September 15th 2012 archive

Kau tidak Layak menilai Amalanku!Hanya Allah berhak!

390508_341422312613696_99137988_n
Assalamualaikum

Bila YM terbaca bait-bait kata-kata Ustaz Azhar ni, YM teringat satu cerita.Cerita daripada seorang sahabat.Bukan bertujuan untuk  membuka aib sesiapa tapi untuk kita jadikan pengajaran. Pengajaran agar kita menjadi manusia yang lebih baik.
Sahabat YM, ceritakan dengan YM dengan rasa yang sangat sedih dan sebak atas tanggapan dan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh darah dagingnya sendiri,iaitu keluarganya sendiri sewaktu  hari pemergian ayahnya.
Dia ceritakan, ayahnya sewaktu hidup bukanlah Muslim yang baik. Sewaktu mudanya, dia pernah melakukan beberapa perkara yang dilarang oleh agama. Solat 5 waktu bukanlah menjadi satu kemestian buatnya. Seluruh ahli keluarga sangat arif tentang itu.
Kemudian, ayahnya jatuh sakit.Bertahun-tahun ayahnya menderita sakit.Ketika itulah,kesedaran ayahnya timbul sedkit demi sedikit.Namun persekitaran ayahnya tidak banyak membantu dirinya untuk benar-benar berubah. Ditambah pulak,kawan YM  tinggal sangat jauh dari keluarganya menyukarkan dia untuk membantu.Semua perkara yang dilarang, ditinggalkannya cuma solat sahaja yang belum ditunaikan dek kerana malu untuk belajar kerana sudah tua dan persekitaran yang sangat-sangat sinis di kampungnya.
Beberapa bulan sebelum ayahnya meninggal,ayahnya datang melawat anaknya.Di situ,ayahnya melihat satu persekitaran Islam yang sangat menarik perhatiannya.Sempat dia berkata pada anaknya; “bagus tempat ni kalau nak berubah jadi baik kan, nak?”.My fren sangat sebak at that time,katanya.Tak sangka perkataan itu boleh keluar daripada mulut ayahnya.Lagi menggembirakan hatinya,For the first time in his life,ayahnya berpuasa!Sebulan Ramadhan dia tinggal bersama sahabat YM. 
2 bulan selepas itu, ditakdirkan ayahnya meninggal.Sewaktu hari pemergian ayahnya,hati si anak berdebar-debar membuka penutup muka ayahnya.Terbayang cerita-cerita sebelum ini yang didengarinya yang kadangkala aib manusia dibuka sewaktu hari kematiannya. Dalam hatinya, dia berdoa, memohon yang terbaik buat ayahnya.
Namun, alangkah terkejutnya si anak,sejurus selepas dibukanya penutup muka itu,ayahnya kelihatan seperti tersenyum bahagia,seakan tidur yang sangat lena!!!!Sujud syukur si anak!Alhamdulillah.Rupanya,bukan dia seorang sahaja yang ditunjukkan keajaiban Allah itu, adik lelakinya juga!
Tapi, apa yang sangat menyedihkan sahabat YM itu ialah, ahli keluarganya sendiri.Ada yang meng”ada”kan benda yang tiada,kononnya roh ayahnya menjelma menjadi yang bukan2 kerana amalan buruknya sewaktu hidup, ada yang berprasangka bukan-bukan, even ada yang menyamakan taraf ayahnya lebih rendah daripada ANJING!Sampai macam tu sekali mereka merasakan diri mereka lebih baik daripada org lain!
Kepada ahli keluarga sahabat YM tu, YM nak tegaskan kat sini, kalian bukan Tuhan untuk menentukan seseorang itu layak atau tidak untuk Syurga-Nya!Manusia tidak layak untuk menilai amalan org lain, hanya Allah swt berhak!Mungkin ada amalan-amalan arwah yang kita tidak tahu mendapat pahala drpd Allah swt, siapa tahu???Itu Rahsia Allah.
Bila mana seorang manusia merasakan dia LEBIH BAIK daripada manusia lain, sebenarnya dia TIDAK. Dia cuma mungkin bernasib baik diberikan apa jua yang dikehendakinya buat masa ini, namun ingat, bilamana kita sombong dan bongkak,Allah akan tarik SEMUA nikmat-NYA itu sekelip mata!ALL OF IT!
Wallahualam