September 7th 2012 archive

Endometriosis itu Suatu MISTERI yang tak Terungkap!

images1
Assalamualaikum
Ramai yang bertanya ngan YM apa punca penyakit Endometriosis tuh?Yelah, takkan tetiba je ader ketumbuhan yang pelik kat area2 dalam perut kita tuh kan?Then, bila dah buang thru pembedahan, datang balik! Pelik kan?
Kalau korang nak tahu, pakar-pakar kat dunia nih cuma boleh buat andaian, tapi tiada pun yang boleh mengesahkan! Memang penyakit nih sangat misteri. Risau kan?Memang takde lagi Doktor yang boleh bagitahu secara jelas macamana penyakit nih boleh terjadi.Thru pemakanan ke?ape ke?NONE.Diorang pun tak tahu.
Nasihat YM, pada sesiapa (wanita yer) yang mengalami sengugut yang sangat teruk macam yang YM penah citer kat Entry Ni ,better carik la penawar cepat2. Lagi better kalau nak sahkan ada apa2 tak kat dlm perut tuh,pi la scan kat mana-mana klinik. 
Pegi la scan masa korang dalam period sebab masa tuh mmg nampak dengan jelas.YM cakap pun, based on my own experience. Cakap la ngan Doctor, apa simptom2 korang.
Jgn tak tahu, my fren, sihat walafiat je. Masa period, sengugut biasa jelah, takdelah teruk mcm YM.Tetiba, satu hari,dia call YM sambil nanges2.Tanya kat YM, mana clinic terdekat sebab YM jaga Medical matters utk staff2 kat company.Ym macam blur2 je time tuh.
Sehari lepas tuh, YM dapat berita dia admit spital Gomen, dah kene operate!Bayangkan!terkezuttt kitorang semua nih ha!Bila check2, rupanya, dia ada ketumbuhan macam YM,then Doctor terpaksa buang satu Ovari dia sebab ketumbuhan tuh dah pecah, katanya!Haishhhhhh…
Alhamdulillah, Allah kurniakan semuanya berpasangan.Perempuan ada 2 Ovari (Kilang telur), so hilang satu, satu ada lagi.Masa tu dia risau sangat sebab dia belum ada anak.Takut tak dapat zuriat katanya. tapi, alhamdulillah, dia dah pun pregnant 3 bulan sekarang. (^_^) Kuasa Allah, kan?
Tapi, case yang specialist YM citer lain pulak.Sorang budak umur 17tahun, emergency admit kat spital. Bila Doctor check, condition ketumbuhan tuh dah worst.Terpaksa buang dua2 ovari dia utk selamatkan dia. Alahai……kesian kan?Tapi, yelah, semua pun utk selamatkan nyawa dia kan?
Macam2 sekarang nih.So, kita kene lebih alert pada kesihatan diri kita kan?