September 2nd 2012 archive

Pesanan buat Lelaki!

DLabellaz-Arts-Cantiknya-Seorang-Wanita
Assalamualaikum
Ada satu pesanan penting yang YM nak share ngan korang. YM dapat pun from FB Dakwah Kerana Allah
Courtesy: Google

Pesanan ini buat kaum Lelaki,Yang dikira sangat-sangat penting.

Tolong jangan puji kecantikan seseorang wanita itu di hadapannya. Hatta, jangan puji apa-apapun berkaitan dengan diri seseorang wanita itu di hadapannya.


Tambah-tambah, jangan puji jika kamu menyukainya.

Kecuali dengan satu syarat,

Jika wanita itu isteri kamu, maka pujilah tanpa henti.

Tapi, jika tidak, JANGAN PUJI.

Kenapa?

Kerana wanita itu SANGAT LEMAH dengan pujian.

Saya mohon, jangan rapuhkan hati seorang wanita dengan pujian.

Pujian itu menghancurkan.

Membunuh kekentalan hati seorang wanita.

Jika tak tahan sangat nak puji, pujilah depan orang lain atau didlm hati. Jangan sampai dia tahu kamu sedang memujinya.

Tolong ya.

Wanita itu halus hatinya. Percikan pujian mampu membunga rasa, jiwa makin terjentik bila Syaitan membisik bersama.

Kasihanilah wanita. :’)

Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaallah! So, buat suami-suami di luar sana, puji la isteri anda sebanyak mungkin ya! (^_^)