September 6th 2012 archive

Kisah seorang Penderita Endometriosis!

Assalamualaikum

Ketumbuhan  yang pelik-pelik di badan manusia sekarang nih dah jadi TAK pelik kan?Common sangat! Kejap-kejap dengar si A kene operate.Esok, si B pulak.Alahai.Alarrr, korang takyah pikir panjang sangat pun, contoh terdekat, YM nieh ha, dah 2 kali kot kene operate!DUA kali yer dalam masa 5 tahun; first in 2007 and 2nd in 2012.
Dua-dua operate atas Reason yang sama, iaitu Endometriosis. Endometriosis tu aper?Secara ringkasnya,ni adalah ketumbuhan yang tumbuh di kawasan2 seperti ovari, tiub fallopian dan yang agak extreme mcm YM ni, kat usus taw!Bukan kanser, tapi ketumbuhan tu akan menganggu sistem reproduksi dan kesakitan yang melampau ketika haid.
Kalau peyed, ya Allah!Maunya berguling2 YM, sakit yang amat taw!Bukan setakat sengugut biasa,tapi luar biasa!Sampai takleh bangun taw.YM rasa pening-pening dan muntah-muntah.Aduiiii!Memang pain killer tu Bestfren YM la sejak dulu.Wajib ada dalam handbag YM.Kalau takde, mmg takleh buat keje la YM, yunk!
Diorang kata kalau dah berkahwin, sengugut tuh akan hilang kan?Case YM?ermm, takde maknanya!Lagi bertambah sakit ada la.Kalau nak period every months tuh, rasa macam phobia taw!sampai camtu skli tahap extreme nyer.Lagi satu, aturan kitaran haid tuh, takyah cakap la, bulan ni datang, ko tggu 3-4bulan baru nak datang balik.Then, masanya ofkos la more than 14days!Memang tunggang-langgang.Tu yg payah nak getting pregnant.
Lepas operate kali pertama tahun 2007,masa tu ketumbuhan di ovari kiri dan kanan YM, 6.5cm & 5cm. Mmg agak besar dan operate je solution Doctor.Alhamdulillah lepas operate utk buang ketulan dan settlekan 6 doses suntikan hormone every month from specialist utk stopkan period coz darah kotor tu la yg akan menjadi ketulan tuh, kitaran haid YM stabil.
Tapi, tulang-tulang YM rasa sengal-sengal, especially tulang belakang.YM takleh angkat berat dan badan cepat sangat masuk angin.
Then, bila YM preggy Yayan, alhamdulillah, lega la YM dlm setahun gitu. Tapi, lepas bersalin, period YM jadi tak menentu lagi. ingatkan normal, yelah ramai ibu2 yang baru lepas bersalin kata, tu normal.Then, kalau datang, almost a month taw!Pendarahan sangat banyak masa tuh.Masa tu tak ambik pusing sangat la sebab YM sibuk jaga Yayan yang sakit. Diri sendiri memang YM tak kisah sangat masa tuh.
Bila Yayan dah settle operate kali ke-3, YM rasa macam tak sedap hati. Bila period je, mmg kene telan Pain killer, kalau tak, rasa mcm nak pengsan!Plus, bila YM meniarap je, rasa macam ada ketulan besar di ovari YM. Yelah, YM dah pernah dibedah kan,so YM dah boleh agak dah perubahan2 tu.
YM terus je pegi scan kat clinic biasa, bulan August 2011. Bila scan je, Doctor tak cakap apa pun, YM dah, “Ya Allah…ader lagi!”on the spot terpacul drpd mulut YM taw!Terkejut Doctor tuh, huhu. YM pun dah terer tgk scanner tuh, hehehe.Kali ni, besarnya 6.2cm
Nampak yang Red dots tuh?tu la diaaaa….
Doc terus je refer YM ke specialist O&G.The same Doctor yang penah operate YM la. Tapi, kebetulan masa tu, My dad pass away.Jadi, tertangguh lagi la, semuanya. Emosi tak stabil.YM macam terlupa pada penyakit sendiri.
Then, bulan Januari 2012 baru le YM pi ke Specialist. Masa tu kalau korang nak tahu, bila specialist measure je ketulan tuh, dah jadi 9.2 cm! Bayangkan within 6 months, boleh membesar bagai Johan gitu!ngeri YM. Masa tu tak pikir panjang dah, dalam pale kalau Doctor nak operate masa tu pun, takpe, operate jek.!
Banyak kali YD tanya, YM still insist nak operate jugak ke?YM masa tu, confident jek, still nak proceed. YM takde nak carik alternative pun, yelah, takut kottt YM, cepat sangat membesar kan?
Lepas operate, Doctor suggest ambik suntikan hormone lagi. Aduhh. Tapi, kali ni Doctor kata, maksimum 4 kali je sebab Ym dah penah 6 kali, so dia takut ada effect pada tulang YM.
YM sempat ambik 3 suntikan je.Then,YM stop ambik.Trus stop consult Doctor.Nak tahu sebab ape?Sebab pertama, insurance dah tak cover suntikan hormone,so nak tahu kos bape utk 1 suntikan?RM400!Ha!nak menangis YM taw!
Second, sebab YM rasa badan YM dah takleh tanggung dah any hormone injection. Kejap2 sakit sana,sakit sini.Tulang belakang YM,ya Rabbi,sakit manjang!Nak tido malam pun tak selesa.Berdiri lama pun dah takleh.Dah macam orang tua taw!huhu…
Bila YM buat research sendiri kat tenet utk rawatan alternatif, terkedu sekejap YM bila baca ramainya yang nak elakkan diri daripada dibedah.Operation tu kira last choice la.Sibuk mencari penawar alternatif di sana-sini. Pesakit Endometriosis yang dah melalui 1 pembedahan pun, dah serik.YM?Dah 2 kali kot….ermmm.
Daripada banyak2 testimoni,YM tertarik pada 2 produk.1 produk YM dah start ambik, ari ni masuk hari ke-5.Apa dia?Later la YM story-mory kat korang yer.Dah panjang sgt nih….
Doakan YM serasi dengan penawar tu ye, kawan-kawan. YM kena pastikan diri YM sihat utk jaga Yayan.Insyaallah.

Bila Hidup dah senang…

Assalamualaikum

Bila Hidup dah senang…
Bila dirasakan hidup tidak perlu lagi bergantung pada org lain..
Mengguris hati org lain menjadi pilihan utama..
Berbanding dengan menjaga kata-kata…!
fatin Adawiyah
YM re-quote status FB seorang sahabat YM kat blog YM nie coz YM memang sangat tertarik dengan quote dier nih.
Gambar sekadar hiasan – courtesy; Google

Yelah, lumrah kan?Bila kita dah hidup senang, apa yang kita nak semua kita mampu dapat tanpa bantuan sesiapa, kita boleh jadi lupa diri.Bahaya kan?

Cara kita bercakap pun dah start TINGGI je.Pandang orang pun like Low-Low je kan?nauzubillah kita berkelakuan begini kan?Riak namanya tuh!

Semoga kita tidak lupa dari mana datangnya kita dan semoga kita sentiasa menjaga kata-kata kita, insyaallah.

Bukan ape, kalau Allah swt nak tarik nikmat yang Dia bagi, sekelip mata je, kan?kan?kan?