin, pasti ada hikmah yang terbaik untuk kita kan?Kita je kadang-kadang tak nampak sebab kita melihat dengan Mata kasar kita bukan dengan Mata Hati kita…

Semoga kita akan terus Berusaha yang terbaik utuk hidup kita!