September 4th 2012 archive

Expired ker!

DSC01695
Assalamualaikum

Pernah nampak tak simbol kat atas tuh kat mana-mana kotak produk korang? Dulu, YM macam blur2 gak la, simbol apakah itu?Agak-agak tertanya-tanya lar, tapi macam takdelah ambik port sangat.Maybe most of korang dah tahu kan?
Kebetulan,YM mmg biasa berborak ngan staff-staff Bodyshop, so YM pun tanya la kan kat diorang untuk kepastian. Rupa-rupanya itu tanda expiry sesuatu produk.Selain daripada direct date yang tertulis di atas box, simbol tu juga tak kurang pentingnya, yer. 
Nampak tak simbol tu macam satu bekas yang penutupnya terbuka, then ada number kat situ. Kalau berdasarkan gambar kat atas tu, simbol tu menyatakan yang produk tu akan expired selepas 12bulan produk itu dibuka yer.  
So, expired sesuatu brg tu tak semestinya depends pada direct date expired yer.Kalau ada simbol macam kat box kat atas tuh, selepas 6bulan ke 12 bulan ke, 24 bulan ke, seperti yang tertera di atas box tu, its time to masukkan produk tu ke dalam tong sampah ye kawan-kawan….

So, lepas nih, kene lebih teliti la kan? Takmo la guna produk yang dah expired, bahaya! (^_^)