September 24th 2012 archive

Fitnah itu menjadikan aku lebih Kuat!Part 2

images
Assalamualaikum
Selepas 3 bulan berlalu, semester baru pun bermula. YM memang sangat-sangat berdebar, dalam kepala asyik berfikir macamana la penerimaan kawan-kawan YM. YM ingatkan ruang kemaafan di hati kawan-kawan ada selepas beberapa bulan bercuti. Rupa-rupanya sangkaan YM meleset.
Bila YM melangkahkan kaki ke Dorm yang telah kami pilih sebelum bercuti panjang, semua kawan-kawan YM buat macam tak nampak je YM. Seolah-olah YM tak wujud sama sekali! YM tengok semua katil penuh.Tiada langsung ruang kosong untuk YM. Bila YM tanya pada sorang kawan YM, dia cuma mengangkat bahu, tanda tak tahu. Masa tu hanya Allah yang tahu, betapa ssebak hati YM. Namun, YM tabahkan hati.
YM melangkah keluar. YM menuju ke pejabat hal -ehwal pelajar. YM terpandang senarai bilik dan nama-nama pelajar. Bila YM periksa nama YM, memang betul YM berada di bilik tu, tapi nama YM dihitamkan.uikss!Blacklist ke???YM terpinga-pinga.Then, terus masuk ke dalam bilik pejabat dan bertanya pada kakitangan di situ.Bila YM sebut nama YM, akak tu terus je like, “oh!you..!bilik you kat Level 4, 401.”
Pelik juga YM, camne pulak by mentioning my name je, dia boleh ingat padahal jumlah kami beratus-ratus org kot!Malas nak fikir,YM terus langkahkan kaki keluar. Sebelum keluar, YM ternampak Fateema ada di dalam pejabat tu tengah buat kerja-kerja pejabat.Oh!Ya!baru YM teringat, dia mmg pernah cakap ngan YM yang dia dapat keje part time kat ofis tu.Seriously, YM terus rasa semacam time tu. Tapi, YM dah malas nak fikir dan berprasangka yang bukan-bukan.
Selepas kejadian tu,YM macam phobia ada relationship dengan orang.YM jadi sangat-sangat pendiam padahal YM adalah sorang yg paling byk cakap!Memang my life at that time sangat-sangat miserable.Hidup YM masa tu is just pegi kelas, balik bilik, tido, study.Dok sensorang!
Bayangkan, nak makan kat cafe pun YM rasa malu,takut!YM beli makanan, then balik bilik, makan menghala ke dinding sambil baca buku.Macam tu la rutin YM setiap hari.YM tak bercakap pun dengan room mate.Almost a month life YM macam tu.
Sampai la suatu hari, sorang adik kat Dorm YM tu tegur YM.Dia pelik sangat nape YM makan sensorang je selalu.So,dia ajak makan skli dengan yang lain-lain, semuanya junior YM.Memang Dorm tu, semuanya Junior YM, yelah YM kan terbuang, :(
Mulanya, YM menolak juga.Tapi, diorang like, “jum lah kak…jum lah…” :) ala-ala kanak-kanak riang gitu. Diorang pujuk YM.So, YM pun join.Tak sangka selepas tu, YM dapat semangat baru!YM rasa ada sinar baru untuk YM.Diorang layan YM baik sangat!
YM dah kembali ceria macam dulu. Dalam pada masa yang sama tu la,YM kenal sahabat baik YM sampai sekarang.Sahabat yang sangat-sangat jujur dengan YM,sanggup bersama YM masa susah dan senang. Sahabat dunia akhirat. Alhamdulillah…
Selepas kejadian yang menyakitkan YM tu, YM jadi makin kuat.YM bukan lagi jenis orang yang sangat-sangat bergantung pada orang lain.Ke mana-mana pun YM pergi, kalau tiada siapa yang boleh temankan YM,YM dah tak kisah sangat macam dulu. I can manage myself. Syukur, alhamdulillah.
Selepas beberapa tahun, YM terserempak dengan kawan-kawan yang berkaitan,YM masih melayan baik diorang sama macam dulu.Walaupun Ayesha masih lagi tidak bertegur sapa dengan YM, namum YM masih lagi tersenyum pada dia.
Mungkin Allah ingin membantu pulihkan hubungan kami.Ditakdirkan,walaupun kami mengambil kursus yang berlainan,tapi kami selalu sahaja dipertemukan di dalam kelas-kelas Minor subjek / usrah.Masa tu,YM fikir, mungkin kami ni mangsa fitnah, so tidak adil kalau YM salahkan dia seorang.So, sebab tu la YM masih kekal positif dan berdoa moga suatu hari nanti kebenaran akan Allah tunjukkan jua.
Dengan Fateema juga,YM layan seperti biasa,seperti tiada apa yang berlaku.YM masih lagi menganggap dia sahabat baik YM, walaupun kadang-kadang terlintas di hati YM yang mungkin dia la yang menjadi penyebab pada semua ni.

Tak disangka-sangka, beberapa minggu yang lepas YM sempat berchatting dengan Fateema dan dia memohon maaf dengan YM. ” Maaf la apa yang jadi dulu-dulu ye.Kalau diingat-ingat balik, macam budak-budak pula apa yang aku buat“. Ringkas je ucapan dia.Tapi YM sangat-sangat faham apa yang dia maksudkan.
YM maafkan dia tanpa bertanya lebih lanjut coz YM rasa macam lebih baik kalau YM tak tahu. Benda dah lama berlalu, no point pun kalau YM tahu coz hanya akan membangkitkan rasa yang tidak baik je dalam hati YM.
Sebab tu YM rasa kemaafan adalah jalan terbaik untuk mengubati kelukaan hati YM.YM maafkan dia dan YM maafkan diri YM sendiri.Apa yang berlaku, biarkan berlalu.
YM cuma mahu Ayesha dan semua kawan-kawan yang terlibat tahu, apa yang diorang dengar tu semua ‘FITNAH’ semata-mata. Tu dah cukup memadai bagi YM.Walaupun selepas 12 tahun berlalu,YM masih belum tahu apa punca sebenar perselisihan faham dan perang dingin itu,YM redha.
YM cuma mampu berdoa,Allah tunjukkan kebenaran pada mereka semua walaupun setelah berpuluh tahun lamanya. Insyaallah.
Allah menguji kita dengan bermacam-macam dugaan, tapi dalam masa yang sama dia juga sebenarnya mahu kita mendapat sesuatu yang terbaik dengan apa yang kita lalui!So, dont be Sad…Allah is always be with us!(^_^)