September 19th 2012 archive

Mahu cari Duit sebanyak Mungkin!

Assalamualaikum

Berusaha keras selagi terdaya, itu lar YM. Dalam kepala berpusing-pusing berfikir apa lagi yang YM mampu buat untuk mengisi Tabung Jantung Yayan.Setiap masa, setiap saat keep on thinking about where shud i get those Money a.s.a.p. 
Kalau orang lain berfikir untuk hidup kaya-raya, YM pula sibuk berfikir kos pembedahan Jantung Yayan.Kalau orang lain sibuk berangan nak hidup senang lenang, YM pula berangan bahagianya kalau YM sudah punya sekurang-kurangnya separuh daripada RM47 ribu itu, (^_^)
Tapi, YM tahu.Allah menduga kita mengikut kemampuan kita sebagai tanda kasih-Nya.Because of that, YM percaya insyaallah Allah pasti akan selalu bersama dengan YM.YM kene terus berusaha tanpa kenal apa tu erti putus asa, insyaallah. 
So, YM nak lipatgandakan lagi usaha YM. Apapun selagi halal sanggup YM buat untuk Jantung Yayan, (^_^). YM dah jadi blogger tapi masih blm boleh cash out lg, tgh buat bisnes headbands kecik2 but still tak banyak sangat membantu lagi.

So, my next step now is Join Shaklee. YM dah sah jadi Shaklee Independent Distributor (ID 889833) So, lepas ni, kawan-kawan jangan pelik pulak bila YM dok share macam-macam pasal produk Shaklee yer?

Nape Shaklee??? Jum baca pengalaman kawan baik YM masa sekolah menengah dulu….Leen , yang juga sorang blogger.

************************************************
Mengapa Shaklee?
(Pengalaman saya)

Setelah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bulan Disember 2011, saya belum lagi menyertai Shaklee. Saya cuma menjalankan bisnes SweetBonda (penyusuan) sahaja. Walaubagaimanapun, saya masih belum ‘sepenuh hati’ menjalankan dan mendalami ilmu Shaklee ini kerana pada masa itu saya masih lagi cuba untuk ‘menyesuaikan diri’ dengan ‘kehidupan baru’ saya sebagai seorang surirumah. Walaubagaimanapun saya tetap mendapat bonus daripada Shaklee setiap bulan, kerana saya sendiri menggunakan produk Shaklee. Walaupun pada waktu itu saya cuma dapat 2 angka sahaja (2 angka pun sapa nak bagi free2 kan? hehe). Dan saya terus ‘terlena’ sehingga bulan Julai 2012. Alhamdulillah, bulan Julai saya melahirkan anak ke-4 saya. Dan dalam saya berpantang juga semangat saya sangat membara-bara.Dan akhirnya saya berjaya naik rank yang pertama! Dan hari ini (13 July 2012) alhamdulillah saya buat pertama kalinya berjaya mendapat bonus 4-angka saya!

Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop sahaja!

Saya pemalu (*hehe). Saya tak pandai nak terangkan produk. Saya tak pandai nak pujuk-pujuk orang supaya membeli produk yang saya jual. Tapi di Shaklee (read: di kumpulan Euphoria), saya hanya perlu sharing dan ‘cerita’ sahaja pengalaman dan kebaikan Shaklee. Dan paling best, semuanya dibuat menggunakan jari jemari sahaja – iaitu menaip di laptop! Dan saya pasti anda juga mampu melakukannya.

Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!

Bagi saya, sekiranya mahu menjual sesuatu produk atau barang, kita perlu menjual sesuatu yang berkualiti. Lebih-lebih lagi sesuatu yang perlu dimakan. Biarpun harganya sedikit mahal tapi ia datang dengan kualiti yang hebat dan terbukti selamat!

Jaringan Euphoria memberikan support dan guideline kepada ahli-ahlinya

Saya diberikan panduan dan sokongan motivasi daripada Master-Master kami yang sangat hebat! Ada antara mereka ini sudah mempunyai pendapatan mencecah 6 angka! Percayalah ianya tidak MUSTAHIL walaupun anda cuma seorang surirumah.

Bermula dengan modal serendah RM65 ataupun tanpa modal langsung
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee. 
Caranya senang sahaja. 

Kalau saya nak senaraikan ada banyak lagi sebab mengapa saya memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan saya kini. Tapi harus diingatkan, bisnes ini bukan untuk orang-orang yang suka goyang kaki ya, kami cuma membantu 10% sahaja. 90% lagi adalah usaha anda sendiri!

Original Source : http://sweetbonda.blogspot.com 

***********************************************

Disebabkan dia kawan baik YM yang YM dah kenal almost 20 years, YM dah kenal sangat dia, YM yakin apa yang dia tulis bukanlah satu omongan kosong.
Insyaallah, andai ini jalan terbaik untuk YM dan Yayan, semoga Allah sentiasa bersama kami.
Amin….

Kecelaruan identiti!

DSC01258
Assalamualaikum

Siapa ituuuuu????
 
Owhhh!tidakkkkk!Anakku!! Ape ni Yayan???What happen to you, aaa???
Korang tengok la gelagat dier tuh.Yayan asyik amik tudung YM then pakai kat kepala dier.Ayooo!

Korang tengok la gelagat dier tuh. Berusaha keras taw nak pakai. YM simpan, dier ambik lagi. Haihhh…Bila YM marah, korang tengok la muka dier kat bawah tuh…

Buat muke!Buat muke!hahaha…YM geram betul tgk muka dier tuh. Bila dier dah start merajuk, YM pun cakap la elok-elok kat dier. YM kata, tudung ni is for Ibu.Ibu kan perempuan, jadi kenalah pakai tudung. Demo la sikit YM pakai tudung depan dier,hikss…
Yayan lelaki, Yayan boleh pakai ni dan ini. Ym demo la kopiah ngan snow cap dier. Siap ambik kopiah dier, demo kat pale YD lagik, hahahaha!tahan hati je YD bila YM suka-suki letak kopiah sebesar tapak tangan kat kepala dier yang sah-sah besar, haha!Yayan terkekek-kekek tgk ayah dier.hehehehe

Yelah, budak-budak kecik ni kita kene jelaskan kan?jangan kita anggap diorang kecik, diorang takleh faham.Diorang faham.
Kita doa banyak2 agar anak-anak kita tak berdepan dengan masalah kecelaruan identiti kan?Nauzubillah…

Kunci-Kunci Kebahagian!

561017_268910236561099_2142958382_n
Assalamualaikum
Apa kata hari ni kita mulakan hari dengan perkongsian YM nie….(^_^)

Courtesy: FB TV9

YM doakan kawan-kawan semua sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang Allah swt dan berbahagia selalu, insyaallah.Doakan YM juga taw?(^_^)
Amin.